The Darkness Inside Us

624 31 6
                                    

~Sebelum ini dalam Power Of Elements 3~

"Apa kita nak buat sekarang?" Tanya Fang kepada rakan-rakannya. Tiada sesiapa yang mahu menjawab soalan Fang. "Kamu semua patut balik ke Bumi" Balas Boboiboy kepada Fang.

Semua orang terkejut setelah mendengar kata-kata Boboiboy. "Apa maksud kau?" Tanya Eddy

"Aku penyebab dia dapat batu tu...aku tak patut bawa korang ke sini" Kata Boboiboy. "Selepas apa yang dah jadi kat aku, aku tak nak benda tu jadi kat orang yang aku sayang" Sambung Boboiboy, dan kemudiannya memandang Lisa dengan muka risau.

......................................................

~POWER OF ELEMENTS 3~
~The Elemental Stones ~

"Kau ada perasaan tak dekat Lisa?......."

Boboiboy terkejut dengan persoalan yang ditanyakan oleh Yaya. Boboiboy perlu berfikir seketika sebelum dapat menjawab pertanyaan itu. "Aku suka dia........tapi suka sebagai sahabat baik.....tidak lebih dari itu." Balas Boboiboy.

"Kau pasti pasal tu?" Tanya Yaya sekali lagi. Kemudian Boboiboy memegang kedua-dua pipi Yaya. "Hey.....Saya sayangkan kau, dan itu tidak akan pernah berubah sampai bila-bila" Kata Boboiboy kepada Yaya.

Setelah Yaya mendengar kata-kata Boboiboy, terpancar senyuman manis dari muka Yaya. "Kau tahu?.....muka kau nampak comel bila kau cemburu" Kata Boboiboy, dan kemudiannya mencubit pipi Yaya, dan menyebabkan muka Yaya merah. "Ish, kau ni..." Kata Yaya.

Dari sebuah sudut tidak jauh dari mereka berdua, Lisa sedang memerhatikan Yaya dan Boboiboy yang sedang bergurau. Lisa berasa sangat sedih dan cemburu melihat mereka berdua. Kemudian, Lisa berhenti memerhati mereka berdua dan duduk bersandar di atas lantai dan memeluk lututnya. Tidak lama kemudian.....titisan air mata mula mengalir dari mata Lisa.
(A/N: My ship sinking 😢😢.......LOL 😂😂😂)

Kemudiannya.....Jam Kuasa Lisa mula menjadi pelik dan kelihatan logo "L" pada Jam Kuasanya mula terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian kiri logo "P" tidak berubah manakala bahagian kanan pula berubah menjadi warna Hitam, sama seperti Jam Kuasa Boboiboy.

(Kuasa Kegelapan mula menguasai Jam Kuasa Boboiboy dan Lisa)
👇

Tidak lama selepas itu, Mata Lisa berubah menjadi Warna Unggu dan kemudiannya, Lisa dapat mendengar bisikan sedang memanggilnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tidak lama selepas itu, Mata Lisa berubah menjadi Warna Unggu dan kemudiannya, Lisa dapat mendengar bisikan sedang memanggilnya.

" Lisa......."

Lisa ketakutan setelah dia mendengar bisikan itu. Tiba-tiba Kuasa Kegelapan mengelilingi Lisa. Lisa tidak tahu membuat apa-apa. Secara tiba-tiba badan Lisa berasa sakit yang teramat sehingga Lisa tidak mampu menahannya.

~Kembali ke Boboiboy~

Boboiboy dan Yaya terdengar jeritan yang kuat tidak jauh Dari mereka. "Itu Lisa!!" Jerit Boboiboy dan kemudiannya bergegas ke arah suara jeritan itu meninggalkan Yaya.

Setelah Boboiboy tiba.....Lisa sudah pun pengsan di atas lantai. "Lisa! Bangun Lisa!" Jerit Boboiboy sambil menggerakkan badan Lisa, cuba untuk menyedarkannya. Kemudiannya, Boboiboy melihat Jam Kuasa Lisa kelihatan Kuasa Kegelapan dalam Jam Kuasa Lisa sama seperti Jam Kuasanya. "Inilah benda yang aku takutkan selama ni....." Kata Boboiboy kepada dirinya.

Pada masa yang sama Kegelapan dalam Jam Kuasa Boboiboy juga mula mengambil alih. Warna hitam pada Jam Kuasanya hampir memenuhi keseluruhan Jam Kuasanya...

.....................................................

A/N: hey semua! Saya kembali lagi, sorry sebab chapter Kali ni pendek sikit 😅 Lepas ni saya cuba usahakan untuk memanjangkannya OK 👌

Power Of Elements | Book 3 | The Elemental StonesWhere stories live. Discover now