Bab 23 (Not yet edited)

2K 190 70
                                    

"Uh kenapa badan rasa lenguh sangat eh?" Tanya Ayra sambil memegang bahunya.

"Mungkin Rara penat kut? Yelah kerja yang patutnya cikgu handle, tiba-tiba Rara pulak kena." Jawab Fikri. Mereka sedang on the way balik ke dorm selepas seharian belajar di sekolah.

"Fikri tak baik la buruk sangka ke cikgu..." Namun dalam fikiran Ayra dia rasa pelik jugak. Melebih sangat cikgu ni bagi kerja ke dia. Patutnya ada had la.

"Apa kata Rara tak payah datang sekolah besok. Rara rehat je dalam dorm Rara. Habis sekolah je, Fikri datang take care Rara."

Ayra menggeleng kepalanya.

"Mana boleh. Hura-hara sekolah ni kalau Rara tak datang. Nak harapkan pengawas sekolah, diaorang baru lagi."

"Rara biar betul."

"Iye. Malam ni Rara tidur secukupnya. Esok confirm sihat dah!"

°■°■°

"Em Rara pasti ke nak pergi sekolah?"

Keesokan harinya, Ayra makin teruk adalah.

Muka pucat, badan lesu. Jalan pun perlu pegang sesuatu agar tidak jatuh tergolek.

Ayra mengannguk. "Ayra boleh la pergi sekolah. Sihat je ni."

"Rara balik dorm la. Fikri risau tengok Rara ni. Kalau pengsan macam mana?"

"Ish Fikri ni. Rara larat je la." Lalu Ayra berjalan mendahului Fikri sambil berpaut pada dinding di tepi.

Fikri mengeluh. Degil betul sepupunya tu.

Semasa Ayra menjaga pintu pagar sekolah bersama Rudy, Rudy perasan kelakuan Ayra sangat pelik.

"Um Ayra awak okay tak ni? Awak banyak termenung je instead of buat spot-check yang betul-betul."

Sejak kedatang Ayra ke SMK Dyod, ramai pelajar sudah mula mematuhi arahah. Namun, adalah beberapa makhluk yang masih degil. Nampaknya, makhluk degil tersebut terlepas harini daripada mendengar leteran Ayra.

Ayra memegang kepalanya, pening. Dia mengangguk perlahan-lahan sambil menutup matanya.

"Awak pasti?"

Ayra memuncungkan bibirnya. Dia memandang Rudy lalu mengangguk.

"Saya okay je lah. Awak tu, okay ke tak? Sejak jadi penolong pengawas, banyakkan perubahan yang berlaku pada awak."

Rudy mengangguk sambil tersenyum. Sejak menjadi penolong pengawas, dia lagi berkeyakinan tinggi, berani dan dapat bertegas dengan pelajar-pelajar lain. Dia sudah pun tidak menjadi mangsa buli. Dia juga menjadi senior yang sporting kepada pelajar lower form, iaitu tingkatan 3 ke bawah.

"Semua ni sebab awak Ayra. Terima kasih."

Ayra tersenyum lalu mendekatkan mukanya ke Rudy. Mata Rudy membesar. Dia ke belakang, tak tahu nak respon macam mana apabila ada gadis cantik seperti Ayra mendekatinya.

"Saya tak buat apa-apa pun. Awak sendiri yang berubah."

Pipi Rudy mula merah, mungkin kerana Ayra dekat sangat dengan dia. Dia memandang selain Ayra, malu.

"A-awak dekat sangat n-ni Ayra."

"Kalau saya dekat pun apa masalahnya?"

"T-tak boleh! N-nanti ada orang s-salah faham!"

"Macam siapa?"

Tiba-tiba ada tangan di antara muka Ayra dan Fikri.

"Macam I la baby." Jawab Joey. Dia memandang Rudy dengan renungan tajam. "Sila blah." Terus Rudy bla, takut dengan apa yang Kings akan lakukan jika dia masih di situ.

Disciplining Gangsters (Editing)Where stories live. Discover now