Water Kingdom: Not The Real One

426 25 1
                                    

A/N: Hey semua.....terima kasih kerana bersabar selama ni....seperti yang saya janjikan, saya akan sambung chapter seterusnya.
____________________________________

~Sebelum ini dalam Power Of Elements 3~

Aku dan Puteri Kasturi akan pergi ke Kerajaan Tanah.....Gopal, Fang dan Eddy akan ke Kerajaan Tumbuhan.......Ying dan Yaya akan pergi ke Kerajaan Air" Kata Boboiboy. "Macam mana dengan Kerajaan Api?" Tanya Yaya "Mengikut cerita yang Puteri Kasturi dan Ketua kampung tu ceritakan......Kerajaan Api dan Kerajaan Air hubungan mereka tak berapa baik...."

"Memang tengah berperang pun" Puteri Kasturi memotong percakapan Boboiboy

"Yer....tengah berperang.....jadi...aku juga akan berpecah lima, untuk bantu korang semua." kata Boboiboy

...

"Tanah akan ikut Puteri Kasturi dan Lisa ke Kerajaan Tanah.....Daun akan ikut Fang, Gopal dan Eddy ke Kerajaan Tumbuhan.....dan Air akan ikut Ying dan Yaya ke Kerajaan Air.....dan Petir dan Api akan pergi ke Kerajaan Api....faham!" arah Boboiboy kepada mereka semua.

Mereka semua faham dan terus pergi siapkan barangan mereka yang ingin bawa dalam pengembaraan mereka itu.

____________________________________

~POWER OF ELEMENTS 3~
~The Elemental Stones~

Yaya, Ying dan Air telah bergerak ke utara dan semakin hampir dengan Kerajaan Air. Cuaca di situ pulak berbeza daripada kerajaan yang lain kerana di Kerajaan Air hanya bermusim sejuk sepanjang tahun.

Cuaca di situ tidak berapa baik kerana ribut salji yang lebat sedang melanda di utara. "Kita tak boleh teruskan buat masa ni.....ribut kuat sangat!" Kata Air kepada Yaya dan Ying. "Ia Lo....kita kena cari tempat untuk berteduh" Balas Ying sambil memasukkan tangannya kedalam baju sejuknya yang dibawa dari Istana.

"Macam mana ni Air?" Tanya Yaya. Air memikirkan seketika sebelum membalas pertanyaannya. " Takpe, Aku ada idea" Balas Air

{Boboiboy Ais}

Boboiboy Air bertukar menjadi Boboiboy Ais.

Kemudiannya dia mengumpulkan salji-salji yang berada di sekelilingnya dan membina sebuah Igloo yang sederhana besar menggunakan kuasanya.

"Dah, jom masuk ke dalam" Kata Ais kepada Ying dan Yaya. Kemudian mereka semua masuk ke dalam Igloo itu. "Wah! Baru selesa macam ni" Kata Ying dengan gembira kerana suhu di dalam igloo itu lebih suam daripada luar.

"Aduh, kalau lah Api ada kat sini....kan lebih bagus" Kata Ais. "Takpe, tugas diorang lagi berat daripada kita bertiga" Kata Yaya "Betultu, Api dan Petir tu Elemental terkuat daripada kamu berlima " Sambung Ying.

"Eh Ais, kau kan boleh kawal Ais dan Salji kan?" Tanya Yaya. Ais mengangguk. "Kenapa kau tak hentikan jer, ribut salji ni?" Sambung Yaya.

"Oh, aku tak boleh......sebab ribut salji ni luar daripada kemampuan kuasa saya" Penjelasan Ais. " "Haiya, kenapa nak terburu-buru.....lagipun kita boleh luangkan masa bersama" Kata Ying.

"Hey Ais, haritu Boboiboy ada pernah cakap pasal kuasa kuasa korang tu....betul ker?" Tanya Yaya

"Kuasa apa? Ais bukan memang Boboiboy ker?" Tanya Ying secara tiba-tiba. "Oh, pasal kuasa tu......betul lah. " Balas Ais kepada Yaya. "Oi, jawab lah soalan aku!" Kata Ying dengan perasaan marah kerana tidak dilayan 😂

"Oh, hehehe....sorry Ying......ni, sebanarnya, kitorang berlima ni bukan Boboiboy yang sebenar." Kata Ais. "Bukan Boboiboy sebenar? Apa maksud kamu?" Tanya Ying yang masih tidak faham.

"Itu keistimewaan kuasa Elemental kitorang......kitorang memang berpecah, tapi Boboiboy yang sebenar masih ada, tapi bukan dalam kalangan kami." Jelas Ais. "Maksudnya, korang macam hasilkan kembar sendiri lah?" Tanya Ying. Ais mengangguk. "Habis tu? Mana Boboiboy yang sebenar?" Tanya Yaya. "Dia ada, tapi bukan dalam dunia ni......dia dalam...."Dunia Elemental" lebih kurang macam tu lah" Kata Ais.

"Oh, tapi dia boleh perhatikan kita ke kat dunia tu?" Tanya Yaya. "Dia boleh tengok kita dari sana" Balas Ais. "Sebab tu lah korang tak boleh berpecah lama sangat......korang berlima tu macam kunci kepada Boboiboy untuk ke dunia sebenar semula......seorang hilang, Boboiboy juga akan hilang sikit demi sedikit." "Yer betul tu......tapi disebabkan Otcobot dah Upgrade Jam Kuasa Boboiboy......kitorang boleh berpecah lebih lama daripada sebelum ini." Sambung Ais.

Kemudiannya Ais keluar memerhatikan sekeliling Igloo. "Err....ribut masih kuat, apa kata korang rehat dulu....aku tengok sekeliling" Kata Ais. Mereka berdua angguk dan mula berehat di dalam Igloo. Ais pulak keluar untuk berjaga-jaga.

Power Of Elements | Book 3 | The Elemental StonesWhere stories live. Discover now