Chapter 1

6.6K 189 7
                                    

Imperfection between us are now completed .

22 November 2016 , Benua Eropah.

Dingin angin malam yang menggigit epidermis kulit masih terasa.Helaan nafas kembali teratur sebaik saja sang mentari mula mentadbir sekalian alam.Kayuhan yang bermula tiga jam lalu kini berentak perlahan.Kornea mata semakin terpaku dengan hamparan alam yang indah melebihi jangkauan akal seorang An-Nas.

Pinn!Pinn!Pinn!

Hon yang dibunyikan menyentak lamunan Ain.Matanya terus singgah pada kereta yang membunyikan hon sebentar tadi.Ia sudah berlalu.Bahunya dijongketkan tanda tidak kisah.Perutnya sudah berirama lagu Bila Bila.Jelas benar sel selnya sudah kebuluran.Masakan tidak,sejak semalam mereka masih belum terjumpa satu pun mat'am untuk menjamah.Hanya bergantung harap kepada bekalan makanan yang ada dalam bagpack.

"Attention guys!"

Laung Sis Raudhah,ketua bagpackers jemaah wanita.Kayuhan serta merta terhenti.Mata terarah pada empunya suara yang jauh lebih kurang semeter.

"Within 5km,we will stop at one of mat'am nearby.45 minutes break before we continue our journey to Istanbul."

Terpacul senyum segaris pada bibir.Ain mengucap lega.Sekurang kurangnya,tidaklah perutnya merana lagi menunggu makanan masuk ke dalam perut.

"Perut..Oh perut.Kau tunggu sat.Tak lama dah.Nanti aku jamu kau tau!"

Monolog Ain sendiri.Perutnya digosok secara putaran beberapa kali.Handle basikal digenggam erat.Laju kakinya melajukan kayuhan.Tak sanggup dah nak dengar perut yang tersayang berkaraoke.

Keriangan hati yang melonjak lonjak membuatkan Ain teruja.Secara tiba tiba,basikalnya dirodok dari belakang.Automatik,dia jatuh tersembam ke atas jalan yang dibina tar apabila dia hilang kawalan.

Ekor matanya pantas menangkap senyuman sinis Shireen yang melintasi sisinya.Ain yakin,gadis itu yang sengaja melanggarnya.Ain berdecit geram.Nasib baik tak berderemen wajah lawanya ini.

"Ain,hang okey dak?"

Soal Nurin,ahli backpackers @ student Oxford Of University.Tangannya dihulurkan pada Ain.Pantas Ain menyambut huluran itu.Punggungnya dilibas libas beberapa kali.

"Apa yang dia tak puas hati dengan aku huh?"

Keluh Ain.Muka masam berasid.Nurin menggeleng geleng.Faham benar perasaan Ain yang seringkali menjadi mangsa hasad dengki Shireen.

Faham benar perasaan Ain yang seringkali menjadi mangsa hasad dengki Shireen

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- Ain Mardhiah -


"Ain,hang sabaq je lah dengan si Shireen tu.Dia tu memang perangai serupa momok!"

Kutuk Nurin selamba.Terletus tawa Ain.Dia ada geng sekarang ni!Muahahahaha.

"Okey,sis.Thank you so much.Jomlah kita gerak.Perut Ain ni dah karaoke macam macam genre dah.Tak sampai hati Ain nak dengar dia karaoke macam pesakit hospital bahagia ni hah!"

Jujur Ain.Basikalnya sudah dinaikkan.Sekelip mata,dia sudah berada di atas basikalnya.Nurin mengangguk kecil.Lantas perjalanan mereka diteruskan.Mereka berkayuh secara beriringan.

Kaki yang sudah lemah dek kerana berjalan tanpa henti sejak pagi tadi,direhatkan sekejap.Bumi Istanbul yang sentiasa sesak dengan pelancong mahupun penduduk tempatan,membiasakan Ammar.Kerusi yang disediakan di Masjid Biru.

Sambil merehatkan tubuh,dia mahu menunggu masuknya waktu solat Asar.Matanya terkatup rapat.Selang beberapa minit,azan Asar dari Masjid Biru berkumandang merdu.Suara bilal menyentak kalbu Ammar.Matanya terbuka kembali.

Tanpa diduga,satu figura melintasinya.Terpana dia seketika.

"Ya Allah."

Ralit memandang figura yang sudah lenyap dari pandangannya,Ammar disapa seseorang.

" Ezan bitti.Kardeşim,dua edelim."

Ammar segera menoleh.Terkejut melihat seorang lelaki Arab yang bertutur dalam bahasa Turki di sebelahnya.

"Err, tamam."

Anggukan itu membawa Ammar melangkah ke ruangan solat di Masjid Biru.Kakinya dihayun ke tempat berwudhuk.

Solat yang diimamkan Imam At-Tarmizi,menambah kekhusyukkan Ammar.Sebaik salam diberi,dia memanjatkan doa.Tapi ada sesuatu yang baru dalam doanya.

'...Ya Allah,andai benar itu dia.Kau pertemukanlah kami lagi Ya Allah di hadapan rumahMu ini..'

Mukanya diraup lembut.Usai bersalaman dengan jemaah masjid yang bersebelahan dengannya,dia meminta diri.

Dia menyarungkan kasut jenis kulit berwarna koko yang tersusun elok di atas rak.Kemudian,langkahnya diatur ke hotelnya yang tidak jauh dari situ.

Entah mengapa,hati Ammar digamit untuk menoleh ke kanan.Sebaik saja menoleh,dia merasakan degupan jantungnya umpama berhenti buat sejenak.Terkelu lidahnya.

- Ammar Muzammil -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- Ammar Muzammil -

'Syukran Ya Allah.Alhamdulilah..'

"Mardhiah!"

Cinta Untuk Isteri ,

13 August 2017 .

CINTA UNTUK ISTERI ✔ [PRIVATE]Where stories live. Discover now