28

5.5K 353 50
                                    

Adrean dibenarkan pulang dan kitaorang yang akan menjemputnya. Aisya dan Raisya membantu Adrean mengemas bajunya.

" Korang ni buat susah-susah je ambik aku. Padahal aku boleh je balik sendiri " ucap Adrean yang sudah siap untuk keluar.

" Susah bendanya. Kita kan member susah senang " kata Daniel sambil tersenyum. Yang lain pun ikut senyum kecuali Rayyan yang kelihatan hanya senyum hambar.

" Tapi aku still pelik la Ad asal sampai seminggu kau kena stay kat hospital? Kau just pengsan je. " Zariel mula menyoal kemusykilannya.

" Kan aku cakap darah aku rendah " jawab Adrean tanpa memandang mata Zariel. Sumpah dia tak tahu sampai bila dia ingin menyimpan rahsia tentang penyakitnya.

" Takkan la tak naik naik lagi darahnya? " Zariel berkata dengan sinis. Dia tahu ada sesuatu yang tak kena.

" Dah la tu. Dia baru je keluar hospital. " ucap Raisya lembut sambil memegang lengan Zariel dan membuat isyarat mata supaya Zariel berhenti berkata-kata. Keadaan sunyi seketika.

" Em, Daniel kau hantar aku kat rumah parents aku boleh? " tanya Adrean pada Daniel ketika mereka menuju ke kereta. Daniel menjawab okey. 

Manakala Aisya dan Raisya pergi ke toilet sebentar. Zariel dan Rayyan pula berada jauh di belakang Adrean dan Daniel.

" Ada benda ke aku tak tahu? " Zariel tanya soalan drastik. Dia dapat rasakan ada something yang tak kena sejak kes Adrean masuk hospital haritu.

" Apa benda? " soal Rayyan balik. Air muka Rayyan sangat susah untuk ditafsir.

" Jangan sampai aku dapat tahu sendiri, Ray " kata Zariel lalu berjalan ke Adrean dan Daniel. Rayyan yang ketinggalan di belakang hanya mengeluh selepas kelibat Zariel hilang dari pandangan.

Setelah tiba di rumah Adrean, kami semua duduk di ruang tamu.

Bibik Bunga menghidangkan teh dan kuih-muih untuk kami. Kitaorang hanya sembang kosong sambil minum petang. Pada masa itu, kelibat seseorang di muka pintu.

" Eh Kak Mira!! " Aisya terus berlari ke kakak Adrean dan memeluknya. Dah lama tak jumpa macam ni la.

" Aisya!! " Kak Mira pun terkejut dengan kehadiran Aisya di situ.

" Sudah-sudah la tu. Baru berapa tahun je tak jumpa " Adrean tayang muka meluat.

" Eleh jeles la tu " kata Aisya sambil menjelir lidah pada Adrean.

" Hah kak, bila balik? Asal tak bagitahu? " tanya Adrean sambil memandang kakaknya yang menuju ke ruang tamu bersama Aisya yang seperti tidak ingin melepaskan kakaknya itu.

" Baru semalam balik. Itu pun ingat balik ada orang sekali balik rumahnya kosong yang ada pun bibik Bunga. " jawab kak Mira.

" Hmm macam biasalah mama dengan papa outstation " kata Adrean. Kakaknya tidak membalas apa-apa kerana dia sendiri pun faham dengan kesibukan ibu bapanya itu.

" So school macam mana? Okey? " tanya Kak Mira pada yang lain.

" Okey je kak. " jawab Rayyan bagi pihak Raisya, Aisya, Zariel dan Daniel.

" Aisya pula sejak bila pindah sini? " tanya kak Mira pada Aisya pula. 

" Baru je tahun ni " jawab Aisya. Kak Mira baru nak membuka mulut tapi dipotong oleh Adrean.

" Nak membawang sila ke dapur ye sambil tu tolong buatkan pie untuk kitaorang thank you. " kata Adrean selamba sambil mengeluarkan xbox untuk bermain dengan Rayyan, Zariel dan Daniel.

" Sedap je kau menyuruh eh, ingat putera raja ke apa. " Kak Mira membebel. Adrean menjelir lidah pada kak Mira. Kitaorang hanya tersenyum lihat terlatah adik beradik ni. 

" Jom Aisya, Raisya, kita membawang kat dapur. Biar diorang makan game tu " kata Kak Mira sambil menarik tangan Aisya dan Raisya.

Sementara Kak Mira, Aisya dan Raisya membuat pie sambil membawang, yang boys di ruang tamu duduk bermain fifa. Mula gaduh " Kau ni tak pandi main ah! Dah tepi bagi aku main pula. " Daniel ditolak ketepi oleh Zariel.

Daniel mencapai bantal dan membaling kepada Zariel.

" Shit! Sakit bodoh! " marah Zariel. Yang si Rayyan pula bermain dengan tenang sebab takde sape ganggu dia. 

Adrean yang bersandar di sofa hanya tersenyum melihat telatah membernya itu. ' Kenangan ni tak sempurna tanpa kau, Am. Aku tak sabar nak jumpa kau lepas ni ' kata hati Adrean.








Korang rasa Adrean mati ke nanti?🤔

MICKEY HIGHSCHOOLWhere stories live. Discover now