Chapter 9 - [The Vempire History] ♠

631 54 19
                                    

"OMO!"

Empat orang rakan lelaki di hadapan aku ini yang terdiri daripada Rapmonster,Jin,Suga dan juga J-Hope sudah mula terlopong. Badan mereka berempat kaku dan keras bagai kayu. Mulut mereka yang terlopong membentuk huruf 'O'. Dapat aku lihat dengan jelas lalat yang masuk keluar masuk ke dalam mulut mereka sambil bersorak 'yippie' dengan jelas dan syahdu sekali. Walaupun sebenarnya aku tak tahu bahawa lalat juga boleh bercakap.

Dua orang lagi rakannya yang terdiri daripada Jungkook dan Jimin sedang duduk di atas kerusi rehat di tepi kolam renang sambil menikmati popcorn dengan memakai cermin mata 3D untuk tujuan apa pun aku tak tahu. Keempat-empat rakan lelaki vempire yang keras seperti kayu tadi kembali kepada keadaan normal semula setelah mereka sedar bahawa bapa kepada salah seorang rakan mereka itu juga berada di kawasan kolam renang ini.

"Yaishh ahjusshi kan kitorang dah cakap ajusshi duduk je kat dalam rumah, biar kitorang yang jenguk"
Baru aku tersedar bahawa manusia yang menjerit tadi rupanya adalah ayah kepada lelaki vempire di hadapan aku ini.

"Apa salahnya ahjuhsshi datang nak jenguk?"
Sempat lagi bapa kepada lelaki vempire di hadapan aku ini mempamerkan senyuman petak menunjukan barisan giginya yang rapi.

Setelah itu pandangannya teralih kepada aku yang berhadapan dengan kesemua mereka. Aku yang berasa malu terpaksa menyembunyikan wajah di sebalik dada bidang lelaki vempire di hadapan aku ini. Lelaki vempire di hadapan aku ini pula sudah keras seperti kayu balak yang terapung-apung di dalam kolam renang. Wajahnya yang sudah merah seperti buah tomato sedah jelas menunjukkan betapa malunya dia pada saat ini.

"Haewon!"
Seorang wanita dalam linkungan 50-an yang beruniform maid muncul di perkarangan kolam renang villa ini.

"Ya, Tuan?"

"Bawakan tuala untuk Tuan Muda dan juga Cik Muda dan jangan lupa tolong bawa Cik Muda ke bilik tetamu untuk tukar pakaian, tolong berikan dia...."

"pakaian mendiang isteri saya"


●●●●●●●○○○○○●●●●●●●●

Sudah dua jam peristiwa di kolam tadi berlalu. Namun perasaan malu tentang peristiwa tadi di antara aku dan budak vempire itu yang disaksikan oleh bapa dan rakan-rakannya sendiri masih lagi belum pudar. Dalam masa dua jam juga aku menghabiskan masa dengan menggantikan pakaian aku yang sudah basah kuyup tadi sambil ditemani Haewon unnie. Haewon unnie memberikan aku pakaian milik mendiang Puan Kim, iaitu isteri Tuan Kim merangkap ibu kepada budak vempire itu.Baju yang diberikan Haewon unnie betul-betul sepadan dengan aku.Mungkin disebabkan kerana kami mempunyai ketinggian dan bentuk badan yang lebih kurang sama.

Haewon unnie tersangatlah peramah orangnya sehingga aku tidak merasa kekok untuk berbual dengannya dalam jangka waktu yang agak panjang sehinggalah..

"Cik Ji Hyo, boleh saya tanya?"

"Unnie panggil je saya Ji Hyo. Saya rasa kekoklah kalau unnie bercik-cik dengan saya" kataku dalam nada mesra.

Haewon unnie tersenyum simpul. Matanya memandang tepat ke dalam mata aku. Aku berasa agak kekok dengan situasi yang sedang berlaku sekarang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 20, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[KTH] Nuna My Slave °🍁김태형°Where stories live. Discover now