Confessing and Failure

459 17 12
                                    

~Power Of Elements 3~
~The Elemental Stones~

Kelihatan Tanah, Lisa dan Puteri Kasturi berlari dengan tergesa-gesa menuju ke dalam bilik Api. "Apa yang dah berlaku?! " Kata Tanah dengan perasaan risau. Kesemua orang terdiam setelah mereka melihat Tanah masuk ke dalam bilik itu. "Kenapa boleh jadi sampai macam ni! " Jerit Tanah

"Bertenang Tanah.....Api selamat" Kata Petir cuba untuk menenangkan nya. "Tenang?!  Api kena tikam, macam mana nak tenang?! " Jerit Tanah. Dia memerlukan masa untuk bertenang selepas apa yang berlaku. "Cara ni tak selamat, kita kena bercantum semula" Kata Air kepada Tanah. Dengan berpecah terlalu lama sudah menjadi risiko kepada mereka berlima kerana jika perkara buruk berlaku.....mereka tidak akan dapat bercantum semula. "Aku masih boleh pergi lagi la" Kata Api yang masih dalam keadaan lemah. "Tak....kau bernasib baik sebab terselamat, kita kena bercantum semula" Kata Daun

Tanah berfikir seketika, hampir kesemua orang bersetuju dengan cadangan itu. Kemudian dia memandang Lisa yang berada di sebelahnya. "Aku kena fikir dulu.. " Kata Tanah sebelum menarik tangan Lisa membawanya keluar dari bilik itu. Yaya curiga dengan perkara itu mengekori mereka dari belakang. Mereka tiba di satu tempat tidak jauh dari bilik itu. Yaya pula bersembunyi supaya dapat mendengar mereka

"Ini peluang kau Lisa...." kata-kata Tanah itu mengejutkan Lisa. "A-apa maksud kau? " Balas Lisa. "Ingat apa yang aku cakap? Bagitahu dia apa perasaan kau" " Tak tahu lah.....macam mana kalau dia tolak? Maksud aku dia sayangkan Yaya."

Yaya terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Lisa. Mereka berdua sedang bercakap pasal Boboiboy. "Apa maksud Lisa? " bisik Yaya kepada dirinya.

"Kau tak akan tahu kalau Kau tak cuba.." Kata Tanah.

Kemudiannya Yaya datang mendekati Tanah dan Lisa. "Apa yang korang tengah cakap ni? " Tanya Yaya dengan perasaan ingin tahu. "Oh takde apa-apa lah Yaya.....saje sembang-sembang" Balas Lisa sambil tersenyum risau. Yaya hanya menyilangkan tangannya sambil menaikkan keningnya ke arah mereka berdua. "Ada benda yang tak kena kat sini......bagitahu aku" Tegas Yaya.

"Betul Yaya, tak ada apa-apa yang penting" Balas Lisa sambil berjalan meninggalkan Tanah dan Yaya dan kembali ke bilik Api. 

Setelah Lisa sudah tidak kelihatan. Yaya menoleh ke arah Tanah. "Apa yang korang berdua cakap tadi" Tanya Yaya sekali lagi. Tanah menjadi serba salah dengan persoalan itu. "Bagitahu aku.....aku tak marah" "Kau akan" Balas Tanah dengan pantas.

"Dia.....dia s-suka dengan Boboiboy" Kata Tanah dengan serba salah. Yaya terkejut untuk seketika dan kemudiannya kembali tenang. " Heh....aku dah agak...". "Maksud kau? " Tanya Tanah.

"Aku perasan cara Lisa melihat Boboiboy......aku nampak harapan dia pada Boboiboy sebelum dia tahu pasal kami berdua. ". Tanah hanya berdiam diri mendengar kata-kata Yaya. "Dia tak boleh tahan perasaan dia macam tu......" Kata Yaya sambil berjalan meninggalkan Tanah.

Setelah semua orang bersetuju, Tanah, Api, Air, Daun dan Petir bercantum semula menjadi Boboiboy. "Jadi apa rancangan kita lepas ni? " Tanya Fang "Kita ada Batu Api dan Batu Air.....kita mesti lindungi batu-batu ni dan cari Batu Daun" Balas Ying "Tapi kita tak tahu kat mana Batu Daun tu......masa kitorang kat Kerajaan Daun, diorang kata Batu tu dah hilang bertahun-tahun" Kata Gopal

"Tak apa.....aku, Lisa dan Eddy akan pergi cari Batu Daun. Korang yang lain lindungi Batu Air di Istana ni" Kata Boboiboy " Macam mana dengan Batu Api? " Tanya Yaya. "Kita pisahkan Batu Air dan Batu Api supaya Ahli Sihir tu tak dapat mencari batu ni dengan mudah.....biar kami yang jaga Batu Api" Balas Boboiboy. Setelah semua orang telah bersetuju, Boboiboy, Lisa dan Eddy bergerak untuk mencari Batu Elemen terakhir iaitu batu daun.

Power Of Elements | Book 3 | The Elemental StonesWhere stories live. Discover now