Bab 7

81.9K 3.6K 72
                                    

GARA-GARA serabut dengan desakan Datin Sri Sophea agar membawa pulang calon menantu keluarga ke rumah, Faliq mengambil keputusan untuk menginap di hotelnya sendiri. Dia membawa langkah D'La House. Tubuh langsung dihumban ke atas katil bersaiz queen itu. Nafas panjang dihela.

   Masih terngiang-ngiang lagi perbualannya dengan Datin Sri Sophea sebentar tadi. Perbualan yang hampir-hampir mencetuskan perbalahan kecil di antara seorang ibu dan anak. Tak mahu perbalahan itu terus berlarutan, Faliq mengambil keputusan untuk bermalam di sini. Malas nak serabutkan fikiran yang sememangnya dah sedia serabut.

   "Faliq, bila lagi ni?" tiba-tiba Datin Sri Sophea menyoal saat kaki Faliq baru sahaja memijak anak tangga pertama. Terus dia menoleh memandang Datin Sri Sophea yang melangkah menghampirinya. Dahinya berlapis-lapis.

   "Bila lagi apa mummy?" soal Faliq, kembali.

   "Bila nak bawa calon menantu untuk mummy? Mummy dah tak boleh nak tunggu, Faliq. Kalau Faliq betul-betul tak ada calon, mummy ada. Mummy akan kenalkan dia dengan Faliq ya." jawab Datin Sri Sophea. Faliq sudah mengeluh kebosanan. Again?!

   "Mummy, are you serious? Faliq baru balik kerja kut dan mummy terus tanya soalan macam tu dekat Faliq. Mummy, Faliq dah cukup penat tahu tak?" balas Faliq diikuti keluhan panjang di belakang.

   "Mummy serius! Bila Faliq? Bila?"

Ya ampun, desperadonya mummy aku ni.

   "Mummy kenapa nak tergesa-gesa sangat ni? Kalau ada jodoh Faliq, ada lah tu. Lagipun, kan Faliq dah minta mummy bagi masa 2 bulan dekat Faliq untuk bawa balik bakal menantu dekat rumah ni. Kenapa tiba-tiba mummy desak Faliq macam ni?"

   "No, mummy tak boleh tunggu sampai 2 bulan. Rumah ni sunyi Faliq, sunyi! Mummy nak ada orang yang boleh temankan mummy dalam rumah ni."

   "Fatini kan ada. Daddy?"

   "Adik kamu tu keluar pagi balik tengah malam. Mana ada masa nak temankan mummy kat rumah ni! Sibuk dengan travel backpacker dia tu. Daddy? Dia tak habis-habis sibuk dengan business dia. Jarang nak ada dekat rumah ni," keluh Datin Sri Sophea.

Faliq merengus perlahan.

   "Later, mummy..."

   "Mummy arrange kan date dengan anak Datin Zaharah eh? Budak Fazira tu," bersinar-sinar mata Datin Sri Sophea saat melontarkan ayat itu. Faliq berdecit dulu.

   "No mummy... please lah. Mummy please don't do that okay? Jangan serabutkan Faliq lagi dengan benda-benda tu. Please." Faliq menukar arah melangkah menuju ke arah pintu keluar. Terpinga-pinga Datin Sri Sophea memandang Faliq yang menonong pergi.

   "Faliq nak pergi mana tu?!"

   "Faliq stay hotel malam ni. Bye!"

Daripada dia terus bertikam lidah dengan Datin Sri Sophea itu, adalah lebih baik kalau dia larikan diri sekejap. Datin Sri Sophea merengus. Kenapa degil sangat anak lelakinya ni? Sama degil dengan anak perempuannya Sharifah Fatini.

Faliq menyentuh perutnya yang tiba-tiba berkeroncong. Jam mewah yang terlilit kemas di pergelangan tangan kirinya itu dikerling. 10 malam dan dia belum dinner. Patut lah lapar. Terus tak menunggu lama, dia mencapai ganggang telefon di atas meja lampu. Angka nombor tiga didailnya.

   "Dinner untuk I. Hantar dekat tempat I, thanks!" terus Faliq putuskan talian. Dia bangun dari duduk lalu berlalu ke arah kamar mandi. Dia nak mandi, badan dah melekit-lekit.

Pilihan Hati Tuan Syed | TerbitWhere stories live. Discover now