Bab 14

83.5K 4.1K 168
                                    

SEBENTUK cincin yang terletak elok pada jari manisnya itu dipandang lama. Sekarang ni, dia dah officially bergelar tunangan kepada lelaki bernama Syed Faliq. Majlis pertunangannya diadakan di kediaman mak long dan pak long. Hanya jiran tertangga terdekat dan sanak saudara yang rapat sahaja dijemput. Dari tadi lagi dia tak putus-putus bergambar dengan tetamu-tetamu yang hadir. Dah naik berpinar mata dia menerima flash kamera. Tak pasal-pasal aku pitam kejap lagi!

   "Tiffany & C.O kut! Jealousnya aku, Janna. Baru tunang dah pakai cincin mahal," terjuih-juih bibir Shima sambil membelek cincin permata yang tersarung di jari manis Janna. Janna mengetuk kepala Shima dengan sebelah tangannya.

   "Kau jangan nak over sangat eh Shima?" Janna jegil mata memandang Shima yang sedang menggosok-gosok kepalanya sebab diketuk Janna tadi.

   "Salah ke aku cakap? Aku cakap benda betul lah. Kau untung tau boleh sarung cincin mahal macam ni even baru aje tunang. Nanti kahwin entah cincin apa yang Syed Faliq kasi dekat kau. Cincin tembaga kut," balas Shima tak mahu kalah. Janna geleng kepala, malas nak membalas.

Ya, cincin yang tersarung di jari manisnya sekarang adalah cincin yang Faliq sendiri pilihkan dan belikan untuknya. Ingat lagi masa mereka berdua keluar cari cincin tunang, cerewet nak mampus pak cik tu. Apa yang Janna pilih semua dia tak suka. Urgh!

   "Yang ni," Janna sarung sebentuk cincin di jari manisnya. Simple tak ada batu-batu. Macam cincin belah rotan. Faliq mencebik lalu menggelengkan kepalanya.

   "No. It's too simple. I don't like it," mata Faliq kembali memandang cincin-cincin yang tersusun elok di bawah kotak kaca display. Janna merengus perlahan. Aku ke dia yang nak pakai cincin tunang ni nanti?!

Janna melirik pada cincin-cincin di situ. Semua cantik-cantik, rambang mata dibuatnya. Tapi harga dia pun cantik la. Tak sah kalau tak cecah empat ke lima angka. Yalah, kedai Tiffany & C.o kut Faliq heret dia masuk. Bukan kedai level biasa-biasa.

   "I nak tengok yang ni," pinta Faliq pada pekerja di situ. Cincin platinum batu permata itu dibelek Faliq dulu. Tanpa amaran tangan Janna ditariknya lalu cincin tersebut disarung ke jari manis Janna. Membulat mata Janna bila Faliq selamba badak hippopotamus aje tarik-tarik tangan dia macam tu. Faliq melepaskan tangan Janna bila cincin terletak elok di jari manisnya. Senyuman nipis terukir di bibir.

   "It's look nice on you. Right, sayang?" soal Faliq sambil memasukkan sebelah tangannya ke dalam poket skinny jeans. Janna kawal debar dalam hati. Sayang? Eww!

Price tag yang tersangkut pada cincin itu dipandang sebelum matanya membulat. Walawehh lima belas ribu! Baru sahaja Janna nak geleng kepala, awal-awal lagi Faliq dah buka mulut memotong.

   "I'll take this one." tutur Faliq kepada pekerja di situ. Perlahan-lahan Janna hulur cincin yang tersarung di jari manisnya tadi kepada pekerja wanita itu. Janna tarik hujung t-shirt yang dipakai Fali .

   "What?" soal Faliq, menjongket sebelah kening.

   "Awak tak rasa mahal sangat ke cincin tu? Kita cari cincin tuning aje pun bukan cincin kahwin," soal Janna, perlahan. Faliq dekatkan wajah mereka sehingga Janna spontan terundur ke belakang.

   "Pakai duit you ke? I minta duit you ke? Tak, kan? So shut up your little mouth darling." tutur Faliq sebelum kembali menjarakkan wajah. Dia kemudiannya berlalu ke kaunter untuk membuat transaksi bayaran. Janna raup wajah. Stress betul la aku dengan pak cik ni. Kerek ya ampun!

   "Hoi mengelamun teringat cik abang ke?!" tersentak Janna bila Shima menyergahnya. Nasib dia tak terlentang ke belakang.

   "Hah apa-apa? Kau cakap apa tadi?" Janna terkebil-kebil. Tu lah, sibuk nak throwback sangat sampaikan apa yang Shima cakap pun tak masuk dalam telinga. Adeh!

Pilihan Hati Tuan Syed | TerbitWhere stories live. Discover now