Bab 3

64.7K 2.7K 100
                                    

[ JIKA HARUS BEGITU ]
Akan kubiarkan cucuran air mata ini bertutur disaat bibir tidak sanggup lagi mengungkapkan rasa.

USAI tamat majlis akad nikah beberapa jam yang lalu, Darleesa membawa dirinya naik ke tingkat atas untuk merehatkan tubuh dan minda. Dia tidak sanggup lagi berhadapan Khairul yang sentiasa sinis dengannya sepanjang majlis berjalan. Senyuman yang terlayang di bibir lelaki itu mungkin bisa menipu tetapi tidak untuk diri Darleesa. Khairul sedang bermain dengan dendam kesumat, dan bila-bila saja dia bisa terbakar dengan api kemarahan Khairul. Sejujurnya dia juga tidak rela dengan kelangsungan perkahwinan ini kerana mereka saling tidak mengenali apatah lagi bercinta. Di manakah harus dia letakkan kesengsaraan ini? Mereka sudah sah menjadi suami isteri jadi apa yang bisa dia lakukan lagi?

Punggung dilabuh perlahan di atas katil. Darleesa memandang cincin perkahwinan yang tersarung cantik di jari manisnya dengan perasaan berkecamuk. Peristiwa dua minggu lalu menghiris tangkai hati, perlahan-lahan air matanya menitis sepi. Kenapa nasib hidupnya bisa bertukar segalau ini? Kenapa dia yang perlu menjadi mangsa antara buaya dan juga harimau? Dia tidak rela, sama sekali tidak rela dengan langsungan perkahwinan seperti Khairul. Berkali-kali Darleesa meracun mindanya tentang ketidaksahihan agenda jahat Aqil kerana lelaki yang dikenalinya itu bukan seperti itu.

Aqil menyayanginya sepenuh hati. Mereka sudah berjanji untuk sehidup semati. Aqil takkan pernah tega mengkhianati sekejam ini kan? Darleesa menyoal diri sendiri meskipun jawapan yang diterima tetap tidak berubah. Terkilan. Masakan Aqil langsung tidak mencari dirinya? Tidak risaukah lelaki itu kepada tunangnya yang menghilang? Tidak risaukah ahli keluarganya yang lain? Tangisan kecil mula bertukar menjadi tangisan kuat. Sedaya-upaya dia menekup bibirnya daripada terus mengeluarkan bunyi. Kalau lah semuanya boleh dielak, pasti dia akan elak.

Derapan kaki dari luar pintu menyedarkan Darleesa di atas katil. Cepat-cepat dia menyeka cecair jernih dari terus menitis daripada pembentung tubir mata. Posisi duduk segera diubah menghadap meja lampu tidur untuk membelakangi daun pintu bilik. Bunyi pintu terkuak kedengaran, bau maskulin menyengat di rongga pernafasan. Menggigil-gigil kaki Darleesa menunggu hukuman yang bakal dijatuhi oleh Khairul kepadanya sebentar lagi. Dia tahu ucapan yang terbit di bibir lelaki itu tengah hari tadi bukan sekadar hiasan.

"Nenda suruh panggil kau turun. Ada hal yang perlu dibincang."

Darleesa mula berasa gelisah. Ibu jari kaki mengesat satu-sama lain manakala posisi masih statik seperti tadi. Tidak punya kekuatan mahu berpaling kepada si empunya suara. "Awak turun lah dulu, nanti saya turun. Saya nak ganti baju dulu."

Khairul mengetap rahang geram. Bengang dengan pulangan jawapan yang agak memanaskan hatinya. Apa yang bangang sangat manusia sorang ni? "Kau tak faham bahasa ke? Aku cakap sekali, ikut lah!"

Darleesa menghela nafas. Digagahi juga dirinya untuk bangkit dari duduk walaupun dalam keadaan terpaksa. Bebola mata Khairul yang terlempar pandangan benci menyentap seluruh rasa di sanubari Darleesa. Lelaki itu bersuara keras sehingga menghenjutkan bahunya keatas.

"Kau tercegat apa lagi dekat situ? Jalan lah lembap!"

Darleesa terus melangkah laju untuk keluar dari bilik dan dibuntuti Khairul dari belakang. Suasana tegang di ruang tamu itu membuatkan dirinya bertambah resah dan gelisah. Dirian di kaki masih statik, renungan tajam Katrina tidak mampu dibalas. Pelawaan Puan Sri Ku Dahiyah diakuri takut-takut lalu punggung dilabuh tertib di atas sofa. Situasi terasa dingin seperti pertama kali dia menjejakkan kaki ke rumah ini, semua objek-objek mahupun batang tubuh manusia bagaikan tidak mengalukan kedatangannya.

[C] Jika Harus BegituWhere stories live. Discover now