LYT 8

30.6K 1.6K 72
                                    

Firash pov

Aku turun ke dapur setelah siap mandi. Mencari bayang sepupu yang sudah dianggap sebagai abang sendiri.

'Takkan dah keluar kot?'

Aku jenguk ruang tamu. Lah, dari malam tadi ke mamat ni tidur sofa?

"Fal. Woi kau tidur sini dari malam tadi ke?" Aku mengejutkan dia. Bahunya ku gerakkan sikit. Tapi fuh.

Tidur mati ke mamat ni?

"Fal. Bangunlah. Matahari dah tinggi pun kau tidur lagi eh."

Kelihatan Rayfal bergerak. "Japlah. Aku ngantuk ni. Malam tadi aku tak boleh tidur."

Aku duduk di sofa. Mengeluh. Dalam rumah ni tinggal mereka bertiga campur dengan adik Rayfal, Raysha. Entah mana pula minah tu.

"Kot ya pun nak tidur, pergilah masuk bilik. Buat macam takde bilik eh kau."

"Memang aku takde bilik pun. Inikan rumah kau." jawab Rayfal.

Aku mengetap bibir. Eh dia ni. Mengungkit pula. Pantang betul aku.

Kepalanya aku pukul menyebabkan Rayfal terus bangkit. Pandangan dihalakan ke arahku. Wajahnya masam.

"Kau ni kenapa? Kacau jelah."

"Kau tu kenapa. Aku dah pesan jangan cakap gitukan. Kalau mummy dengar, kecik hati dia."

Mummyku iaitu Maksu Rayfal dah anggap Rayfal dengan Raysha macam anak sendiri. Lagipun aku anak tunggal. Parents Rayfal pula duduk luar negara, uruskan bisnes disana. Sebab tu, Rayfal dan adik dia duduk dengan aku.

Inipun dipaksa, kalau tidak Rayfal nak duduk rumah sorang- sorang. Hm.

Rayfal garu kepala. "Alaa sorry ah bro. Mamai tadi. Hehe."

Aku jeling. Kemudian diam.

"Weh Fal. Kita tak nak berbaik ke dengan diorang tu?"

Rayfal tersentak. Dia pun mengeluh.

"Mestilah nak. Sunyi pula hidup aku bila kita jauh ngan diorang. Tapi buatnya diorang tak nak maafkan kita macam mana." tanya Rayfal.

Aku senyum.

"Itu kau punya pasal. Kau yang mula dulu eh. Kan Tengku Fauzi dah pesan jangan ditegur denda yang diorang jalankan. Kau yang tak pandai nak kawal emosi."

"Yelah, salah aku. Hm nantilah aku fikir. Sekarang aku nak naik."

"Jangan sambung tidur. Pergi mandi. Najmi whatsapp ajak jogging."

Rayfal hanya mengangguk. Huh.

Kemudian aku terfikir balik macam mana nak berbaik dengan SE. Diorang tu hati batu. Haraplah diorang maafkan pasal hari tu.

🌼🌼🌼🌼

Flashback

Kerana tak berpuas hati, beg sekolah milik Silent Evils habis kotor dengan campuran tepung, telur pecah dan minyak.

Ruby yang nampak terus ternganga.

"Weh tutup mulut ah. Masuk lalat nanti." usik Tiara.

Ruby menjeling. Oh kau cakap aku. Aku nak tengok reaksi kau pula. Detik hati Ruby. Dia memandang teman-temannya yang lain.

Felisya dan Tiara melopong.

"What the hell?!!" jerit Felisya.

Eva ketap bibir. "Shit ah. Siapa yang buat ni."

LOVE YOU TENGKU 💙 [C]Where stories live. Discover now