Bab 9 (Not yet edited)

4K 283 18
                                    

'Mana aku tau yang mak dia dah takde dalam dunia ni...'

Ayra sedang terbaring di dalam biliknya sambil memeluk bantal.

Pintu biliknya diketuk.

"Masuk la~ tak kunci pun."

"Rara! Fikri dah banyak kali kan suruh Rara kunci pintu." Nasihat Fikri.

"Mhm."

Fikri terdiam. Dah kenapa pulak sepupunya tu?

"Rara kenapa? Down je Fikri tengok."

"Rasa bersalah sikit." Kata Ayra dengan perlahan.

"Sebab?"

"Sebab tak sengaja lukakan hati Matt."

"Eh? Dahtu selama ni yang Rara gaduh dengan dia tu?"

"Tu sebab dia buat kesalahan! Yang ni tak..."

"Ooo...okay... apa-apapun, Rara mintak la maaf."

"Tak nak! Nanti diaorang mesti ejek 'Ayra si lembut!' 'Ayra itu!' 'Ayra ini!'" Kata Ayra.

"Dahtu? Rara yang Fikri kenal takkan kisah pasal benda kecil macam tu."

Fikri sambung lagi. "Rara, lebih baik Rara pentingkan perasaan orang daripada jawatan Rara. Ego buang jauh-jauh."

Ayra diam sahaja.

Fikri mengeluh. Dia keluar dari bilik Ayra.

'Ego buang jauh-jauh.'

Kata-kata Fikri asyik ulang sahaja dalam kepala Ayra.

Ayra mengeluh. Dia bangun, mengunci pintu bilik, tutup lampu, bukak lampu tidur lalu tidur.

°■°■°

Keesokan harinya...

Pukul 7.30 pagi. Seperti biasa, Ayra mengunci pagar.

"Oi bodoh! Bukak pintu ni!" Jerit Matt.

"Hmph! Siapa suruh lambat!" Kata Ayra lalu dia menyilangkan tangannya. "Too bad korang takde kunci." Ayra menunjukkan kunci yang berada di genggaman tangannya.

Seraya(?) dengan itu, kunci tersebut hilang. Pintu pagar pula dibuka oleh Wisy.

"Hei! Dah berapa kali kan aku bagi warning, jangan buat macam tu!" Kata Ayra lalu dia merampas kunci yang berada di tangan Wisy.

"..." - Wisy.

"Ugh pergi cepat!" Arah Ayra.

Kings berjalan ke arah sekolah dengan selamba.

"M-"

Ayra baru sahaja hendak memanggil Matt, tapi membatalkan niat dia.

'Takpelah. Waktu rehat ada...'

°■°■°

Pada waktu rehat, Ayra tak dapat bercakap dengan Matt.

Alasan pertama, Matt hilang entah ke mana dengan Kings yang lain. Kedua, ego Ayra.

'Ish! Waktu orang nak cakap something, dia hilang.'

...bisik hati Ayra tapi tu alasan semata-mata.

°■°■°

Tamat waktu sekolah.

Ayra masih lagi tak dapat nak minta maaf kat Matt.

"M-matt!" Panggil Ayra.

"Apa lagi kau nak bodoh?" Tanya Matt, acuh tak acuh.

"Stayback. Kau ada kelas tambahan add math dengan aku." Kata Ayra tapi dalam hati, 'Aduh Ayra!!! Nak kata sorry, yang tu pulak keluar!'

Disciplining Gangsters (Editing)Where stories live. Discover now