*saya tak tau sangat kat UK tu ada apa. So saya just reka je. Jangan marah yee. Enjoy reading k.*
UNITED KINGDOM
Setelah beberapa jam berada dalam flight, akhirnya mereka sampai juga ke negara yang memang dikenali itu.
Semua merenggangkan otot yang mulai penat setelah berejam dalam kapal terbang.
"Jom kita pergi minum dulu. Lagi pun, kita tak sama hotel right?" Ajak Rayfal.
Semua mengangguk setuju sebelum menuju ke Starbuck.
"Lepas ni kita kena berpisah. Lusa baru jumpa lagi." ucap Firash.
SE tersenyum mengejek.
"Takut rindu ke Fir?" usik Eva.
Tanpa sedar Firash mengangguk. SE senyum.
Rayfal tahu senyuman yang dilemparkan para gadis itu. Dia menggeleng. Habis kau kena usik Fir.
"Rindukan siapa?" Ruby pula bertanya.
Firash buat muka. "Lahai, rindu koranglah. Siapa lagi."
Iskandar menepuk dahi. Dia berpandangan dengan Rayfal. Kemudian tersenyum menggeleng. Firash. Firash.
Felisya sinis. "Macam tak percaya je. Kee takut rindu Tiara ni?" ucapnya.
Eva dan Ruby dah senyum. Mata dikecikkan lalu memandang Firash. Lelaki itu jadi tak keruan. Haha kantoi!
"Maa....Mana a....da. Korang ni..." tak sempat lagi nak habiskan ayat, Eva menyampuk.
"Asal gagap? Eleh takut kantoi padahal memang betul pun." katanya dengan nada mengejek.
Tiara di situ sudah menunduk malu. Tangannya dah mencubit-cubit lengan Eva dan Ruby yang berada sebelahnya.
"Auchh sakitlah Tia. Malulah tu. Tapi mahu kan? Haha." ujar Ruby.
Muka Tiara dah merah. 4K sudah senyum dengan usikan itu.
Firash terdiam. Kalau buka mulut nanti makin panjang usikannya.
Felisya dah tolak-tolak bahu Tiara. "Tak payahlah malu Tia. Kalau suka tu mengaku jelah." usiknya lagi.
Tiara menjeling. Dalam hati dah penuh dengan sumpah seranahnya pada cousins tersayang.
"Dahlah tu. Kesian diorang. Tengok muka Fir ni. Merah macam tomato dah. Tiara pun." celah Najmi.
Kesian pula tengok pasangan itu diusik. Lagi-lagi dengan SE.
Rayfal senyum. Dia suka tengok senyuman Eva. Manis je dengan lesung pipit dia. Comel.
Phone Iskandar bunyi. Tertera nama Puan Maisarah. Setelah berbual seketika, talian dihentikan.
"Jom. Van dah tunggu kita." ucapnya.
Mereka berlapan mengangguk. Kelibat Puan Maisarah didekati. Dua orang lelaki menghampiri mereka dan mengangkat beg 4K.
"Korang okey tak tunggu kat sini? Or nak kami teman dulu?" usul Iskandar.
Tiara geleng laju.
"Its okay. Just go and get some rest. We fine here." ucap Ruby.
Puan Maisarah sudah menunggu dalam van silver itu. Baru je 4K nak melangkah pergi, Felisya memanggil.
"Wait! Lets take some selfie first."
Semua setuju.
Belum sempat SE nak bergerak ke depan sikit, tangan mereka ditarik oleh crush masing-masing.
YOU ARE READING
LOVE YOU TENGKU 💙 [C]
Teen Fiction2nd Siapa je yang tak kenal mereka? Gadis cantik, bergaya, anak kerabat. Itulah Silent Evils , 4 sepupu yang merupakan cucu kepada usahawan dan ahli korporat terkaya di negara. Daripada sikap mereka yang ceria dan happy go lucky, mereka bertukar kep...