Teaser 6

10.1K 282 0
                                    

Coming Soon Terbitan Januari 2020 🌸

"YOU cakap apa dengan mummy masa dekat dapur tadi?" soal Faliq sambil memandu keretanya membelah jalan yang agak lenggang dengan kenderaan. Janna pandang Faliq di sebelah dengan senyuman manis. Yalah, tadi masa nak balik Datin Sri Sophea senyum dekat dia walaupun cuma segaris senyuman sahaja.

   "Tak cakap apa-apa pun," balas Janna, tidak mahu menjawab.

   "Seriously you tak nak share dengan I?" berlapis-lapis dahi Faliq. Janna sengih sekejap.

   "Saya cakap dekat mummy yang saya cuma nak mummy bagi saya peluang, saya nak tunjuk dekat mummy yang saya boleh jadi menantu yang baik untuk dia. Lagipun, saya tengok mummy macam dingin aje dengan saya. Baru saya tahu apa penyebabnya," jawab Janna.

   "Apa penyebabnya?" Faliq jongket sebelah kening.

   "Sebab saya bukan menantu pilihan mummy." entah kenapa Janna rasa sedih bila mengenangkan hakikat yang satu itu. Menantu tak dihadap. Sesaat, Janna menunduk memandang tangannya yang sudah berada di dalam genggaman Faliq. Terus kepalanya terteleng ke kanan.

   "Mummy boleh terima you, bagi dia masa." tutur Faliq. Janna senyum seraya menepuk perlahan tangan Faliq di ribaannya. Tubuh dipusingkan sedikit menghadap Faliq di sebelah.

   "Saya nak tanya awak something,"

   "Apa?"

Janna tarik nafas.

   "Perempuan yang kita jumpa dekat Grand Bazaar hari tu, Fazira kan? Dia ke menantu pilihan mummy?" Janna menyoal. Tajam Faliq pandang Janna ditepi.

   "Apa maksud you ni?"

   "Tak, saya tanya aje. Betul kan?"
Faliq diam. Janna senyum hambar.

Memang betul lah, menantu pilihan Datin Sri Sophea adalah Fazira. Tak pelik, sebab Fazira memang cantik pun. Memang padan kalau nak digandingkan dengan Faliq. Bagai pinang dibelah dua tiga dan empat. Eh eh, aku pula yang sakit hati!

   "Mana you tahu?" Faliq menyoal apabila kesepian di antara mereka.

   "Saya terdengar mummy tanya awak pasal dia masa kita nak balik tadi. Kenapa awak tak kahwin aje dengan pilihan hati mummy? Dia mesti..."

   "Shut up. I tak nak dengar,"

Janna telan liur. Garang pula pak cik ni! Janna zip mulut lalu kembali betulkan duduk. Tangan kiri Faliq masih berada di atas ribanya, menyulam kemas jemari mereka. Janna membiarkan sambil tangannya menepuk-nepuk perlahan tangan lelaki itu sehingga kereta yang dipandu Faliq memasuki kawasan basement Golden Residence.

Pilihan Hati Tuan Syed | TerbitWhere stories live. Discover now