Fire Kingdom: Solution

519 29 16
                                    

A/N: Hai semua!! 👋 saya kembali untuk buat Chapter baru! Sorry tau aku lambat update 🙏....

~Sebelum ini dalam Power Of Elements~

"Apa yang sedang berlaku ni?" Tanya Api kepada Petir. Petir juga tidak berapa pasti apa yang telah terjadi.

"Bawak mereka berdua masuk ke Istana! " Arah lelaki tersebut.

Semasa tentera mengelilingi Api dan Petir.... Mereka masih lagi dalam keadaan bersedia. "Apa Korang nak buat kat kit kitorang hah!! " Kata Petir sambil menghalakan pedangnya ke arah lelaki berkuda itu.

"Raja Kerajaan Api ingin berjumpa dengan kamu berdua.."

...


"Apa rancangan korang hah?! " Jerit Tanah dengan perasaan marah. "Kami cuma mahukan batu-batu ni sahaja" Balas Mike. Kemudian matanya berubah menjadi warna jingga sambil memandang tepat pada mata Tanah. Tidak lama kemudian Jam Kuasa Tanah tidak stabil dan menyebabkan Kuasanya menjadi lemah. "Apa dah jadi? "Tanya Lisa. "Jam Kuasa aku tak stabil..."

Mike ambil kesempatan melepaskan diri daripada cengkaman tanah itu. " Hei!"

...

"Kau okay Tanah? " Tanya Lisa kepada Tanah. "Aku okay cuma.....Jam Kuasa aku dah tak Stabil untuk hasilkan kuasa.. " Balas Tanah. Tidak lama kemudian Puteri Kasturi dan Raja Tanah berlari masuk ke dalam bilik itu. "Apa dah jadi? " Tanya Puteri Kasturi. "Dia dah dapat Batu Tanah tu! " Balas Lisa.
____________________________________

~Power Of Elements~
~The Elemental Stones~

Setelah mereka sudah sampai di dalam Istana. Mereka berdua dilepaskan daripada ikatan. "Apa kita nak buat ni? " Tanya Api kepada Petir. Secara tiba-tiba datang satu message daripada Tanah dalam Jam Kuasa mereka berdua.


Tanah
{Mereka dah dapat Batu Elemen Tanah.....Lindungi batu yang lain!}

Kemudian Api dan Petir hanya memandang satu sama lain kerana tidak tahu mahu berkata apa. Tidak lama kemudian Raja Api masuk ke dalam dewan tersebut dan duduk di kerusi dirajannya dan memandang ke arah mereka berdua.

"Apa kamu buat dekat Kerajaan ni? " Tanya raja api. "Kami datang dari Kerajaan Angin untuk memberikan pesanan daripada Puteri Kasturi... " Balas Petir. Raja api hanya mendengar penjelasan Petir. "Kami datang ingin melindungi Batu Elemen Api yang berada di dalam Kerajaan ini. Pada mulanya raja Api itu hampir percayai kata-kata Petir, tetapi malangnya dia mengubah fikiran.

"Kami berada dalam peperangan dengan Kerajaan Air.....kami tiada masa untuk mendengar cerita karut ni" balas raja api. Secara tiba-tiba Air menghantar mesej kepada Api dan Petir.

Air
{Kami bertiga dah dapat Batu Air}

"Mereka dah berjaya..." Bisik Api kepada Petir. Petir hanya tersenyum sambil memandang Api. Raja api bangun dari tempat duduknya. " Balik lah ke tempat asal kamu, kami tiada masa untuk mendengar cerita karut ni lagi... " Kemudiannya raja api tu mengarahkan pengawal-pengawalmya untuk membawa Api dan Petir keluar dari Istana. "Nanti! Kenapa korang semua berperang dengan Kerajaan Air?" Tanya Api. "Selepas kejatuhan Kerajaan Elemen, kami mahu bergabung dengan Kerajaaan Air untuk melindungi Batu Elemen Air dan Api daripada kerajaan elemen lain kerana sebab kecuaian mereka Kerajaan Elemen jatuh......Tetapi Kerajaan Air menolak tawaran kami dan menuduh kami gilakan kuasa" "Jadi, korang istiharkan perang dengan Kerajaan Air?..." Sambung Petir.

"Kalau macam tu, bawalah kitorang.....kami ni pakar elemental di tempat kami" Kata Api "Iyer, korang ada kelebihan Elemen Petir dalam tentera korang" Kata Petir. Raja api itu berfikir dahulu sebelum membuat keputusan. "Pengawal!  Masukkan mereka dalam penjara kapal" Arah raja api kepada pengawal di situ. Api dan Petir terkejut dengan tindakan raja api.

Power Of Elements | Book 3 | The Elemental StonesWhere stories live. Discover now