06

511 23 0
                                    

Keesokan harinya, Juliyana pergi sekolah seperti biasa. Malam semalam, dia masih tidak berpuas hati dengan Ziyad. Memulaukan segala percakapan dan cerita darinya. Hatinya keliru kerana ini adalah kali pertama dalam hubungan mereka Ziyad tidak melayannya.

Banyak kali juga dia mesej Ziyad dengan mengahantar kata-kata seperti 'Good Night, Sayang', 'Iyad buat apa tu?' dan selainnya. Seperti yang dijangkakan, Ziyad berasa rimas dengan kawalan yang terlalu ketat.

Sehingga satu tahap, Ziyad berasa rimas dan ingin mengatakan kata putus pada hubungan mereka. Tetapi apa yang Ziyad mampu lakukan adalah bersabar.

Kelas bermula, sekarang sudah masuk bulan 3. Hari Jadi Ziyad sudah hampir. Juliyana termenung jauh memeikirkan hadia yang sesuai untuk diberikan kepada Ziyad nanti. Pada masa itu juga, Cikgu Lidya masuk ke kelas bersama seorang pelajar baru.

Putih, kurus, berambut cendawan, comel dan berbibir 'w'. Lelaki yang terlanggar Ziyad semalam. Matanya membuntang besar kerana terkejut dan hatinya berdegup kencang. Dia merasa sukar untuk bernafas kerana terlalu teruja. Kehadiran pelajar tersebut ialah kebahagiaannya.

"Assalamualaikum semua, kamu semua duduk sahaja. Saya ingin memperkenalkan seorang murid baru yang akan bersama dengan kamu semua. Sila perkenalkan diri kamu." hujah Cikgu Lidya.

"Hai semua. Wo shi Lucas. Nama sebenar Hariz Lucas bin Izman Hanafi. Berasal dari Kelantan dan berpindah ke sini atas sebab kerja. Saya harap semua dapat berkawan dengan saya. Terima Kasih"

'Ohh. Nama dia Hariz Lucas.' getus hatinya. Mukanya berubah ceria apabila merenung ada wajah Hariz.

Hariz tunduk 90 darjah tanda hormat. "Okay, Lucas. Kamu boleh duduk sebelah..ermm..Ziyad meja sebelah kamu kosong ke?" tanya Cikgu Lidya.

Persoalan itu membuatkan Ziyad tersentak dan menjawab dengan agak tergagap -gagap. "A.. Ya Cik... cikgu. Sebelah meja saya... kosong." Teruk gagap kau ni Ziyad.

"Kamu boleh duduk sebelah dia, Lucas. Have a happy day."
Hariz mengahdiahkan sebuah senyuman kepada cikgu. Kedengaran sekumpulan perempuan yang dikenali dengn perangai gatal mereka sedang menjerit.

Miang, Gatal, Sundal. Habis sebakul sumpah-seranah keluar dari hati Juliyana. Dia sungguh meluat dengan perangai perempuan tersebut. Lagi bertambah sakit hatinya apabila dia nampak Ziyad ternganga mulutnya melihat si Lucas. "Nama kemain mat salleh tapi melayu. Lol" cakap hatinya.

Kenapa jantung aku ni rasa suam semacam? Kenapa aku gelisah pula ni? Hariz Lucas dah dekat sebelah dah. Dia menghulurkan tangan dan aku sambut dengan tangan yang berpeluh.

"Hai, selamat berkenalan. Nama saya Hariz Lucas. Panggil Hariz. Dan awak?" katana ketika bersalaman.

"Oh.. Eh.. Na.. nama saya Zi.. Ziyad." Aku memberikan senyuman yang tak sedap mata memandang. Siapa nak senyum masa dia gelisah. Kalau senyum pun mesti hodoh amat kan? Hahaha

Aku hanya fokus mendengar penerangan dari Cikgu Lidya tapi semuanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Sekali-sekali, aku menoleh ke sebelah melihatnya. Aku perasan yang dia kuat senyum. Mungkin mukanya semulajadi senyum tanpa disedari. Matanya berbentuk bulan sabit ketika dia senyum. Menambahkan lagi kecomelan dia.

Aku mengalih pandangan dengan pantas ketika dia perasan yang aku sedan memerhatinya. Kadang-kadang, terlintas juga dalam fikiran memikirkan hati Juliyana tapi Hariz ada aura yang lebih menarik.

Aku tersedar dari lamunan tika loceng berbunyi.

"Bangun! Terima Kasih Cikgu." konduk si ketua.

"TERIMA KASIH CIKGU!" kami semua ikuti.

Aku bergerak keluar dengan lemah longlainya untuk ke kantin. Tiba-tiba satu jeritan datang dari dalam kelas. "Weyh, Ziyad! Nyah ko meh sini!" jerit Aiman. Rakan sekelas aku yang mempunyai perwatakan agak lembut. Actually, lembut sangat.

"Nyah, kau kenape termenung sampai dah nak terpisah mata kau tadi. Kau suka budak baru tu eh?" bisiknya apabila aku mendekatinya.

"Oi, Man! Kau ni kalau tak cerita pasal BL memang dok soh ler. Aku dok suko dio pun. Keee hang yang jatuh cinta pandangan pertama dekat dia?" provokasi dari seorang Ziyad.

"Kau jangan nak provok I okay. And kau jangan nak membongak tahap alam pasal tu. Aku ni noks, dah lamalah masuk dunia pelangi tu. Tengok body language kau je I dah tau. Propa jer lebih. Benci mak." hujahnya panjang.

"Haih, yelah. Aku mengaku. Yes, I like him. Don't ever ever tell anybody about this. Nyah, kalau kau pecah rahsia aku siat-siat mulut tu. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut." ugut aku.

"Yelah yelah. Tapi macam mana dengan Juliyana?"

"Entah, tengoklah apa yang aku boleh buat. Dah, aku nak makan ni. Nak ikut tak nyah?" walaupun dia gay, lembut dan sewaktu dengannya, aku tak pernah sisihkan dia.

"Ha Jom! Kau belanja." selamba dia je cakap macam tu. Aku renung tajam dekat dia.

Bersambung...

Hai semua, I wish everyone can pronote this story. Thanks for support. Jangan lupa tekan bintang bawah tu. Kalau nak comment pun anda dialu-alukan. Last, jom promote this story. Bye(^^)/

[C] Seindah Cinta Ziyad (LGB story)Where stories live. Discover now