Earth Kingdom: Adventure Begins

519 28 3
                                    

A/N: Sorry, sorry, sorry, sorry!!🙏😫 Maaf sebab lambat Update!!
.............................................................

~Sebelum ini dalam Power Of Elements 3~

"Okay......Puteri Kasturi dan aku akan pergi ke Kerajaan Tanah.....Gopal, Fang dan Eddy akan ke Kerajaan Tumbuhan.......Ying dan Yaya akan pergi ke Kerajaan Air" Kata Boboiboy. "Macam mana dengan Kerajaan Api?" Tanya Yaya "Mengikut cerita yang Puteri Kasturi dan Ketua kampung tu ceritakan......Kerajaan Api dan Kerajaan Air hubungan mereka tak berapa baik...."

"Memang tengah berperang pun" Puteri Kasturi memotong percakapan Boboiboy

"Yer....tengah berperang.....jadi...aku juga akan berpecah lima, untuk bantu korang semua.

"Macam mana dengan aku?" Tanya Lisa yang masih berada di atas katilnya. Suasana menjadi senyap dan semua orang memandang Lisa. "Kau...tak boleh ikut Lisa......kau masih lemah" Kata Eddy yang duduk di sebelahnya. " Iya Lo.....Kamu kena banyak berehat" Kata Ying. "Aku okay! Aku masih mampu.....lagi pun aku bukannya ada sakit apa-apa" Kata Lisa sambil cuba untuk berdiri dari katilnya.

Boboiboy terdiam seketika sebelum menjawab. "Ok.....kau boleh ikut kami berdua" Kata Boboiboy kepada Lisa. "Boboiboy!" Jerit Eddy dengan perasaan marah. "Kenapa?! Selepas apa yang berlaku kat Lisa sebelum ni......kau nak tinggalkan dia sendirian?......Aku ingat kau ni kawan baik dia!" Balas Boboiboy dengan marah sambil mendekati Eddy.

" Sebab aku kawan baik dia lah aku nak dia tinggal di sini......kat luar tu bahaya!" Balas Eddy sambil menolak Boboiboy sedikit ke hadapan.

......................................................

~Power Of Elements 3~
~The Elemental Stones~

Setelah mereka sudah selesai mengemas barang yang mereka perlukan untuk pengembaraan mereka, mereka semua berkumpul di luar Istana. Setelah mereka sudah berkumpul.....mereka menyedari bahawa Puteri Kasturi tidak berada di situ.

"Mana Puteri Kasturi?" Tanya Lisa. Mereka semua hanya memandang satu sama lain sebelum mereka terdengar suara. "Kejap!.....aku dah siap" Kata Puteri Kasturi sambil keluar dari istana. Tiba-tiba Boboiboy dan rakan-rakannya terkejut dengan apa yang dilihat oleh mereka.

"Apa?" Tanya Puteri Kasturi

Rupa-rupanya Puteri Kasturi sedang memakai pakaian orang biasa dan bukannya pakaian kerabat diraja yang selalu dipakainya setiap hari.

"Kenapa? Ada yang tak kena dengan baju aku ni?" Tanya Puteri Kasturi kepada mereka semua. "Kenapa Puteri pakai baju tu?" Tanya Yaya. "Apa salahnya? Kita ni nak mengembara.....lagi pun, aku tak nak orang lain dapat nampak aku datang ke Kerajaan Tanah" Balas Puteri Kasturi. "Pakai lah apa yang Puteri nak" Kata Eddy

Setelah selesai, mereka semua turun dari pulau terapung Kerajaan Angin dan berhenti di sebuah simpang.

"Okay....kita akan berpisah di sini" Kata Puteri Kasturi dan kemudian memberikan isyarat kepada Boboiboy.

Setelah melihat isyarat tersebut, Boboiboy sudah tahu apa yang perlu dilakukannya.

{Boboiboy Kuasa Lima}

Boboiboy berpecah menjadi lima iaitu Tanah, Petir, Air, Api dan Daun. Kemudian dengan segera Tanah mengarahkan kembar-kembarnya untuk mengukut arahannya.

"Okay, sekarang ikut arahan aku......Daun, kau akan ikut Gopal, Fang dan Eddy ke Kerajaan Daun" Kata Tanah

"Yey!!! Lepas ni boleh lah aku main dengan Eddy!" Jerit Daun dengan gembira dan kemudian datang mendekati Eddy. " Lepas ni kita cuba kombo kuasa nak? Kuasa kita kan sama"

Power Of Elements | Book 3 | The Elemental StonesWhere stories live. Discover now