Teaser 7

10.3K 324 14
                                    

Coming Soon Terbitan Januari 2020 🌸

"Awak dah kenapa pandang-pandang saya macam tu?" Janna menyoal. Segan dia bila Faliq tenung dia macam tenung ayam golek.

   "I rindu you," jawab Faliq tidak berselindung. Janna geleng kepala perlahan. Entah apa-apa lah pak cik ni.

   "Merepek! Dah la, saya nak naik mandi lepastu nak solat maghrib. Lepastu baru saya masak untuk dinner eh," Janna capai bawal yang tadinya dia letak di tepi sofa. Beg di atas meja turut dicapai.

   "Tak payah la masak. Kita dinner luar aje malam ni," Faliq turut bangun dari duduknya.

   "Eh tak payah nak membazir makan dekat luar. Biar saya aje yang masak," bangkang Janna. Faliq ni memang suka sangat makan dekat luar. Dalam seminggu tu, berapa hari aje dapur tu berasap. Selebihnya makan dekat luar. Makanan pula bukan yang biasa-biasa, melayang juga not ungu untuk makan malam sahaja. Amat lah membazir!

   "No means no. Lepas maghrib kita keluar," Janna hela nafas berat bila tengok muka serius Faliq. Urgh, semua nak ikut kepala dia.

   "Saya tahu la saya ni tak pandai masak sangat. Goreng telur pun boleh hangit," tercebik-cebik bibir Janna sambil kaki dah memijak anak-anak tangga menuju ke tingkat atas. Faliq dah mengekor dari belakang.

   "Sayang, bukan itu maksud I."

   "Apa-apa aje lah!"

Pilihan Hati Tuan Syed | TerbitWhere stories live. Discover now