Chapter 7 - [ Daegu ] ♠️

1.6K 182 20
                                    

Taehyung P.O.V

"Please stop make me worry"

Hanya itu sahaja kata-kata yang mampu keluar dari mulut aku. Dia, perempuan yang berada dalam rangkulan aku ini hanya diam seribu bahasa. Mukanya kelihatan pucat sedikit. Mungkin kerana dia hampir mati terjatuh dari rooftop bangunan atau kerana pandangn aku pada mata dia yang agak tajam pun aku tak tahu

FLASHBACK

Semua member termasuk aku sudah bersedia untuk balik ke hostel.Van syarikat pun sudah menunggu kami di bawah. Kami semua masuk ke dalam lif dan turun ke tingkat paling bawah. Kami menuju ke arah van. Semua member dah masuk kecuali aku yang masih tercegat kat depan bangunan C-Jes Entertainment ni. Sejak ada kat dalam lif tadi aku dah rasa tak sedap hati. Macam ada je benda yang tak kena.

"V shhi~"

"V!!"

"Yahh, Kim Taehyung!!!"

Jeritan Namjoon hyung yang dah naik satu oktaf buatkan aku menoleh sambil tayang muka kau-nak-apa-hyung?. Aku perasan yang Namjoon hyung tengah tahan nafsu telan jasad member hidup-hidup bila panggilan dia yang tadi aku hiraukan.

"Apa yang kau tercegat kat situ. Ada awek yang kau cari ke?" papp BINGO! Soalan Jin hyung betul-betul tepat dengan apa yang aku tengah buat.

"Hyung, tunggu sekejap boleh? Orang tak tahan nak kencing" akhirnya aku berjaya cari alasan untuk pergi masuk ke dalam bangunan syarikat semula. Aku berlari masuk ke dalam bangunan syarikat.

"Nae. Jangan kau pergi mengurat ahjumma tukang sapu kat dalam tu pulak hyung" tambah si JK pula sambil lambai tangan kat aku. Aku hanya balas dengan tunjukkan jari 'OK'.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

TING!

Bunyi loceng lif menandakan aku dah sampai ke ringkat teratas bangunan ni. Aku hanya perlu menaiki tangga untuk ke rooftop. Aku mendaki tangga dangan berhati-hati. Kaki aku berhenti melangkah sebaik sahaja sampai ke pintu keluar.

"Huh? Kelakarnya kau merayu lah di syurga nanti unnieku sayang. Aku takkan biarkan kau rampas Chang Joo oppa dari aku"

Aku terdengar suara dua perempuan sedang bertengkar. Pintu di depan aku buka perlahan-lahan.

Tidak

Mungkin

Perempuan tu badan dia ditolak oleh seorang perempuan yang berpakaian agak ketat. Aku tak nampak mukanya memandangkan membelakangi aku . Badan aku dengan automatiknya teleport ke arah slave aku untuk menyambutnya dari jatuh. Badan di aku rangkul sebelum teleport ke rumah ibu bapa aku di Daegu.

END FLASHBACK

Ji Hyo P.O.V

"Kita ada kat mana sekarang ni?" aku memandang ke persekitaran bilik. Aku sangat pasti ini bukan bilik aku. Jadi aku di mana sekarang. Lelaki di depan aku ini hanya diam seribu bahasa. Takde mulut ke? Aku dapat rasakan badan aku diletak perlahan-lahan di atas sofa. Oh baru aku ingat bahawa dia sedang merangkul badan aku.

"Kenapa kau pergi ke rooftop tadi?" lelaki ini mamandang aku dingin. Riak wajahnya agak manakutkan seperti ini. Rasa geram mula terbit di benak fikiran aku. Soalan aku dibalas soalan darinya. Sungguh menyakitkan hati!

"Saja nak ambil angin.. kenapa? tak boleh?"

"Tak boleh sebab ambil angin kau tu hampir korbankan nyawa kau"

Aku menelan liur setelah melihat warna mata hazelnya berubah kepada merah gelap. Lengan baju pada bahagian lengan aku selak untuk lihat tanda namanya di tangan aku.

[KTH] Nuna My Slave °🍁김태형°Where stories live. Discover now