KELANA JAYA MEDICAL CENTRE
Ruangan wad vvip itu sudah dipenuhi dengan keluarga kepada dua usahawan terkenal dan terkaya.
Masing-masing masih tak boleh terima kenyataan dan sedih.
Sudah hampir empat hari tiga gadis yang disayangi itu tidak sedarkan diri sejak kemalangan kereta tempoh hari.
Semua risau. Geram. Sebak. Segala perasaan bercampur-baur dalam hati.
"Apa nak jadi dengan mereka ni bang? Siapa yang bencikan mereka?" tangis Tengku Nina di dada suaminya, Tengku Faizal.
Darwis turut mengeluh kuat sambil memandang adik tirinya, Rizky. Tangannya mengusap belakang jejaka itu.
Rizky sudah menunduk. Sedih. Kakak yang disayangi sedang terlantar atas katil. Siapa yang tak sedih.
"Kak Tia akan bangunkan bang?" tanya Rizky.
Darwis angguk. Danish yang baru pulang kerana cuti semester turut mengangguk. Rizky dipeluk.
"Percaya cakap abang. Kak Tia akan sihat semula. Mereka semua akan bangun. Just keep praying." nasihat Danish.
Bella yang menyandar di bahu Tengku Maria turut berasa sebak. Sayu.
Adam dan Zaril di sisi hanya diam dan mengeluh.
Tengku Fauzi menyandar di sofa sambil mengeluh. Menyesal pun ada juga kerana tak tahu masalah cucunya.
Pintu wad dibuka. Muncul tiga wajah dengan riak sedih dan sayu.
"Macam mana dengan diorang? Semua okey? Maaf baru sampai sebab flight ada masalah." ucap Tengku Elman.
Tengku Henry menyambut kedatangan anak menantu dan cucunya dan menjemput duduk.
"Mereka dah stabil cuma belum sedar lagi dari haritu. Tak apalah yang penting kamu semua balik." balas Tengku Henry.
Tengku Firda menghampiri katil Felisya. Wajah gadis itu diusap dahi itu dikucup lembut. Begitu juga yang dilakukannya kepada Ruby dan Tiara.
"Cepat bangun ye sayang bonda semua." bisiknya perlahan.
Seketika kemudian, pintu wad diketuk. Lutfi bangun dan membuka pintu. Terangkat keningnya melihat wajah-wajah yang muncul depan mata.
"Siapa tu Lut? Oh 4K. Masuklah." pelawa Tengku Fauzi.
Elvin memandang tajam 4K yang baru sahaja melangkah masuk. Dia geram bila teringat apa yang dah dilakukan oleh mereka berempat kepada adik dan adik saudaranya.
"Kenapa korang datang? Go." arah Elvin.
Tengku Fauzi disebelah menepuk lembut bahu cucunya.
"Elvin, janganlah halau mereka. Ini permintaan Eva. 4K akan jaga adik-adik kamu ni sampai mereka sihat semula. Nak reject ke permintaan adik ksayangan Elvin tu?" ujar Tengku Fauzi.
Elvin diam. Dia berkeluh keras.
4K hanya diam. Mereka tahu mereka salah.
"Maaf tapi ini request dari Eva. Dia beri kepercayaan penuh kepada kami untuk jaga sepupu dia." jawab Rayfal.
"Habis tu kau nak cakap dia tak percayakan kitoranglah? Macam tu ke?" tanya Adam dengan nada sedikit tinggi.
Adam memang panas baran sikit berbanding yang lain.
4K kelihatan terkejut bila dimarah. Mereka hanya berpandangan dan diam.
"Tengku Adam Mirza! Jangan buat hal kat sini. Eva percayakan semua cousins dia. Tapi selain kamu semua 4K juga antara orang yang paling dipercayainya. Dia buat macam ni sekaligus nak 4K berbaik semula dengan mereka bertiga ni. Jangan pentingkan diri sendiri. Your sister and cousins also need happiness." ucap Tengku Henry.
Adam terkedu mendengar suara tegas grandpanya. Dia diam dan memandang Ruby dari jauh.
4K terus duduk di sofa kosong bila dipelawa oleh Tengku Ismail, papa Lutfi.
"By the way, Eva kemana? Is she going somewhere?" tanya Tengku Elman.
Tengku Fauzi angguk. "Dia kat Spain sekarang. Beberapa hari lagi dia akan balik. Janganlah risau. She's fine there." jawab Tengku Fauzi.
Memandangkan masa sudah menginjak ke waktu tengah hari, Tengku Henry mengajak anak, menantu dan cucunya semua turun untuk makan. 4K diminta untuk menjaga cucunya sementara mereka lunch di kantin hospital.
"Tolong ya jagakan cucu saya. Eva nak sangat korang semua berbaik semula macam dulu. Dan Rayfal, ada pesanan dari Eva. Dia kata kalau kamu nak terima tawaran belajar di UK tu dia tak kisah. Pergilah kejar cita-cita dan impian. She will come to find u when the time is come." ucap Tengku Fauzi.
Rayfal tersentak. Dia hanya angguk. Bila matanya bertemu dengan mata Firash, dia hanya mampu mengukir senyuman hambar.
'Okey Eva. I will go but promise me u will come to me. I miss u Eva.' ucap Rayfal dalam hati.
🌼🌼🌼🌼
Dia baru sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Panjang doanya agar semua cousinsnya kembali sihat dan ceria macam dulu.
Eva mencapai Samsung J7 miliknya dan icon kalendar ditekan.
Lagi 3 hari.
Tarikh dia akan pulang ke Malaysia. Sungguh dia risaukan cousins kesayangannya namun dia terpaksa melewatkan tarikh balik atas sebab tertentu.
Dia membantu Ifti Spy untuk selesaikan beberapa kes. Kes itu pula berkait dengan familinya. Dan sekarang segalanya dah selesai. Musuh perniagaan keluarganya sudah ditangkap.
Telekung dan sejadah disimpan di dalam almari. Eva duduk di birai katil sambil memegang dada.
'Allah. Kenapa makin pantas degupan jantung aku ni?' getusnya.
Pantas tangan mendail nombor Elvin, abang keduanya.
Dia yakin ada sesuatu yang berlaku di Malaysia.
"Helo angah. Everything okay?"
"Eva! Where did u go sis? Semua okey kat sini. Why?"
Eva melepaskan nafas lega. Dia juga tidak faham dengan perasaan sendiri. Eva sangat yakin akan ada something yang jadi nanti.
"Don't worry angah. Eva akan balik lagi tiga hari. My cousins okay? 4K?" Tanya Eva.
"Okey dan syukur. Mereka dah sedar dari petang tadi. Angah still tak faham kenapa Eva minta 4K yang jaga?"
Eva senyum. "Alhamdulillah. Angah, i know my cousins very well. They miss them. Tapi diorang ni ego dan tak nak disakiti for the second time. Thats why Eva suruh 4K yang jaga. At least mereka boleh berbaik and i am very sure dorang akan cepat sembuh." jawab Eva.
Nak tak nak Elvin terpaksa akur. Panggilan ditamatkan bila Elvin ada kerja nak dibuat.
Eva senyum. Segera baju dan barangnya dikemas. Dia dah tak sabar nak balik.
Ting!
Mesej masuk. Eva mengetap bibir membaca mesej tersebut.
Kak Husna
Eva, akak dah dapat tau sape yg rancang kemalangan tu. As u expect, mastermind is her."Arghhh bodoh punya Daria. Aku dah agak mesti kau punya kerja! Jangan libatkan cousins akulah bodoh!" amuk Eva dalam bilik itu.
Habis segala barang di meja solek ditepis ke bawah. Dia terduduk di atas lantai.
"Aku minta maaf libatkan korang dalam hal ni. I am so sorry. Aku akan tebus semuanya." tekad Eva.
Dia akan bersemuka dengan Daria sebaik tiba di Malaysia nanti.
Gadis itu memang silap cari pasal dengan dia.
Kau tunggu Daria!
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Yeah done for another chap 😉 hehe
Vote
YOU ARE READING
LOVE YOU TENGKU 💙 [C]
Teen Fiction2nd Siapa je yang tak kenal mereka? Gadis cantik, bergaya, anak kerabat. Itulah Silent Evils , 4 sepupu yang merupakan cucu kepada usahawan dan ahli korporat terkaya di negara. Daripada sikap mereka yang ceria dan happy go lucky, mereka bertukar kep...