MULA

199 2 0
                                    

Orang kata cinta itu buta. Tetapi bagi aku cinta itu mencelikkan. Cinta itu tidak buta. Aku berpendapat begini kerana aku sudah merasainya. Ya, pada mulanya aku memang buta. Tetapi setelah beberapa ketika aku mula nampak. Aku mula nampak takdir yang disusun Tuhan itu indah. Sama seperti cinta. Cinta yang celik. Hidup. Tidak tidur.

Pada tahun 2010, aku mula bekerja. Tamat sahaja belajar pada Jun, aku mula aktif dengan kerja terjemahan. Yalah, itu sahajalah yang aku tahu buat. Tetapi, aku mula rasa hasilnya tak cukup. Lalu, aku mula giat ke sana ke mari mencari-cari kalau ada kerja kosong di kedai-kedai. Aku tak kisah pun. Asalkan bank aku bertambah digit. Cari dan cari, akhirnya! Ada yang menelefon saat aku sedang elok duduk depan TV.

"Saya nak cari pekerjalah. Masih minat ke nak kerja?", suara si bos petang itu bagai angin dingin lalu aku rasakan.

"Ya...ya...", pantas aku setuju.

"Ok, pukul 2 datang inteviu ha.", aku angguk lagi.

Aku pun bekerja setelah itu. Kerja kedai. Kedai runcit.

Kau bukan tak tahu fitrah orang kerja kedai runcit. Bukannya aku memilih bulu nak berkawan. Tapi, ilmu itu memang ada kesannya pada manusia. Ditempat kerja baru, aku perasan rentak bicara aku bukan lagi tentang interviu mana yang perlu aku pergi, peluang sambung belajar mana yang patut aku kejar dan buku travelog baru apa yang belum aku beli. Kini, topik perbincangan bersama rakan sekerja yang berdua itu ialah pasal pakwe siapa kerja gaji besar, kawan siapa hantaran kahwin 15 ribu dan cikgu siapa yang paling dibenci waktu zaman sekolah. Ironinya aku terpaksa hadam dan ikut serta perbualan yang aku langsung tak minat untuk elak dicop bajet. Kadang-kadang tu suara waktu bersembang pasal bekas pakwe yang bangsat itu terlalu kuat sampaikan ada pelanggan yang pandang pelik. Aku sabarkan. Takpa. Takpa. Allah tahu aku bukan begitu. Tak apalah korang nak pandang aku macam itu. Aku sabar. Sabar.

Allah itu maha kaya, satu hari dihantar seorang kakak PhD yang peramah sembang dengan aku waktu di kaunter. Kakak itu sahajalah yang aku rasa layan aku sama macam kawan-kawan universiti dulu. Selalu dia datang beli aiskrim Fon's RM 1. Kadang-kadang dia akan belanja aku semula. Dia pun bekas guru. Sama bidang dengan aku. Sering dia doakan aku cepat dapat temuduga SPP. Bertemu dia, kami selalu sembang dan sembang bab yang aku rindu. Pasal studi. Pasal universiti. Pasal cita-cita. Pasal rancangan masa hadapan. Jiwa aku hidup semula. Cintanya aku pada orang-orang berilmu seperti ini mencelikkan semula mata hati aku yang hampir buta. Maaf kawan-kawan. Bukan aku ingin mengata kalian. Tapi memang aku rasa tak selesa dengan kehidupan aku bersama kalian. Cukuplah sampai situ hubungan kita. Cukuplah hanya atas dasar rakan sekerja. Tak lebih.

Betullah, doa orang-orang yang sayangkan kita ikhlas itu makbul. Kak PhD juga mungkin doanya diangkat Tuhan ke atas sana. Doa orang yang sedang menuntut ilmu. Doa orang yang berilmu. Orang alim. Sebulan selepas aku konvokesyen pada bulan Oktober, aku dipanggil temuduga SPP. Bulan Disember aku lulus inteviu dan bulan Januari aku berhenti kerja. Terima kasih M Mart atas pengalaman bekerja makan gaji. Cukup menjadikan aku kuat dengan pandangan orang-orang pada gadis mini market macam aku waktu itu. Tak usahlah aku ceritakan di sini. Nanti cerita ini bukan lagi tentang kisah cinta dan cita aku. Tetapi akan jadi kisah aku si gadis mini market. Korang tak nak baca nanti! Baik, aku sambung semula kisah aku tadi. Bulan Mei tahun 2011 aku mula bekerja di sekolah menengah harian.

Tiga bulan selepas aku bekerja, kisah cinta aku pun bermula. Cecececeh. Sebelum aku mulakan, bolehkah kalau korang ikuti nasihat-nasihat aku ini. Ada tiga sahaja. Kalau korang tak boleh ikut walau satu pun, tutup sahajalah cerita ini. Tukarlah kepada cerita bergenre Suamiku Paling Tak Romantik ataupun Aku Isterinya Yang Tersembunyi. Janji ya. Ok, nasihat-nasihat aku yang bertiga itu ialah:

1. Aku mengarang, kalian membaca.

2. Aku mengarang, kalian membaca. Jangan cuba menilai aku.

3. Aku mengarang, kalian membaca. Jangan cuba menilai aku. Kalau ada walau satu muka surat tidak dibaca.

Janji ikut nasihat-nasihat aku ini ya. Janji. (Virtual pinky swear)

BLUEPRINT ORANG BAHAGIAWhere stories live. Discover now