Teaser 8

10.1K 339 20
                                    

Coming Soon Terbitan Januari 2020 🌸

   "You pergi mana tadi?"

   "Jalan-jalan."

   "Where?"

   "Dekat depan tu aje. Dekat tasik sambil makan Dondurma Ice Cream." Jawab Janna turut menyandarkan tubuhnya pada dinding lift bertentangan dengan Faliq. Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek jaket jeans.

   "Berani juga you jalan sorang-sorang." Komen Faliq.

   "Alah, setakat kat depan tu aje. Bukan ada orang nak culik saya pun…"

Ops. Janna dah rasa pandangan Faliq dah berubah tajam. Janna sengih. Tahu Faliq cukup pantang kalau dia cakap benda-benda macam tu walaupun dia tak serius pun. Heh Faliq ni. Bergurau sikit pun tak boleh!

   "Sorry…" ucap Janna dan Faliq balas dengan jelingan berserta gelengan kecil.

   "Oh, ya! Saya jumpa kawan baru tadi." Cerita Janna mengundang sekali lagi kerutan di dahi Faliq. Tangan naik memeluk tubuh.

   "Kawan baru? Siapa? Lelaki atau perempuan?"

Janna diam dulu. Mendongak dia memandang nombor yang tertera di atas pintu lift. Ting! Pintu lift terbuka. Sekilas Janna pandang Faliq.

   "Lelaki. Handsome gila. Dia ada beard," laju Janna bawa langkah bila tengok mata Faliq dah melebar.

   "Janna! Hey Janna!"

   Janna gelak sekali.

Pilihan Hati Tuan Syed | TerbitWhere stories live. Discover now