Chapter 8 - [ BlackRoseberry ]♠️

2.2K 180 50
                                    

⚠️Amaran chapter bosan!! Bagi mengelakkan muntah lalat, anda digalakkan untuk menelan ubat nyamuk jenama Ridsect!! Sekian harap maklum..⚠️

Kim Taehyung P.O.V

"V sshi~ kau ni buat kitorang risau tau tak?!" Jin hyung dah mula ceramah tak berbayarnya kat ruang tamu rumah aku. Aku dah mula tundukkan muka ke arah lantai. Aku dongakkan kepala semula dan pandang tepat ke arah Jin hyung.

"Mianhae hyung, V tahu V salah. Kalau V jelaskan sekalipun, hyung pasti takkan percaya" jelas aku bersungguh-sungguh.

"Hyung~ sudahlah tu. Yang penting V tak apa-apa. Benda dah nak jadi, yang penting sekarang kita perlu tenangkan fikiran sepanjang tempoh kita bercuti" Namjoon hyung mencelah. Tangannya menepuk-nepuk bahu sasa milik Jin hyung. Sementara Jin hyung masih dengan riak risaunya.

"Aku tahu Namjoon tapi kan- Song Ji Hyo sunbaenim?"

"Apa kena mengena dengan Song Ji Hyo sunbaenim pulak ni?" soal Namjoon hyung bingung.

Jin hyung menggoyangkan bahu Namjoon hyung sambil matanya tak lepas dari memandang ke arah laluan berdekatan dapur.

"Itu..di sana!"

Kesemua mata manusia di depan aku tertumpu ke arah laluan berdekatan dapur. Mulut mereka di hadapan aku sudah mula melopong. Aku yang pelik turut memusingkan kepala untuk melihat apa yang buat diorang begitu terkejut.

"Eh tu bukan Song Ji Hyo sunbaenim ke?" sekali lagi Jin hyung memandang ke arah tempat yang sama. Aku cuba memusingkan kepala menghadap ke belakang walhal jantung aku dah macam nak terkeluar.

Tak ada apa-apa.

Syukurlah dia sempat sembunyi. Aku menoleh ke arah semua member BTS semula.

"Eh, korang ni mana ada Song Ji Hyo dalam rumah V. Agaknya korang dah mabuk darat masa perjalanan ke sini tadi, kalau tak pun korang mengigau. Apa kata korang semua pergi berehat dulu sambil aku tunjukkan bilik korang"

"Eh, V rumah kau ada swimming pool kan?"

********************

Ji Hyo P.O.V

Fuhh~ nasib baik aku sempat mengelak tadi. Niat aku yang tadinya untuk melarikan diri ikut laluan belakang di antara ruang tamu dan dapur hampir sahaja gagal sebaik sahaja Kim Seok Jin secara tidak sengaja ternampak aku lalu di situ. Bila aku perasan ada antara mereka yang ternampak aku, cepat-cepat aku sembunyi di belakang dinding.

Lelaki itu. Buat kali pertamanya aku rasa bersyukur dia wujud di situ. Kalau bukan dengan bantuan dia yang berjaya mengalihkan perhatian kawan-kawannya, entah apa yang akan bakal berlaku pun aku tak dapat bayangkan. Pasti berbagai alasan dan cerita harus dikarang untuk dijelaskan kepada kawan-kawannya. Terutama Kim Namjoon, leader yang disanjungi oleh ahli-ahli kumpulannya iaitu BTS.

Aku baru sedar bahawa rumah lelaki vempire ini semamangnya besar seperti bangunan rekabentuk istana Inggeris dahulu kala.Hampir tersesat juga aku saat mencari bilik lelaki itu semula. Ouh, berbahas tentang Rap Monster, Jin, iaitu member yang tertua di dalam kumpulannya juga tak kurang tegas dalam menjaga ahli kumpulan serta nama baik kumpulan mereka. Kesian juga aku dengar lelaki vempire itu harus menjelaskan kepada Jin tentang perkara yang berlaku.

Sedar tak sedar kaki aku sudahpun berhenti melangkah di hadapan sebuah pintu yang agak besar saiznya. Tangan aku teragak-agak untuk membuka tombol pintu. Tidak berkunci? Alangkah terkejutnya aku sebaik sahaja membuka pintu ini. Di dalamnya terdapat sebuah bilik-eh tak, macam ...halaman mungkin? sungguh luas dan besar. Sebuah kawasan yang terbuka yang dilengkapi dengan 'green house', kolam renang dan gelanggang bola keranjang.

[KTH] Nuna My Slave °🍁김태형°Where stories live. Discover now