13

7.7K 478 6
                                    

Dengan bismillah aku melangkah perlahan masuk ke rumah. Agak sunyi pada pagi ahad itu mungkin suami mama outstation. Ye kini aku berada di rumah mama setelah sekian lama tidak menjejak kaki di sini selepas berpindah masuk ke rumah banglo.

" Aisya? " satu suara lembut hadir di telinga aku. Aku masih kaku, diam berkutik tanpa suara. Mulut seakan-akan terkunci. Hanya satu tujuan aku datang ke sini.

" Aisya! " mama memanggil lagi dengan suara yang sedikit meninggi terus lamunan aku mati.

" Yee, ma " aku berpaling menghadap mama yang berdiri di dapur.

" Dah sarapan? " tanya Pn.Ain pada satu-satunya anak yang dia ada.

" Belum " aku mengambil tempat di meja makan sambil menjawab sepatah. Segera Pn.Ain menyedukkan nasi goreng ke dalam pinggan untuk Aisya.

Dengan bacaan doa makan aku menyuap nasi goreng mama ke dalam mulut sedikit demi sedikit.

" Kenapa Aisya datang pagi-pagi ni? " Pn.Ain bertanya pada anaknya itu yang secara tiba-tiba sahaja muncul di rumahnya.

" Saja. Salah ke? " aku mengerling mama seketika.

" Tak salah tapi mama pelik. Anak mama ni selagi tak paksa suruh balik selagi tula tak balik " tersedak Aisya apabila diperli oleh mamanya. Pn.Ain menghulurkan air teh yang baru dibuatnya tadi.

" Emm.... Ma " Aisya memanggil Pn.Ain. Cuba menyusun ayat namun otaknya kini seakan-akan tidak berfungsi.

" Apa? " Pn.Ain memandang anaknya yang sedikit berkelakuan pelik. Selalunya cakap kasar tapi harini macam baik pula.

" Ad, takde cakap apa-apa kan? " Aisya bertanya, takut tukang reporter tu bagitahu apa yang berlaku beberapa hari yang lepas yang menyebabkan dia demam.

" Aisya demam? Lawat Am? Gaduh dengan housemate? " satu persatu disebutkan oleh Pn.Ain. Terus berubah muka Aisya. Adrean kau memang nak kena!

" Aisya... " tak sempat Pn.Ain ingin mula ceramahnya, Aisya sudah menyampuk " Aisya tahu "

" Aisya tahu kita kena redha but it's just too hard to let it go "

Perlahan-perlahan Pn.Ain menarik Aisya dalam pelukannya. Sudah lama mereka tak semesra ini.

" I'm sorry " perlahan Aisya berkata. Pelukan semakin erat, Pn.Ain lega Aisya sudah dapat menerima apa yang telah berlaku.

" Ma... kenapa papa dah lama tak call Aisya? " soalan maut Aisya membuatkan hati Pn.Ain rasa serba salah. Patut ke bagitahu apa yang dah berlaku?

" Maa... kenapa diam? " aku mula rasa mama ada simpan sesuatu daripada aku. Aku memandang tepat mata mama.

" Listen Aisya, mama tak tahu nak start dari mana tapi kes mama bercerai dengan papa bukan sebab mama ada orang lain " Pn.Ain mula membuka cerita yang dah lama disimpan. Tunggu masa sesuai untuk terangkan apa yang berlaku dan kini la masanya.

" Then? What? " Aisya kelihatan keliru. So selama ni aku salah? Bukan mama yang curang?

" You know that papa time tu baru tubuhkan syarikat guaman kan? " Aisya mengangguk. " Papa dapat bantuan dari kenalan dia dan syarikat nampak stabil. Tapi makin lama papa berubah, balik lambat dan kadang-kadang dalam keadaan mabuk. " mama sambung bercerita namun dalam mata mama aku nampak mama sangat kecewa dengan papa.

I can't believe papa is like this. But papa, why? Kenapa Aisya tak pernah nampak?

" Then sekarang mana papa? " Aisya setia menanti jawapan keluar dari mulut Pn.Ain. Untuk seketika Pn.Ain melepaskan keluhan berat.

" Sekarang papa ditahan atas sebab bersubahat kes rasuah " terasa dunia seperti gelap sebentar selepas dengar apa yang berlaku pada papa. Air mata mula mengalir. Kenapa aku kena hadap benda ni? I'm not strong enough ergh

Perlahan-lahan tangan Pn.Ain mengusap belakang Aisya. Kesian pada anak tunggalnya, pada usia begini sudah ditimpa banyak ujian. Ya Allah kau kuatkan la hati anakku, kau berikan la kebahagiaan untuknya.

************************************

Berdiri di depan pintu, memandang setiap sudut hiasan di bilik itu. Tiada lansung yang berubah. Alhamdulillah mama tak sentuh barang-barang aku. Mungkin sudah masak dengan perangai aku yang tak suka barang diusik.

Hati tergerak untuk pergi ke meja belajar yang diatasnya terletak laptop pemberian papa 2 tahun yang lepas. Namun di sisi laptop itu, kelihatan pendrive yang aku cukup kenali.

Segala memories bersama Am disimpan di situ. Gambar? Video? Semuanya di situ.

Hati kata jangan buka namun tangan aku ni hah terlebih gatal pergi buka. Tersenyum sendiri aku disitu melihat kembali gambar aku dengan Am. Haih I miss you so much, Am.

MICKEY HIGHSCHOOLWhere stories live. Discover now