Fire Kingdom: Double Trouble

469 32 2
                                    

~Sebelum Ini dalam Power Of Elements 3~

Tanah akan ikut Puteri Kasturi dan Lisa ke Kerajaan Tanah.....Daun akan ikut Fang, Gopal dan Eddy ke Kerajaan Tumbuhan.....dan Air akan ikut Ying dan Yaya ke Kerajaan Air.....dan Petir dan Api akan pergi ke Kerajaan Api....faham!" arah Boboiboy kepada mereka semua.

...

"Kenapa kitorang kena pergi ke Kerajaan yang tengah berperang tu!" Jerit Api. "Sebab tu lah aku hantar korang berdua......korang berdua lah yang terkuat antara kita berlima" Balas Tanah. Api dan Petir hanya akur dengan pemilihan Tanah.
____________________________________

~POWER OF ELEMENTS 3~
~The Elemental Stones~

Kelihatan Api dan Petir sedang melarikan diri daripada sekumpulan tentera yang sedang memburu mereka.

"Ini semua kau punya pasal! " Jerit Api

"Aku?! Kau lah! " Balas Petir

Flashback

Semasa dalam perjalanan ke Kerajaan Api, Petir dan Api berada di sebuah dataran yang besar yang dipenuhi dengan tulang-tulang dan baju perisai yang sudah rosak.

"Apa yang berlaku kat sini? " Tanya Api kepada Petir

"Aku rasa.....kita kat medan perang.. "Balas Petir

Setelah melihat sekeliling tempat itu, medan perang itu juga mempunyai sebuah tasik yang terletak di selatan dataran itu. Di tasik itu juga kelihatan ada sebuah Istana yang berkilau disebabkan pancaran cahaya matahari yang sedang berada tepat di atas kepala mereka.

"Aku rasa..... Di sini lah Kerajaan Api dan Kerajaan Air berperang" Kata Petir.

"Habis tu?  Kita kena buat apa sekarang? " Tanya Api

"Kita kena teruskan misi kita..... Kita tak selamat duduk di sini. " Balas Petir.

Mereka berdua pun meneruskan perjalanan mereka ke Kerajaan Api.

Tidak lama kemudian, satu gegaran berlaku di tempat tersebut menyebabkan Api ketakutan.

"Gempa Bumi!!! " Jerit Api

"Ini bukan gempa bumi..... Itu.. "

Secara tiba-tiba, satu letusan lava meletus di setiap gunung berapi di sekeliling medan perang itu.

"Okay itu bukan petanda baik... " Kata Petir

"Eh,  aku nampak sesuatu lah kt situ.. " Kata Api

"Ada apa? "

Kelihatan ada sebuah petempatan di hujung dataran itu.

"Aku rasa itu Kerajaan Api... " Kata Petir "Jom kita pergi.. "

Dengan pantas,  Api berlari menuju ke tempat tersebut. "Tunggu apa lagi Petir!!  Jom lah! " Kata Api sambil berlari. "Woi,  tunggu!! Bertuah punya budak! 💢💢" Balas Petir dengan perasaan marah.

Semasa mereka sedang berlari itu,  sekumpulan tentera telah mengesan mereka berdua. Dengan pantas tentera tersebut mengejar mereka kerana menyangka mereka ialah pihak musuh.

End Flashback

"Asal salah aku pulak!!  Kau yang suruh pergi" Kata Api

"Aku tak cakap pun suruh lari!! " Balas Petir

Kemudiannya mereka berdua bersembunyi di belakang batu² yang besar di sekitar tempat tersebut. "Apa kita patut buat sekarang ni?.. " Tanya Api "Kita tak ada pilihan lain.... Kita kena lawan! " Balas Petir. "Kau gila!! " Kata Api dengan terkejut

"Mari!! " Kata Petir sambil keluar dari tempat persembunyian mereja.

PEDANG PETIR

Petir menyerang mereka dengan pantas,  tetapi dapat ditepis dengan mudah oleh mereka kerana mereka mempunyai perisai.  "Api tolong aku!! " Kata Petir.

"Baik! "

BEBOLA API

Api menyerang mereka semua dengan bertubi-tubi sehingga menyebabkan mereka semua berundur.

"Berhenti!!" Jerit dari seorang lelaki berkuda.

Suasana menjadi senyap untuk seketika. "Mereka bukan musuh kita.. " Kata lelaki tersebut.

"Apa yang sedang berlaku ni?" Tanya Api kepada Petir. Petir juga tidak berapa pasti apa yang telah terjadi.

"Bawak mereka berdua masuk ke Istana! " Arah lelaki tersebut.

Semasa tentera mengelilingi Api dan Petir.... Mereka masih lagi dalam keadaan bersedia. "Apa Korang nak buat kat kit kitorang hah!! " Kata Petir sambil menghalakan pedangnya ke arah lelaki berkuda itu.

"Raja Kerajaan Api ingin berjumpa dengan kamu berdua.. "

Power Of Elements | Book 3 | The Elemental StonesWhere stories live. Discover now