Keesokan harinya, 4K berjanji untuk lepak bersama. Dalam pukul 10 pagi mereka akan berjumpa di port favourite.
Firash macam biasalah satu kereta dengan Rayfal. Lagipun duduk serumah. Jimat minyak jimat tenaga.
Manakala Iskandar menawar diri untuk mengambil Najmi di rumahnya. Najmi terus sahaja setuju memandangkan dia malas nak drive.
Sampai di port kegemaran mereka, KL Race Car terus kereta diparkir berhampiran kafe.
Mereka tidak perlu risau sekiranya ada pihak polis yang berjaga kerana tempat itu sudah disahkan di sisi undang-undang.
Mereka masuk ke Sport Cafe yang memang penuh dengan remaja lagi pun memang ada satu kafe je di situ.
"Weh. Aku memang tak sangka." Ujar Najmi sambil memandang keluar.
Rayfal diam.
"Aku pun. Selama ni kita rapat dan gaduh dengan cucu kepada jutawan terkenal di Malaysia. Bukan setakat terkenal malahan terkaya dan terhormat juga." Sambung Iskandar.
Firash mengeluh. Dipandang Rayfal yang turut sedih.
"Seriously aku tak jangka. Selama ni diorang humble gila. Takde pun nak cerita kat satu sekolah pasal hal tu. Patutlah rapat gila dengan The Prince." Balas Rayfal dengan nada lemah.
Firash menepuk bahu Rayfal. "Lek ah. Tak payah nak menyesal sekarang. Memang takde guna. Sekarang kita kena fikir macam mana nak minta maaf and baik semula ngan dorang." Kata Firash.
Najmi angguk.
"Yes. Aku tak nak hilang diorang as kawan. Of course aku tak nak hilang Ruby."
Iskandar tergelak kecil.
"Aku rasa kita semua dah jatuh hati kat SE ni. Itu yang down gila sekarang. Aku lagi tak jangka Felisya tu anak kepada hartanah dan profesor yang terkenal satu ketika dulu. Aku pernah juga dengar kisah pasal dia. Parents dia accident then meninggal waktu dia baby lagi. Memandangkan family Eva dan family Felisya ni sahabat jadi Felisya diamanahkan kepada parents Eva. Bonda Eva amik keputusan untuk jadikan Felisya as anak susuan sebab masa tu dia memang masih susu badan." Cerita Iskandar berdasarkan pengetahuannya.
Rayfal melopong. "Iyeke? Means diorang ni sama-sama kaya jugalah? Wow terbaik." Ucap Rayfal.
Mereka berhenti seketika untuk mengisi perut sebelum merancang untuk minta maaf pada sang gadis yang sudah terluka dengan perangai dan kata-kata mereka.
♣♣♣♣♣
Adam pov
Aku memandang adik bongsu aku yang sedang termenung di kolam renang.
'Kenapa pula adik aku yang sorang ni? Ada problem ke?'
Aku mendekati Bella dan menepuk lembut bahunya.
"Kenapa dengan adik abang yang sorang ni? Sharelah dengan abang." Kata aku.
Bella tersentak kemudian melemparkan senyuman. Dia menggeleng.
"Adik just..em rindu."
Aku buat muka hairan. Rindu siapa pula adik aku ni?
"Rindu siapa? Ha pakwe eh?" Tanyaku mengusik.
Bella buat muka gelabah. Terus terlepas ketawa aku.
Lengan aku dipukul.
"Mana ada. Tolong sikit eh. No way. Rindu Kak Azi. Lama dia tak balik sini. Adik rindu nak spend time dengan Kak Azi. Kak Ruby pun dah jarang balik." Luahnya.
YOU ARE READING
LOVE YOU TENGKU 💙 [C]
Teen Fiction2nd Siapa je yang tak kenal mereka? Gadis cantik, bergaya, anak kerabat. Itulah Silent Evils , 4 sepupu yang merupakan cucu kepada usahawan dan ahli korporat terkaya di negara. Daripada sikap mereka yang ceria dan happy go lucky, mereka bertukar kep...