Bab 12 (Not yet edited)

4K 293 64
                                    

Hari Jumaat iaitu hari report card bagi murid-murid SMK Dyod.

Ayra telah mengarahkan Rudy dan beberapa orang murid yang boleh dipercayai untuk menjaga gate utama sekolah dan untuk menunjuk jalan kepada ibu bapa.

Ayra pula akan berjalan-jalan sekitar sekolah untuk membasmi(?) murid-murid daripada membuat kerja-kerja yang tidak bermoral.

"Babe!" Sapa Joey dengan riang apabila Ayra terjumpa Kings lepak belakang bangunan.

Ayra mengelak Joey yang mahu memeluknya. "Korang buat apa hah kat sini?!? Balik kelas sekarang!"

"Chill la Rara. Parents aku lambat lagi nak datang." Kata Leon yang sedang hisap rokok.

"Ayah aku pon. Kena bereskan geng yang cari pasal dengan diaorang." Kata Matt.

"..." - Wisy.

Ayra menggelengkan kepalanya. "Apa pulak alasan kau?" Tanya Ayra kepada Joey.

"Oh my sisters dah on the way. Kejap lagi sampai la tu." Kata Joey. "Babe, jom teman I jumpa kakak-kakak I. I nak introduce you to them."

"Buat apa? Aku bukannya nak jumpa diaorang pun."

"Ala please! You kan gf I, kenalah I kenalkan you dengan kakak I."

"Fake gf okay! Not real gf."

"Please? I belanja you makan kedai hipster tu lagi."

'Eish dia ni. Pandai betul goda aku dengan makanan. Mentang-mentang makanan tu bae aku.'

"Yelah yelah. Kalau aku dah habis round sekolah ni aku jumpa la kakak kau. Dah pergi balik kelas!"

"Yelah Rara." Kata Leon lalu dia dan Kings bangun meninggalkan tempat tersebut.

Ayra meneruskan rondaan dia sekeliling sekolah.

°■°■°

Ayra yang baru sahaja masuk dalam kelas tiba-tiba kene terjah dengan Joey.

"Yeay my baby dah sampai!"

"Huh? Dah kenapa kau ni-?"

Joey membisik di telinga Ayra. "My sister dah sampai. Diaorang nak jumpa you."

Ayra membuat 'o' dengan mulutnya.

Joey memimpin tangan Ayra sampai mereka berdua berada depan kakak Joey.

'Mak aih! Triplets!'

"Hi, so you ke girlfriend adik kitaorang? Um Ayra Dian kan?" Tanya salah satu triplets yang memakai baju merah.

Ayra mengangguk sambil berkata 'haah'.

"Saya Lila. Panggil kak Lila je. This is my other triplets, Mila yang pakai baju biru dan Ella yang pakai baju kuning tu." Kata Lila.

"Ah okay nice to meet you." Kata Ayra dengan ceria sambil menghulurkan tangannya untuk salam.

Lila menyambut salam Ayra.

"So berapa lama dah you kenal Joey?" Tanya Ella.

"Em baru la jugak. Saya baru pindah sini semasa Januari."

Ella mengangguk. "Apa yang buat you tertarik dengan Joey? Setahu akak, dia ni tak de apa-apa yang menarik."

"Hei! Aku kan hensem, macho. Of course la Ayra terpikat. Kan babe?" Tanya Joey lalu dia meletakkan tangannya atas bahu Ayra.

"Ahahahahaha..." Ketawa Ayra awkwardly.

"Apelah Ella ni. Dah adik kita yang tersayang ni suka si Ayra, tak yah la banyak soal. Lagipun dia ni cantik, nanti dapat anak mesti comel-comel!" Kata Mila.

Muka Ayra merah. "A-anak?!? L-lambat lagi la kak Mila ahahaha..."

"Eh? Lambat apanye. Lepas you dua orang habis belajar, terus kahwin la."

Kata-kata Lila membuatkan mata Ayra terjegil.

"KAHWIN?!?" Jerit Ayra.

Ayra memandang Joey. "Kau kata ni fake je! Asal sampai kahwin ni?!?"

"Ahaha tu... my sister punya pasal la babe."

Lila mengangkat satu keningnya. "Fake? What fake?"

Joey memandang Ayra sambil menggeleng kepala.

Ayra mengeluh. Dia perlu beritahu kebenaran.

"Sebenarnya kak Lila, kak Mila, kak Ella... saya dan Joey bukannya bercinta pun. Kitaorang fake it sebab tak nak Joey kene kahwin paksa."

"Joey! How could you tipu your sisters?!?" Marah Ella.

"Aww tapi akak nak anak sedara cepat..." Kata Mila.

"Eh berani kau permainkan hati adik aku ek?!?" Marah Lila.

"Kak Lila, saya bukannya mainkan perasaan Joey. Saya hanya tolong dia. Dia pun bukannya nak tipu akak-akak ni. Dia tak nak kena kahwin paksa. Biarlah dia free. Dia tau akak-akak risaukan dia cuma dia dah besar. Dia boleh jaga diri dia."

Ayra sambung lagi. "Lagipun, tanpa dia mungkin saya takde kat sini harini. Semalam, dia selamatkan saya dengan dua budak kecil daripada orang jahat tau. Senang kata akak-akak jangan la paksa dia. Dia tau akak caring pasal dia sebab tu dia sayangkan akak."

Ketiga-tiga perempuan tersebut diam. Mereka memandang satu sama lain. Akhirnya Lila mengeluh lalu tersenyum.

"Yelah. Maybe kitaorang ni pun sibuk jugak life dia. Kitaorang risau tengok dia, asyik liar sana sini. Dah la sebok uruskan family punya gang, kena pulak uruskan geng Kings." Kata Lila.

Mila mengangguk. "Tu la. Kitaorang pun still layan dia macam budak kecik. Yelah sebab dia seorang je anak lelaki dalam family."

"Fine. Kitaorang takkan paksa dia kahwin." Kata Ella tapi dia tiba-tiba tersenyum. "Tapi kalau dia still dengan perangai liar dia, tau la kitaorang nak kahwinkan dia dengan siapa."

Lila dan Mila mengangguk sambil memandang Ayra.

"Siapa?" Tanya Ayra yang blur.

"Adelah!" Kata mereka bertiga serentak.

"You tak yah layan la kakak-kakak I yang gila sikit nih." Kata Joey.

"Eh dia ni!" Marah Ella. Tiba-tiba dia tersenyum sinis. "Ayra, you nak tengok gambar Joey waktu kecil tak?"

Joey terus menggeleng kepalanya, muka pucat sikit.

"Eh takpe ke?"

"Takpelah! Gambar Joey waktu kecik ialah gambar dia kene paksa pakai dress oleh kitaorang bertiga!" Kata Mila dengan teruja.

"Oh hell no! Mila, if you dare bagi Ayra tengok, Joey rosakkan make up korang!"

"Siapa kisah? Nah Ayra!" Lila menghulurkan sekeping gambar Joey memakai dress.

Ayra ketawa dengan kuat sementara Joey blush. "Cutenya kau mase kecik!"

"Aku hensem dengan macho la! Bukan cute."

Ayra tidak mengendahkan kata-kata Joey. Sebaliknya, dia meminta satu gambar Joey memakai dress untuk dibuat kenangan.

"Babe! Ni buli!" Marah Joey.

"Tak nak, bluek!"

Ayra dan kakak-kakak Joey sambing berbual. Joey hanya senyum melihat Ayra.

'Perempuan yang aku suka boleh bergaul mesra dengan keluarga aku... that's you Ayra.'

♡•♡•♡
Tbh, idk sape hero dlm buku ni😂😂😂

Disciplining Gangsters (Editing)Where stories live. Discover now