Bab 10 (Not yet edited)

4K 289 47
                                    

Edited on 13/3/2020

Seminggu selepas Ujian 1. Ibu bapa pelajar-pelajar SMK Dyod diminta datang untuk melihat kad laporan dan reputasi pelajar dan membawa mereka balik sempena cuti sekolah selama seminggu.

"Ayra Dian. Anda diminta ke pejabat pengetua sekarang. Saya ulangi. Ayra Dian. Anda diminta ke pejabat pengetua sekarang." Kata seseorang melalui speaker.

Ayra yang sedang membebel kepada sekumpulan pelajar, berhenti sekejap.

'Kenape ek?'

Ayra mengalih perhatiannya kembali kepada kumpulan pelajar tersebut.

"Nasib baik saya ada hal. Kalau tak, teruk lagi korang kene bebel. Lain kali jangan vandalisme dinding sekolah! Bila saya datang sini balik, dinding ni dah bersih daripada contengan budak tadika!" Kata Ayra dengan tegas.

Ayra pergi ke bilik pengetua. Dia mengetuk pintu sebelum masuk.

"Pengetua ada apa ye nak jumpa saya?" Tanya Ayra.

"Saya nak minta tolong awak. Saya nak sekolah ni nampak cantik apabila mak ayah pelajar sekolah ni datang. Jadi boleh awak suruh mereka gotong-royong sekolah?"

"Boleh je tapi kenapa pengetua tahk bagitau sendiri je?" Tanya Ayra, pelik.

"Sebab mereka takut dengan kamu. Mereka tak takut dengan saya."

"Okay. Perjumpaan bersama ibu bapa Jumaat ni kan? Kalau begitu, esok saya akan suruh mereka gotong-royong."

Lalu Ayra meminta diri untuk keluar.

°■°■°

Hari tersebut jugak, Ayra pergi dari kelas ke kelas menyampaikan maklumat bahawa semua orang WAJIB bergotong-royong.

Ayra tahu ramai akan ponteng kalau buat waktu petang jadi dia meminta izin pengetua dan semua cikgu untuk bergotong-royong hingga waktu rehat iaitu 7.30 pagi hingga 10.30 pagi.

Tiba waktu gotong-royong. Semua orang sudah berpakaian sukan. Beberapa orang telah wisel apabila nampak Ayra berpakaian sukan. Ayra membalasnya dengan jelingan tajam.

"Form 1 dan Form 5 akan bersihkan semua kelas. Form 2, Form 3 dan Form 4 bersih kawasan persekitaran sekolah dan padang!" Kata Ayra menggunakan mikrofon.

"Oh satu lagi! Meet your new penolong ketua pengawas, Rudy Aiman." Kata Ayra lalu dia menarik lelaki freckeles.

Semua orang mula bising.

"Diam! Kalau saya tahu ada orang tak nak dengar cakap dia atau buli dia, saya sumbat muka dalam toilet, faham!?!" Kata Ayra dengan tegas.

Semua terus diam.

"Saya akan tengok form 2, form 3 dan form 4. Rudy akan tengok form 1 dan form 5. Semua boleh bersurai!"

°■°■°

Ayra sedang menolong form 2 menanam pokok di rumah hijau sekolah.

"K-kak Ayra." Panggil seorang budak tingkatan 2 dengan takut.

"Ye?" Tanya Ayra sambil memberi senyuman manis.

Dengan form 1 dan form 2 sahaja Ayra akan melayan mereka dengan baik kecuali yang nakal. Form selebihnya akan dilayan Ayra dengan kasar. Dah besar tapi tak reti faham bahasa sebab tu perlu tegas dengan mereka.

"K-kitaorang tengah cat b-bangunan pastu tiba-tiba K-kings datang dan lepak kat situ. K-kitaorang takut Kings akan suruh kitaorang b-buat benda bukan-bukan."

Penyodok yang dipegang Ayra terjatuh. "Jom ikut akak. Biar akak bereskan. WOI FORM 4! AKU BALIK SINI, SEMUA KERJA DAH SIAP!"

Semua form 4 mengangguk dalam ketakutan. Mereka dah kena tarik telinga sampai merah oleh Ayra kerana banyak bermain-main dari berkerja.

Disciplining Gangsters (Editing)Where stories live. Discover now