TENTANG MO

101 2 1
                                    

Hari itu hari raya. Sebenarnya hanya tinggal saki baki raya. Aku dapat salam khabar daripada kak PhD yang dia nak bayar upah proofread instrument kajian dia. Sudah berbulan sebenarnya bayaran itu tertunggak. Kak PhD sibuk, begitu juga aku. Tapi itulah perancangan Tuhan yang aku tak tahu. Kak PhD pun berkata teringin mahu berjumpa aku. Bersembang semula pasal sekolah, murid, studi dan pasal semualah. Akhirnya, dia putuskan mahu beraya sahaja di rumah ibu ayah aku. Oh ya, aku mengajar dekat sekolah yang hanya 10 minit jarak perjalanan kalau menaiki kereta.

Pada hari dijanjikan, asalnya Kak PhD akan datang berdua. Tapi kemudian, dia kata akan ada seorang lagi yang akan turut serta. Tak apalah. Bukannya aku perlu sediakan sebelanga makanan untuk tambahan satu lagi perut.

Seperti yang dijanjikan petang lepas zuhur itu Kak PhD datang. Bersamanya ada seorang lagi kakak dan err...abang....encik. Apa-apalah. Dipendekkan cerita rupa-rupanya memang niat Kak PhD nak memperkenalkan abang atau encik itu dengan aku. Sepanjang mereka beraya, makan-sembang-minum, Kak PhD yang paling banyak berceloteh. Aku mencelah di sela-sela perbualan berkaitan sekolah baru. Seronok? Ya aku seronok dapat bercerita pengalaman mula menjadi cikgu dengan seseorang yang sangat terbuka. Entah kenapa, bercakap dengan Kak PhD aku rasakan PhD itu makin dekat, makin mampu digapai. Bukan lagi hanya sekadar khayalan tempat tinggi yang budak parit macam aku boleh impikan.

Selepas mereka minta diri, aku rasa sedikit berat hati. Entah ya. Aku rasa masih mahu sembang lama dengan Kak PhD sambil berada dekat dengan abang atau encik yang aku sendiri lupa siapa namanya. Mungkin ini semua hormon oksitoksin. Mungkin ini semua hanya mainan fikiran aku yang makin mahu jadi wanita. Entahlah. Jangan kau orang nilai aku lagi. Cerita ini belum habis. Baru saja nak bermula. Apa-apa pun aku harus tetap ucapkan selamat tinggal pada memori perkenalan singkat itu. Bebai.

Beberapa bulan pun berlalu sejak Syawal hilangkan dirinya. Tidur di balik almari-almari rutin harian aku. Suatu tengah hari, aku dapat panggilan daripada Kak PhD. Katanya dia buat bihun sup utara sambal merah di rumahnya. Dia bilang lagi, minta aku datang makan selepas pulang sekolah. Bagai mengantuk disorongkan tilam Kingkoil, aku terus kata 'ya' tanpa ada jeda. Satu perkara yang aku lupa ialah hari itu aku menumpang kawan ke sekolah. Jadi, selepas pukul 2 petang, aku senyum girang ke mesin thumbprint dan ciumkan cap jari pada pengimbas sambil berkata halus pada mesin "adios." Kemudian, yakin sekali aku seluk beg selimpang mencari kunci William, si Proton Wira Kelabu hasil ikhsan belas ibu.

"Eh tak da.", kata aku pada diri.

Lantas, aku pun tepukkan dahi sambil pada masa yang sama budak-budak bola jaring di padang juga bertepuk tangan sebaik GS skor 1 bola. Giat aku telefon Kak PhD saat itu juga. Deringan bersambung.

"Helo, kak saya lambat sikit. Harini saya tumpang kawan. Lupa. Maaf nah...", Kak PhD di hujung talian terjerit kecil.

"Ah...takpa...takpa...ni...kawan kak yang hari tu mai sekali tu pun on the way nak mai. Ni alang-alang satu jalan dia pun lalu depan sekolah hang nanti akak habaq kat dia mintak pick up hang sama. Sat nah...sat...", panggilan telefon pun berhenti di situ.

Aku pandang kosong padang. Budak bola jaring skor sekali lagi.

Masing-masing hanya diam. Aku tengok sahaja jalan raya yang tiba-tiba kelihatan menarik. Ada lagu Bunkface – Situasi di radio. Aku sebenarnya sangat suka lagu itu. Kalau sekarang itu aku memandu sendiri, mesti sudah aku karaoke. Situasi yang aku hadapi sekarang ini tak mengizinkan aku melalak lagu Situasi.

"Kenapa tak bawak kereta hari ni?", abang atau encik yang aku lupa namanya itu bertanya di tengah-tengah korus berkumandang.

"Ingatkan tak ada apa-apa nak buat lepas sekolah.", dia angguk.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 17, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BLUEPRINT ORANG BAHAGIAWhere stories live. Discover now