01

1.2K 28 0
                                    

2015;SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN JERAYA BANGSA

Hari pertama bagi budak tingkatan 1 melangkah ke alam remaja dan meniti ke arah kejayaan pada masa depan. Mereka semua dikehendaki berkumpul di dalam dewan kerana minggu ini ialah minggu orientasi. Minggu di mana mereka diberi pendedahan tentang perihal sekolah dari organisasi hinggalah lagu rasmi sekolah.

Kelihatan Lembaga Pemimpin Pelajar berbaju kuning mengawal keamanan dewan di seketar kawasan ini. Paling ketara, mereka tidak menumpukan sepenuh fokus kerana bosan mendengar ceramah dari guru yang berada di hadapan. Sibuk memberitahu guru yang bertugas bagi setiap kelab/persatuan dan sukan.

Semua ini juga berlaku terhadap lelaki bernama Ziyad. Dia agaak bisan mendengar semua kata-kata nasihat dan poin yang diberikan oleh semua cikgu yang berdiri di hadapan. Pada kebiasaan adat sekolah ini, semua murid perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu buku nota untuk perucapan daripada guru. Jika nasib baik, mereka tidak akan disemak bukunya tetapi sebaliknya berlaku pada mereka yang tidak bernasib baik.

Ziyad rajinkan jarinya menulis apa yang cikgu cakap kerana ini bukan merupakan cikgu yang biasa tetapi beliau ialah pengetua kanan sekolah ini. Mau mati dia kalau kena soal selidik.

Aku malas betul dengar apa yang cikgu sibuk membebel dekat depan ni. Manakan tidak, semua isi yang dibicarakan tidak membawa maksud yang penting lagi berguna. Semuanya tentang guru bertugas, peraturan sekolah, tradisi sekolah dan lagu rasmi sekolah. Hampir tiga hari aku mereput dalam dewan ini.

Perkara berulang dan tetap berulang. Aku bernasib baik kerana kawan seangkatan dari sekolah rendah aku banyak yang masuk dalam sekolah ini. Tambahan pula, dapat aku hilangkan kebosanan yang memang tidak dapat dikawal dari tadi.

Rasa ingin memberontak memang kuat sebab rasa terkurung tapi apakan daya aku masih tingkatan 1 yang kecil lagi tidak bermaya. Nanti jika dibuli aku juga yang kalah. Fakta yang amat menakutkan.

Akhirnya..

Aku dapat memasuki kelas yang memang dari dahulu aku ingin masuk. Tidak mahu terperap lagi di dalam dewan itu. Kami di bawa untuk mengelilingi satu kawasan sekolah sebagai pengenalan utama tentang sekolah yang bakal diduduki 5 tahun lamanya. Para senior di hadapan, berjawatan LPP sedang memperkenalkan satu-persatu lokasi yang terdapat di sekolah ini. Sudah berupa lawatan sambil belajar pada kotak pemikiranku.

"Baiklah. Ini kawasan larangan jadi jangan ada sesiapa yang berani sangat nak datang dekat sini. Kalau tak,..."

Dia membuat isyarat kelar leher sebagai simbolik mati atau 'Man, you are in a big problem'. Kawasan itu tidak diperkenalkan dan yang lagi pelik ialah tiada papan tanda yang menamakan kawasan itu. Ia terletak hujung ceruk bangunan sekolah blok C berhadapan dengan hutan.

Aku tidak mahu terlibt dalam sebarang masalah jadi, jangan sesekali nak buang tabiat sampai cari masalah sendiri. Mak ayah susah payah hantar kita pergi sekolah kita buat masalah atas alasan 'Curiosity'. Hal ini juga menyebabkan budak-budak merokok, membuli dan ponteng kelas atau sekolah. Alasan yang sering dikatakan ialah "Curiousity". Insaflah wahai anak muda sebelum kamu di debik oleh papa Zola.

Kami dibawa ke kantin dan diberi masa selama 30 minit untuk menjamu selera dan mengalas perut. Aku pun memang dari tadi menahan kelaparan terus beratur di hadapan kaunter untuk membeli sebungkus roti coklat dengan air soya.

Selesai membayar, mata aku meliar mencari meja yang diduduki oleh kawan-kawan aku.

Jjajang! I spotted all of you. Tak menjemput aku sekali makan.

Aku berjalan ke arah mereka tanpa memperdulikan keadaan sekeliling yang terlalu sesak dan padat.

Tiba-tiba...

[C] Seindah Cinta Ziyad (LGB story)Where stories live. Discover now