SPARKLE HIGHSCHOOL
Hari ni merupakan hari pertama bagi peperiksaan SPM. Semua pelajar tingkatan 5 sudah pun beratur di hadapan dewan sebelum masuk ke dalam.
Tengku Fauzi datang menghampiri pelajarnya.
"Saya doakan semua berjaya menjawab semua soalan. Jangan gelabah dan takut. Tenang je." Nasihatnya.
Semua mengangguk. 4K dan pelajar lelaki lain mengambil kesempatan untuk menyalami tangan pengetua sekolah mereka. Kemudian Tengku Fauzi mendekati cucu-cucunya yang sedang berdiri diam sambil menunduk.
"Jangan takut cu. Atuk yakin kamu semua boleh. Tenang. Tapi jap. Kamu dah maafkan mereka?" Tanya Tengku Fauzi.
Ruby mengangkat bahu.
Tengku Fauzi mengeluh. "Janganlah begitu. At least bagilah mereka tenang jawab exam. Maafkan mereka ya."
"Insya Allah atuk. Doakan kami." Ucap Tiara.
Sebelum mereka masuk ke dalam dewan, Tengku Fauzi memeluk cucu-cucunya.
Dari jauh, Jessica dan gengnya memerhati tingkah atuk dan cucu itu.
Jessica dibenarkan untuk menjawab peperiksaan spm di sekolah berkat pujukan dan rayuan keluarganya. Dia juga dah kurang contact dengan Daria.
Balqis mengeluh. Dia sudah malas nak cari gaduh. Lagipun dah akhir tahun. Dia juga tak nak perkara tak nak perkara tak sepatutnya berlaku memandangkan SE itu pewaris Sparky Corporation. Syarikat perabot terbesar di negara.
♣♣♣♣♣
Eva pov
Aku merenung langit yang terbentang luas. Cantik. Kebiruan langit membuat aku rasa tenang. Seketika aku tersenyum sendiri.
"Eva. Why u smiling alone here?" Lutfi datang bertanya. Setiap hari jumaat malam dan sabtu, aku dan yang lain dah tetapkan untuk balik ke rumah parents. Lagi pun tengah exam so tekanan dan tanggungjawab pun rasa ringan sikit.
So minggu ni aku ambil keputusan untuk tidur rumah grandpa. Lagi pun takde siapa kat rumah. Along dan kak long pulang ke Pahang, rumah keluarga Kak Liyana.
Felisya pula duduk dengan Ruby.
"Aku senyum sebab aku ternampak bayang Lisa kat langit tadi. Dia senyum dekat aku." Ujarku.
Aku tau Lutfi terkedu tapi aku tak kisah. Sebab aku rindu sangat kat sepupu aku yang seorang tu.
"Aku rasa dia macam panggil aku. Senyuman dia bagaikan nak jemput aku." Ucap aku lagi.
"Eva Amanda! Aku tak suka kau cakap macam ni. Kau pun nak tinggalkan aku macam apa yang Lisa buat ke? No aku takkan benarkan!" Marah Lutfi.
Aku pula terkedu bila Lutfi meninggikan suara. Belum sempat aku nak balas apa-apa, Lutfi dah bangun masuk ke dalam rumah.
Aku mengeluh. Aku cakap benda betul. Senyuman dan lambaian yang aku nampak di langit tadi betul-betul seperti menggamit aku. Lisa bagaikan sedang menunggu kedatangan aku.
Apa yang akan berlaku ni? Kenapa aku rasa makin tak sedap hati?
'Ya Allah, lindungilah ahli keluargaku dan semua sepupuku. Aku sanggup seandainya aku yang akan tanggung semuanya.'
♣♣♣♣♣
4 Knights pov
Mereka sedang lepak di banglo dua tingkat milik Iskandar.
Pembantu rumah Iskandar menghantar minuman di gazebo. Tempat mereka melepak.
"Nah. Jemputlah minum. Macam tak biasa pula." Pelawa Iskandar.
YOU ARE READING
LOVE YOU TENGKU 💙 [C]
Teen Fiction2nd Siapa je yang tak kenal mereka? Gadis cantik, bergaya, anak kerabat. Itulah Silent Evils , 4 sepupu yang merupakan cucu kepada usahawan dan ahli korporat terkaya di negara. Daripada sikap mereka yang ceria dan happy go lucky, mereka bertukar kep...