Split Up

534 29 11
                                    

~Sebelum Ini dalam Power Of Elements 3~

"Kau ada perasaan tak dekat Lisa?......."

Boboiboy terkejut dengan persoalan yang ditanyakan oleh Yaya. Boboiboy perlu berfikir seketika sebelum dapat menjawab pertanyaan itu. "Aku suka dia........tapi suka sebagai sahabat baik.....tidak lebih dari itu." Balas Boboiboy.

......

Tidak lama selepas itu, Mata Lisa berubah menjadi Warna Unggu dan kemudiannya, Lisa dapat mendengar bisikan sedang memanggilnya.

" Lisa......."

Lisa ketakutan setelah dia mendengar bisikan itu. Tiba-tiba Kuasa Kegelapan mengelilingi Lisa. Lisa tidak tahu membuat apa-apa. Secara tiba-tiba badan Lisa berasa sakit yang teramat sehingga Lisa tidak mampu menahannya.

......................................................

~Power Of Elements 3~
~The Elemental Stones~

Lisa tersedar dari pengsan dan manyedari yang dia berada di dalam sebuah bilik. Lisa cuba mengingati apa yang telah berlaku tetapi dia tidak mengingati apa-apa.

Tidak lama kemudian, pintu bilik itu terbuka dan seorang lelaki datang masuk ke dalam bilik itu.

"Lisa!!"

Rupa-rupanya lelaki itu ialah Boboiboy. "Korang! Lisa dah sedar!!" Jerit Boboiboy sebelum dia berlari dan memeluk Lisa. Lisa berasa terkejut dan tidak memahami apa yang berlaku.

Tidak lama kemudian, Yaya datang masuk ke dalam bilik itu. Dia terkejut setelah dia melihat Boboiboy dalam keadaan memeluk Lisa ketika itu. Setelah Boboiboy menyedari Yaya berada di dalam bilik itu, Boboiboy melepaskan pelukannya.

"Aku masih tak pasti apa yang Boboiboy cakap semalam......Betul ke yang dia tak ada perasaan Kat Lisa" Kata Yaya dalam hatinya

Kemudiannya Eddy, Ying, Fang dan Gopal turut masuk ke dalam bilk itu. "Lisa! Kau OK ker?" Tanya Eddy sambil berlari me bilik Lisa. "Aku ok....tapi apa yang berlaku sebenarnya?" Tanya Lisa. "Kau.....tak ingat apa-apa ker?" Tanya Boboiboy.

Lisa menggelengkan kepalanya. "Kita dah tak Ada masa lagi......kita kena cari Batu Elemen yang lain." Kata Puteri Kasturi yang masuk secara tiba-tiba ke dalam bilik itu. "Oh....Hai Lisa! Kau dah sedar!" Kata Puteri Kasturi setelah dia melihat Lisa.

Lisa hanya ketawa kecil sambil menggaru belakang kepalanya. "Jadi....tak Ada seorang pun yang bagitahu apa yang jadi Kat aku semalam.." Kata Lisa. "Dia tak ingat apa-apa?" Tanya Puteri Kasturi. Boboiboy dan yang lain hanya menggelengkan kepalanya.

"Okay.......memandangkan korang semua ada di sini.....aku nak bagitahu yang kita kena segera bagi amaran dekat Kerajaan Elemen yang lain pasal Ahli Sihir tu" Kata Puteri Kasturi cuba untuk menukar topik. "Kenapa tak hantar surat jer kat kerajaan tu?" Tanya Fang.

"Saya tak boleh......selepas Zaki tangkap penduduk kat Kerajaan Tanah untuk cari korang Boboiboy dan Lisa sebelum ini......Kerajaan Angin dah tak boleh berhubung dengan Kerajaan lain." Jelas Puteri Kasturi. "Habistu macam mana?" Tanya Ying.

Suasana menjadi senyap sehingga lah Boboiboy memberi cadangan. " Ok.....kita tak ada pilihan lain, kita kena berpecah ikut Kerajaan." Kata Boboiboy. " Berpecah?....Apa maksud kau" Tanya Eddy. " Kita tak boleh pergi ke lima-lima Kerajaan sekali gus.....itu melambatkan masa, jadi kita kena berpecah." Jelas Boboiboy. Setelah semua orang mendengar penjelasan Boboiboy, barulah mereka setuju dengan cadangannya.

"Okay......Puteri Kasturi dan aku akan pergi ke Kerajaan Tanah.....Gopal, Fang dan Eddy akan ke Kerajaan Tumbuhan.......Ying dan Yaya akan pergi ke Kerajaan Air" Kata Boboiboy. "Macam mana dengan Kerajaan Api?" Tanya Yaya "Mengikut cerita yang Puteri Kasturi dan Ketua kampung tu ceritakan......Kerajaan Api dan Kerajaan Air hubungan mereka tak berapa baik...."

"Memang tengah berperang pun" Puteri Kasturi memotong percakapan Boboiboy

"Yer....tengah berperang.....jadi...aku juga akan berpecah lima, untuk bantu korang semua.

(A/N: Eh bukan ker kt Boboiboy Galaxy Boboiboy hanya boleh pecah tiga? 😑)

"Macam mana dengan aku?" Tanya Lisa yang masih berada di atas katilnya. Suasana menjadi senyap dan semua orang memandang Lisa. "Kau...tak boleh ikut Lisa......kau masih lemah" Kata Eddy yang duduk di sebelahnya. " Iya Lo.....Kamu kena banyak berehat" Kata Ying. "Aku okay! Aku masih mampu.....lagi pun aku bukannya ada sakit apa-apa" Kata Lisa sambil cuba untuk berdiri dari katilnya.

Boboiboy berdiam diri kerana berfikir sama ada mahu Lisa ikut mereka ataupun tinggal di istana. Kemudian Boboiboy melihat Jam Kuasa Lisa yang separuh darinya sudah menjadi hitam.

Flashback (Mimpi Boboiboy)

Boboiboy melihat mata Lisa berwarna Unggu seperti bahagian gelap juga sudah menguasai badan Lisa. "Tolong jangan buat macam ni Lisa! Aku ni kawan kau!" Kata ilusi Boboiboy sambil undur ke belakang, badannya cedera parah dan sukar untuknya berdiri. "Kau yang buat macam ni dekat aku, ini semua salah kau!" Jerit Lisa sambil mengeluarkan pedang petir ditangannya. Tampa berbuang masa, Lisa menikam ilusi Boboiboy sehingga mati.

"Inilah yang terjadi jika kamu gagal, Boboiboy" Kata Luna iaitu Jam Kuasa Boboiboy dalam bentuk manusia.

End Flashback

Boboiboy terdiam seketika sebelum menjawab. "Ok.....kau boleh ikut kami berdua" Kata Boboiboy kepada Lisa. "Boboiboy!" Jerit Eddy dengan perasaan marah. "Kenapa?! Selepas apa yang berlaku kat Lisa sebelum ni......kau nak tinggalkan dia sendirian?......Aku ingat kau ni kawan baik dia!" Balas Boboiboy dengan marah sambil mendekati Eddy. " Sebab aku kawan baik dia lah aku nak dia tinggal di sini......kat luar tu bahaya!" Balas Eddy sambil menolak Boboiboy sedikit ke hadapan.

"Fuyoo....Drama pagi" Gopal cuba buat lawak kepada Fang yang berada di sebelahnya.

Fang: 😑😑😑

Lisa dengan pantas berlari dan berdiri antara Boboiboy dan Eddy, cuba untuk meleraikan pergaduhan itu. "Dah!! jangan gaduh!" Kata Lisa. Kemudiannya barulah Eddy dan Boboiboy mendiamkan diri, tetapi tidak memandang satu sama lain. "Okay......sekarang mari kita fokus dalam perancangan kita." Kata Boboiboy cuba untuk menukar topik. "Aku berpecah menjadi lima, iaitu Tanah, Petir, Daun, Api dan Air."

(A/N: Eh Boboiboy ada kuasa Air kat Boboiboy Galaxy?? 😕)

Tanah akan ikut Puteri Kasturi dan Lisa ke Kerajaan Tanah.....Daun akan ikut Fang, Gopal dan Eddy ke Kerajaan Tumbuhan.....dan Air akan ikut Ying dan Yaya ke Kerajaan Air.....dan Petir dan Api akan pergi ke Kerajaan Api....faham!" arah Boboiboy kepada mereka semua.

Mereka semua faham dan terus pergi siapkan barangan mereka yang ingin bawa dalam pengembaraan mereka itu.

.............................................................

A/N: Hey semua! Yeah! Dapat jugak aku siapkan Chapter ni masa cuti ni 😅 Yeah!

Power Of Elements | Book 3 | The Elemental StonesDonde viven las historias. Descúbrelo ahora