24 Ⅰ

229 15 0
                                    

"Okay here we are. After all team already performed on this stage, I will tell the result." kata juruacara dari Filipina. Semua kumpulan dari seluruh ASEAN yang mewakili negara masing-masing sedang beratur di belakang.

MC membuka cue cardnya dan menunjukkan muka terfaktabnya. "Wow! To be frank, this team has a powerful performance and it was irresistible. The group who gets third place is 4 Gulali from Indonesia. Please give the a round of applause everybody. Congrats!"

Ramai penonton menepuk tangan. Aku kini berasa gementar untuk mendengar keputusan seterusnya. Tapi kalau tiada rezeki, maka tiadalah. Cuma buat masa sekarang doa je yang mampu aku lakukan.

"Second place goes to.." MC sekali lagi mengoyakkan cue card untuk mengetahui keputusan. "Okay. Second place goes to FLORAYOUTH from Phillipine‼ Good job guys"

Selepas mereka mengambil gambar dan hadiah serta piala, MC menghalakan mikrofon pada mulutnya. "Now, we are at the moment where every competitor and audiences have awaited from the beginning of the competition. I'm be honoured to say here that the winner will represent ASEAN in the World Dance Open Norway this fall. Without wasting our time, let me announce the winner."

Masa ini kami sudah berpegang tangan dengan erat sambil mata aku tertatap pada Ziyad. Dia melambai padaku dan aku hanya memberikan senuman gementer padanya.

"The winner is...." Sekali lagi dia buka cue card dan ini adalah cabaran hati. Rasa seperti nak meletup jantungku ini. Boleh pula dia berhenti macam tu. Dahlah nama Malaysia tak naik-naik lagi.

"CONGRATULATION TO.... KTTJB FROM MALAYSIA!"

Aku tak mimpikan? Yes aku tak bermimpi! Kami menang Yeayyyyyy!!!!! Ya Allah perasaan apa ni. Aku rasa bahagia. Pembetulan, kami semua gembira.

Kami berjalan ke hadapan dan mengambil hadiah.Lumayan boh. Terserlah pancaran kegembiraan dalam wajah kami semua. Lepas ni, kami bakal ke Norway untuk mewakili ASEAN dlaam peringkat dunia tapi biarkan tu dulu sebab kita kena enjoy.

Aku sekeluarga bercadang untuk makan makanan laut di bandar Bali. Jadi, aku tanpa membuang masa terus mencadangkan restoran laut berdekatan dengan villa mereka. Ada sebab mengapa aku merekomendasikan restoran itu.

Satu: Makanan laut segar dan sedap berdasarkan review orang Malaysia yang pernah pergi ke sini. Dua: Dia ada udang di sebalik batu. Aku mendapati bahawa Lucas akan makan di sana bersama ahli tarian lain untuk menyambut kejayaan mereka.

"Alah, kedai tu jalan kaki lima minit dah sampai. Tak jauh sangat dengan villa kita ni. Jom!" Entusiasku tidak dapat dibendung dengan mengajak keluarganya bergerak.

Jalan di tepi pantai amat meriah dengan pertunjukan magik dan gerai-gerai yang menjual cenderamata untuk dibawa pulang kepada para pelancongan. Lampu-lampu beraneka warna menceriakan lagi suasana sekeliling. Pantai bercahaya dengan sinar obor yang menyemarakkan lagi hangat asmara. Ke situ pula difikirkan.

"Okay, kita dah sampai."

"Jom kita order. Ayah dah lama tak melantak udang dengan sotong celup tepung ni!"

"Amboi, amboi, amboi, amboi, amboi, amboi. Abang ni, indah bersinar bahasa tu ye. Anak kita ada kat sini je. Cuba jaga sikit mulut tu!" bebel makku kepada ayahku. Hahahahah aku hanya tergelak sahaja melihat gelagat suami isteri ini.Mak bapa aku jugak.

Mata aku ligat menyelongkar ruang di restoran. Aku hanya mencari sosok yang aku cintai. Di manakah engkau wahai Lucas tersayang?! Sedang ligat aku mencari, ibuku memukul ringan lenganku. Tapi tetap rasa sakit.

"Nak makan apa? Termenung je keje." Hehe, aku hanya mampu senyum seperti kerang busuk sebab terlalu taksub dalam pencarian.

"Bagilah jelah Ketam goreng butter. Air Kopi 3 Layer." Tanpa banak dalih, mak aku terus menyambung pemesanan makanan. Lalu, mereka mencari meja kosong untuk diduduki.

Pandangan mataku meliar sekali lagi dan keliaran ini berjaya kerana aku mengesan Lucas di sebuah meja bulat yang penuh dengan manusia. Mereka kelihatan amat gembira. Sesungguhnya akulagi gembira sebab dapat mrlihat keindahan muka Lucas yang comel itu.

Lalu, aku teringat yang aku ada bawa sebiji kek keju bluberi yang dibeli di Pusat bandar selepas menonton persembahan menari petang tadi. Akan tetapi, mesti pelik kalau ada sekotak kek dibawa ke restoran bukan? Jadi aku bungkuskan kotak dengan pembalut hadiah dan membuat penipuan halus dengan menyatakan bahawa itu hanyalah barang peribadi yang mahu dibuang.

Relevan tak? Hahahahhaah macam tak masuk akal langsungkan?

Tapi itulah yang aku buat. Dan dengan alasan mahu pergi ke tandas, aku membawa kek itu sekali dan memberikannya kepada pelayan untuk menyerahkannya kepada meja yang Lucas sedang duduk. Akan tetapi, semua bukan percuma jadi aku hulurkan kira-kira dua helai 200 ribu Rupiah. Banyak tu bukan sembarangan

Lepas itu, barulah aku bergerak ke tandas. Aku merakamkan video dan menghantarkannya kepada Lucas apabila aku keluar dari tandas. Aku balik ke meja dan memerhatikan Lucas dari jauh.

Bersambung...

Macam mana update ni? okay tak? Sebelum tu, okaytak cover baru ni. Whateverlah. Hahahhaah Jangan lupa vote pulak. Comment anda semua dialu-alukan. Bye!(^^)/

[C] Seindah Cinta Ziyad (LGB story)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant