Chapter 6 - [ Hero ] ♠️

1.5K 185 29
                                    

⚠️ Warning!! Chapter bosan sila sedikan baldi untuk tadah muntah⚠️

Keadaan di dalam bilik mesyuarat di Syarikat C-Jes Entertainment lengang seketika. Tiada sebarang suara yang memenuhi bilik mesyuarat. Cuma tinggal dua orang manusia sahaja di dalam bilik ini. Iaitu aku dan Chang Joo oppa. Mesyuarat antara model dan barisan pentadbir syarikat baru sahaja berlalu. Yera unnie pula telah minta izin untuk ke tandas.  Menyedari keadaan itu aku dan dia sengaja terbatuk kecil dan berdehem untuk mengurangkan rasa janggal.

"So..hmm Sunny— sorry Ji Hyo"

"Nae?"

Aku memandang ke arahnya dengan reaksi yang sedikit terkejut. Tsk! Mesti dia fikir aku terdesak nak dia tegur aku. Habislah..

"Macam mana dengan career Sun— hmm Ji Hyo sekarang?" dia menunduk sedikit mukanya bila dia secara tak sengaja menyebut nama panggilan yang dia gunakan untuk aku sewaktu kami bercinta di sekolah tinggi dahulu. Aku tergelak kecil.

"Waeyo?" soalnya apabila terdengar aku tertawa halus.

"Hmm, aniya kelakar pula awak masih panggil saya dengan panggilan lama tu. Panggil Hyo pun dah cukup lagipun ramai rakan artis dan editor yang guna panggilan tu" aku membalas dengan tawa yang ditahan.

Tidak dinafikan kami telah lama berpisah tetapi masa 5 tahun ini belum cukup lama untuk hilangkan rasa kekok bila aku dan dia cuba berborak.

"Ji Hyo sshi~ dah tiba masanya untuk photoshoot palli"

Panggilan Yera unnie dari pintu bilik mesyuarat yang dikuak sedikit buatkan perbualan aku dan Chang Joo oppa menoleh ke belakang. Aku bangun dari kerusi dan memberi tunduk hormat.
"Saya pergi dulu"

"Ouh nae"

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Taehyung P.O.V

Aku kerling jam dinding di dalam bilik solek. Dah pukul 10 pagi. Sekejap lagi photoshoot untuk jaket dan kasut sukan edisi terbaru jenama PUMA akan bermula. Mesti ramai netizen yang berfikiran bahawa idol photoshoot untuk jenama aksesori atau pakaian hanya semata-mata untuk duit.

Tak

Diorang salah!

Sekarang pun semua member Bts sedang pakai kasut sukan PUMA. Bukan setakat tu je. Masa dance practice pun kitorang pakai. Memang selesa. Kami semua setuju sangat bila manager-nim beritahu kitorang tentang photoshoot ni. Si Kookie lah yang paling gembira macam kera kena belacan bila tahu pasal ni. Mana taknya hampir semua kasut yang dia pakai jenama PUMA.

"Yahh! hyung janganlah kacau orang nak main game nie"

Panjang umur. Baru aku cakap pasal dia.

"Muehehe jangan harap aku nak bagi kau menang"

Suara Jimin pun turut masuk ke telinga aku. Kepala Jimin jadi mangsa libasan Jungkook. Mana taknya si Kookie tu nak libas kepala Jimin kalau dia tak kacau Kookie main game Piano Tiles dia siap tiup-tiup angin kat telinga golden maknae. Memang berapilah si Kookie tu bila dia kalah. Point yang dia kumpul dalam 1098 nak dekat 2000 dah kot sikit lagi nak dapat 3 'crown'.

"Tsk, sikit je lagi nak menang. Suga hyung tengoklah Jimine ni kacau orang main game"

Jungkook cuba mengadu pada Suga tetapi Suga yang lena terganggu mendongakkan sedikit kepalanya dengan mata yang sedikit terbuka memandang ke arah Kookie lalu menyambung tidurnya semula. Oleh kerana tak puas hati dengan balasan dari Suga kini dia beralih ke arah Hoseok pula.

[KTH] Nuna My Slave °🍁김태형°Where stories live. Discover now