17

273 19 0
                                    

Ziyad POV

Dia meleraikan pelukan dan menatap mataku. Aku tak pernah berasa bahagia seperti ini bersama Juliyana dulu. Dia terpaksa mendongak ke atas sebab aku tinggi. Kelakar tengok dia tatap mataku sambil mendongak. Dan comel.

Hatiku berasa suka melihat dirinya begitu. Terlalu comel. Lalu, aku melekapkan tanganku pada pipinya tanpa berkata apa-apa. Matanya membesar dan sekali lagi iman aku tergugat dengan kecomel dan kekacakannya.

"Dahlah, jangan takut okay? Ziyadkan ada dekat sini" Aku berkata dengan nada lembut. Tanpa diduga, tanganku yang berada dipipinya dibalas dengan tangannya yang agak kecil itu. Dia tersenyum kegembiraan.

Aku juga turut gembira dan memberi senyuman yang terbaik bolehku beri.

"Kan dah comel bila tersenyum. Baru nampak handsome dia"
Aku mencubit perlahan pipinya,girang. Dia mengaduh kesakitan dan mula tergelak. Ais romantik dipecahkan dengan tukul kekawanan.

Aku mengajak Lucas untuk balik dan singgah di kedai makan bersama. "Jap eh. Lucas nak ambil beg dulu, bolehkan?" Dia membuat mulut comelnya sekali lagi. Aku memang lemah bila part dia buat mulut sambil senyum macam itu.

Aku melihat sekeliling dan mencari tempat untukku melabuhkan punggung. Aku memilih batu sebagai alas dan mula merayapkan mata ke seluruh kawasan. Aku menyanyi untuk mengisi masa lapangku.

Angin yang kuat itu... menolakkan diriku
Menolak diriku menjauhi impianku
Walaupun tampak susah dan juga sia-sia~
Tidak akan pernah menyerah

Tidak tahu mengapa tapi lirik bagai angin yang mendayu. Tiba-tiba, bahuku terasa berat dengan kehadiran sesuatu. Aku menoleh ke tepi dan tercium pipi Lucas. Mata membuntang seakan mahu keluar kerana terkejut. Aku terpaku dan tiada sebarang pergerakan yang aku boleh lakukan.

Selepas itu, Lucas melepaskan ciumanku dan mengucap teima kasih dengan secebis snyuman yang aku rasa tidak pernah aku lihat. Cukup indah.

"Lu..Lucas. Kenapa tak tegur je tadi dah siap ke belum? So..Sorry. Saya tak se..sengaja." Kataku tergagap dan membuat ratap sembah seperti orang thailand.

Dia menatap mataku sehingga menampakkan wajah polosnya. Mata kami bertemu dan tiada sebarang ungkapan yang terkeluar dari mulutku. Lalu, dia memelukku erat dan seperti biasa wajahnya dibenam pada dadaku. Jantungku berdetak pantas.

Aku membalas pelukannya dan perasaan yang selama ini aku dambakan datang menrrjah hatiku. Aku memejam mata untuk menikmati saat ini bersama Lucas. Mungkin esok tiada sudah pekuang sebegini. Aku merapatkan mukaku ke rambutnya dan mencium kepalanya. Aku menghidu rambutnys yang wangi dan penuh sensual.

Aku bermain-main dengan rambut mangkuknya, seakan-akan aku mempunyai seorang isteri tetapi kes ini adalah vice versa.
Lama juga dia peluk diriku. Setelah 2 minit, baru dia meleraikan pelukannya.

"Kenapa tiba-tiba je ni? Ha, Lucas?" Aku bercakap dalam intonasi yang lembut. Aku mengusap pipinya dengan penuh rasa sayang. Aku memang sudah sayang dengan budak ni.

"Urmm, takde apa-apa. Cuma... cuma... Urmm jomlah kita makan. Lucas laparrr" Dia membuat perangai manjanya. Yup, tipulah kalau dia manja macam kanak-kanak itu tak comelkan? Aku hampir separuh mati lihat dia begitu.

Aku hanya mengikuti langkahnya yang membawa kami ke sebuah gerai tepi jalan. Dia berkata dengan penuh bangga bahawa nasi goreng tempayaki di sini adalah yang terbaik di antara yang terbaik. Aku ikutkan sahajalah. Tak kenal maka tak cinta kan?

Aku mengambil tempat duduk dan mengeluarkan telefon. Membuka kamera dan mengambil gambar sekitar taman ini. Sekolahku memang akan melintasi Tasik Jeraya Bangsa yang cukup indah pada diversitinya. Aku menyibukkan diri scroll IG dan FB sambil menunggu Lucas.

Aku mengambil keputusan untuk mengambil gambar Lucas secara sulit.

"Ha! buat apa tu?" sergah Lucas ketika aku terlalu khusyuk mengambil gambar. Badan aku menjadi sejuk jugalah kerana takut jika aktiviti haram tadi kantoi. Hahahahah

"Takde apalah. Sibuk baca novel kat Wattpad ni." balasku spontan. Terus aku simpan telefon dan fokuskan pandangan pada Lucas yang membawa dua bekas makanan berisi nasi goreng.

Setelah tiba, dia mengambil tempat berhadapan denganku. Dia mengagihkan satu bekas kepadaku dan kami berdoa lalu mula menikmati juadah.

"Ziyad..." panggilnya lembut. Aku mengalihkan pandangan dari makanan kepada dia. Aku terlihat yang dia sedang bermain dengan makanan. Sudu digerakkan secara tidak seragam.

"'Ya, Lucas"

"Buka mulut Ziyad." pintanya. Aku yang masih bingung hanya mendengar katanya. Selepas itu, dia menyuapkan sesudu nasi goreng ke dalam nasi goreng. Hahahaha aku tak tahu nak beri reaksi apa. Aku terlalu bahagia hari ini. Seperti tiada lagi 'Esok' pada masa akan datang.

Aku menitiskan air mata kerana terlalu terharu. Aku menggenggam bahunya dan mendekatkan jarak antara kami berdua. Aku mencantumkan dahiku pada dahinya dan menutup mata. Semua ini sungguh indah. Nasib kami baik kerana tempat duduk kami terletak di kawasan yang agak tersembunyi.

Selepas itu, aku menggenggam tangannya dan mrngusap lembut. "Lucas, Saya Sayang Awak. Terima kasih." ucapku dengan ikhlas. Tapi aku perasan yang riak wajahnya seperti masih rasa bersalah dengan keadaan ini.

"Awak tak perlu jawab. Bila awak dah sedia baru awak bagitahu saya ya?" lantas dia memberikan senyuman. Aku juga memberi senyuman apabila melihat dia kegembiraan.

Bersambung...

Hai readers. Yasu tak tahu nak komen apa lagi. Janji semua enjoy chapter ni. Thanks atas sokongan yang padu. I love you all.

Jangan lupa vote dan comment sekali ye! Bye! (^_^)/


[C] Seindah Cinta Ziyad (LGB story)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang