Prolog

10.7K 462 120
                                    

Hi/Assalamualaikum semua. Saya author cerita ni mahu bagitahu sikit tentang isi kandungan buku ni. Dalam cerita ni, akan ada perbuatan yang tidak bermoral dan memang langsung tidak patut dipatuhi. Jadi janganlah terikut-ikut. Dalam cerita ni jugak takkan sentuh langsung pasal agama. Jadi semua watak dalam cerita ni semestinya bukan Islam. Dah ingat? Ha sila mulakan bacaan, harap enjoi hihi

°■°■°

Seorang gadis berpakaian kemas dan rambut diikat satu sedang berjalan ke arah sekumpulan pelajar. Lencana yang bertulis Ketua Pengawas dijahit rapi ke blazernya. Di belakangnya ialah seorang perempuan berambut pendek tetapi kemas dan seorang lelaki yang tinggi.

Apabila mereka sampai di sekumpulan pelajar tersebut, dia menjerkah mereka. "Berbaris mengikut jantina sekarang!" Pelajar-pelajar tersebut dengan cepat terus beratur. Kawan perempuan tersebut memberi buku nota mereka lalu menyuruh mereka untuk menulis nama penuh dan kelas.

"Lepas dah tulis nama, jangan berani nak lari!" Kata perempuan tersebut dengan tegas. "Kamu semua dedenda kutip sampah di tapak perhimpunan termasuk di dalam longkang." Beberapa keluhan dapat didengari. "Lain kali, jangan dating lambat kalua tak nak kena denda. Cepat kutip sekarang!"

"Bising ah bodoh!" Jerit salah seorang pelajar dari kumpulan tersebut.

Perempuan tersebut menjongketkan salah satu keningnya. Dengan pantas, dia berjalan ke arah pelajar tersebut lalu menarik kolar dia.

"Boleh ulang semula?"

"Pekak ke kak? Aku kata bising ah b- AW AW AW AW AW!!!" Pelajar tersebut mengaduh kesakitan setelah Ayra mencubit telinganya. Kawannya dan pelajar yang lain melihat mereka dengan rasa kesian.

"Kita ni diajar untuk hormat-menghormati antara satu sama lain. Ke tak tahu?" Perempuan tersebut melepaskan telinga pelajar tersebut. "Boleh la belajar dengan cikgu disiplin kita ye?"

"M-maaf kitaorang lambat!"

Sekumpulan pelajar berpakain sama seperti perempuan tersebut datang ke arah mereka. Apabila mereka sampai, mereka meminta maaf kerana lambat ke situ. Alasannya kerana sibuk membuat -spot-check kepada pelajar-pelajar lain.

"Buat kerja, kena cekap dan pantas." Dia menoleh ke belakang ke arah kawan-kawannya. "Michelle, Umar, ikut saya ke bilik disiplin." Dia memandang semula ke kumpulan pengawas-pengawas di depannya. "Jangan bagi diaorang balik ke kelas selagi tapak ni ada sampah. Make sure korang buat tugas korang dengan sebaiknya!" Lalu perempuan tersebut beredar dari tapak perhimpunan bersama Michelle dan Umar.

Setelah pasti mereka berada jauh dari pandangan mata dan pendengaran telinga orang lain, Michelle bersuara. "Ayra, you ni tegas sangat la dengan pengawas-pengawas baru tu."

"Betul." Setuju Umar. "Sebab tu kau single hahahaha!"

Ayra menyiku perut Umar, menyebabkan Umar mengaduh kesakitan. "URK!!!"

Ayra menoleh ke belakang. "Aku hairan macam mana kau lepas dilantik sebagai penolong ketua pengawas. Kerja menyakitkan hati aku je." Dia memandang ke arah Michelle. "Anyway Michelle, kita kena tegas dengan diaorang. Diaorang kena faham yang jadi pengawas ni tanggungjawab dia besar." Dia Kembali memandang ke hadapan. "Kebanyakkan yang jadi pengawas ni pun bukannya sebab nak sangat jadi. Sebab nak nampak cool."

Michelle menggeleng kepalanya. "Sejak first time jumpa you, you memang tak berubah kan?"

"Bagilah chance ke diaorang. Aku tengok ada yang betul-betul bersungguh nak jadi pengawas." Kata Umar dengan berhati-hati, tangan memegang perutnya. Takut disiku lagi oleh si Ayra.

"Hmm kita tengok lah macam mana nanti." Kata Ayra lalu dia berjalan dahulu ke bilik disiplin.

Michelle dan Umar saling berpandangan lalu mengeluh.

Disciplining Gangsters (Editing)Where stories live. Discover now