Chapter 5

3.5K 136 2
                                    

Imperfection between us are now completed .

"Sis Sara!Sis Sara!"

Laung Ain.Termengah mengah dia berlari mendapatkan Sarafina yang berjalan laju ke parkir kereta memandangkan mentari telah pun melabuhkan tirainya.Sekejap saja,dia sudah dapat menyaingi Sarafina.

Kini,dia berdiri terpacak di hadapan wanita yang bergelar balu setelah bernikah hampir dua bulan.Kisah tragis wanita kuat di hadapan Ain kini sering saja dijadikan pedoman dirinya agar sentiasa tabah dalam mengharungi liku ranjau kehidupan.

"Hesy Ain ni!Buat sis takut je lah.Terkejar kejar macam kena ligan pontianak!Nak apa?"

Sarafina pula yang tercungap cungap sekarang.Hai,bila masa pulak wanita sebaya dengan abang sulungnya ini ada asma?Hesy,selisih!Karang mati tak cukup oksigen.Maunya gelabah tenuk aku dibuatnya.

"Haipp mulut!Cabul sangat!"

Ujar Ain gaya seorang bapok.

"Sis.Ain nak tanya ni.Pasal Ammar."

Terus terang saja Ain bertanya.Malas nak berkias.Lagipun dah malam.Jadi badan pun dah letih.Dia hanya mahu jawapan.Jawapan yang mampu mententeramkan tidurnya malam ini.

"Ammar?Ammar mana?Bf kau ke Ain?"

Ain tepuk dahi.Dah malam malam.Badan pun penat.Boleh pulak si Sarafina ni buat beler.Hesy,ada jugak karang aku sumpah jadi tenuk ni hah!Desis hati Ain.

"Your new client.Dah lupa ingatan?"

Ain menyindir geram.Terletus tawa Sarafina.Sedar akan kekhilafan diri barangkali.

"Ouh,Encik Ammar Muzammil.Ingat ke bf Ain.Hahaha!"

Ain tarik muka empat belas.

"Tapi.Nak tanya apa pasal dia?Nothing special about him."

"Kenapa dia ambik khidmat kaunselor?Dia ada masalah rumah tangga ke?"

Soal Ain becok.Mukanya sudah menunjukkan curious tahap sepuluh.

"Ain..As you know.Our policies.Client's matters are between caunselor and himself.Talking the matters with somebody else definitely can be bring to court."

Ain mengeluh kasar.Dia tahu polisi nombor lapan itu.Tapi.Ah,situasinya tidak mengira polisi atau bombasi!

"Sis,serious I need to know about this.Lagipun,Ammar tu klien Ain kut."

Pujuk Ain lagi.

"Haipp!Cabul sangat mulut!"

Sarafina meniru kata dan lagak Ain tadi.Terus berubah riak Ain.Pantas dia menghambur tawa dengan reaksi Ain.

"Ain lupa dah ke?Kita dah buat exchange.So takde maknanya Encik Ammar tu klien Ain, eh?"

Sekali lagi,terbit keluhan pada bibir Ain.Mengeluhlah banyak banyak.Rezeki pun tak nak kat kau Ain!

"Please...Ain je.Tolonglah."

Ain merapatkan tapak tangannya tanda merayu.Sarafina tergeleng geleng kecil.

"Sorry.Kita kena jujur.Sis balik dulu.Assalamualaikum."

Sekelip mata Sarafina sudah hilang dari pandangan.Ain merengus.Susahnya nak tahu!

"Takpa!Ni Ain Mardhiah.What I want,I will get!"

Ain pantas melangkah pergi dengan sebal.Nampaknya malam ni terigau igaulah wajah Ammar.Kempunan tak dapat jawapan!

CINTA UNTUK ISTERI ✔ [PRIVATE]Where stories live. Discover now