Chapter 2

4.9K 183 2
                                    

Imperfection between us are now completed .

Ain terkedu.Namanya disebut.Tapi,mana ada satu pun hamba Allah yang biasa memanggilku Mardhiah.Selalunya cuma Ain.Melainkan kalau telinganya sudah mendapat penyakit tuli.Jadi nama Mardhiah pasti diseru.

Hatinya menyuruh dia menoleh.Tetapi akal melarang sekeras kerasnya.Akhirnya dia memutuskan untuk menoleh.Mencari kepastian.

Serentak dengan itu,wajah Ain dan seorang lelaki bertemu.Membulat mata Ain saat ini.Jantungnya berdegup kencang.Bagai mahu terhenti dunia ini berpusing.

"Sorry.You ni Mardhiah kan?"

Lelaki itu sudah berundur beberapa tapak ke belakang.Ain mengucap syukur.Dia menghela nafas lega.

"You Mardhiah,right?"

Ulang lelaki itu sekali lagi.Mungkin dia menyangka Ain tidak mendengar pertanyaannya itu.

Berkerut dahi Ain.Jadi benarlah,dia yang menyeru nama Mardhiah.

Tapi siapa dia ni?Tak kenal pun.Getus hati kecil Ain.

"Kenapa?"

"You tak jawab lagi soalan I,lady."

"Kenapa you tanya?You siapa?You nak buat apa?"

Bertubi tubi soalan dilontarkan oleh Ain.Lelaki itu masih beriak tenang.Dia melakar senyum nipis sebelum menjawab soalan Ain.

"Answer my question first.Then,I will answer your lots question.Or you ni tak faham bahasa?"

Kening terjongket.Lelaki itu sudah memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya.

Membulat mata Ain.Dia kata aku tak faham bahasa?Seriously?

"What?You cakap I tak faham bahasa?You ni dah kenapa huh?"

Naik satu oktaf suara Ain.Sudahlah mereka duduk di tengah jalan.Lepastu melalak bukan main.Nasib baik bertekak dalam Bahasa Malaysia.Kalau tak,apalah kata orang Turki agaknya?

"I meant,you ni perhaps tak faham Bahasa Malaysia kut.Ye lah I tanya you ni Mardhiah or tak je."

"Eee,you ni kan!Mulut tu tak tau jaga sungguh!Mengata orang aje kan?Melampau sungguh!"

Marah Ain.Terjengket jengket dia cuba menyamakan dirinya dengan lelaki yang tinggi melayut ini.

"Answer my question first."

" I bukan Mardhiah.I tak kenal sesiapa pun yang nama Mardhiah!"

Pangkah Ain sekeras kerasnya.Bimbang lelaki ini dapat menghidu pembohongonnya.

"You ada firma kaunselor kan?"

Gulp!Ain kalut.Bagaimana lelaki asing + pelik macam alien ni tahu banyak pasal dia?

"Helo,mr.stranger!First,I ni bukan Mardhiah.And second,I takde mana mana firma.I bukan caunselor.I ni psychiatrist.Doktor sakit jiwa.Doktor untuk orang yang tak faham bahasa macam you ni!"

Tembak Ain.Main hentam.Psychiatrist pun psychiatrist lah.Nasib diri.

"Psychiatrist pun lebih kurang jugak dengan caunselor."

Bidas lelaki itu.Hesy,melampau sungguh!

"Habis kalau nama you bukan Mardhiah.So nama you apa?"

"Nama I?"

"Iyelah.Takkan miss psychiatrist dah lupa ingatan pasal nama sendiri?"

Sindir lelaki itu lagi.

Tadi kata aku tak faham bahasa.Sekarang ni kata aku lupa ingatan pulak!Waduh,too much!

CINTA UNTUK ISTERI ✔ [PRIVATE]Where stories live. Discover now