Bab 19 (Not yet edited)

1.9K 152 5
                                    

Keesokan harinya, mereka semua berkumpul di depan cabin setelah makan dan mandi pada pukul 7.30 pagi.

Leon menguap. "Aku tak faham la kenapa aku kena bangun awal."

"Kita kan nak masuk hutan, jungle trekking pastu mandi air terjun sambil berkelah." Jawab Joey.

"Aku tak nak join. Aku nak lepak dalam khemah je."

"Tak boleh!" Sampuk Ayra. "Kau ketua , tunjuk la sikap yang baik."

"Uuuuuuggghh pagi-pagi kau dah membebel. Sakit telinga aku gila." Kata Leon.

"Sakit lagi kepala aku kena layan kau." Kata Ayra. "Semua beratur ikut kumpulan korang dalam kiraan tiga! 1! 2! 3!"

Terus semua berkumpul... Kecuali Kings yang jalan lambat-lambat.

"Eeeeeyyyy-" Baru Ayra mahu marah Kings tetapi seseorang telah meletak tangannya di bahu Ayra.

"Hi Ayra!" Sapa abang Paan.

"Oh hi abang Paan." Balas Ayra.

"Macam mana tidur semalam? Best tidur dalam cabin?"

"Okay je sebab takde nyamuk pastu ada kipas."

"Uuu untung dia ye!" Kata abang Paan lalu dia mencubit pipi Ayra.

"Aaaaaaa jangan la cubit pipi! Pipi saya sensitif la!"

"Ahahahahaha tapi Ayra comel sangat!"

Seseorang menumbuk pokok menyebabkan beberapa daun gugur.

"Sila sambung program. Meluat mata tengok orang gatal try betina gedik tu." Kata Leon dengan geram.

Terlopong mulut Ayra. 'Betina gedik dia panggil aku?!? Siap kau Leon!'

"Dah dah. Kamu berdua pandai-pandai la selesai masalah. Okay aktiviti hari ni kita pergi berkelah dekat air terjun!!! Setiap kumpulan akan ada seorang abang jaga. Kamu semua dengar arahan diaorang." Kata salah seorang kawan abang Paan.

Mereka mengagihkan diri mereka kepada setiap kumpulan yang ada.

"Wuhooo dapat jaga kumpulan Ayra la!" Sorak abang Paan dengan gembira.

"Eh serious la? Yessss!" Sorak Ayra.

"Ah annoyingnya!" Kata Leon dengan nada menyampah.

"Dah kau nak menyampah sangat kenapa? Bagus la abang Paan yang jaga kita. Nak harapkan kau? Mampus sesat dalam hutan." Bebel Ayra.

Leon menarik tangan Ayra lalu membisik, "Kau tak payah nak percaya sangat la Farhan tu."

"Eh kau dah kenapa hah?" Cebik Ayra.

"Tch! Sukati kau la nak buat apa." Leon melepaskan tangan Ayra lalu beredar.

°■°■°

"Jom ikut Paan!" Abang Paan megetuai mereka ke arah air terjun.

Mereka berbaris satu line. Abang Paan di depan untuk menunjuk jalan, diikuti Ayra dan ahli kumpulannya.

Leon berada belakang sekali sebab bak kata Ayra, "Ketua kena duduk belakang untuk tengok-tengok ahli."

Leon ingatkan nak gaduh dengan Ayra tapi bila fikir balik, bagus duduk belakang.

Tak yah muntah tengok abang Paan dengan Ayra.

"Jaga-jaga tau. Nak naik ni curam sikit." Nasihat Abang Paan.

"Kenapa tangga ni bina halfway? Kalau bina sampai ke puncak kan bagus." Tanya Ayra.

"Sebab yang kat puncak tu bahaya nak mandi. Waktu dulu-dulu terbuka untuk orang tapi lepas ramai orang mati lemas, puncak tu kena tutup."

"Dahtu tak best la nanti nak mandi air terjun!" Celah salah satu ahli kumpulan Ayra.

Disciplining Gangsters (Editing)Where stories live. Discover now