BAB 5

1.1K 48 0
                                    

Cuaca yang sejuk pada pagi sabtu  itu membuatkan aku rasa nak terus bergelumang dalam selimut ni .

"NUR QISTINA!!! BANGUNNN!!!" Jerit Puan Zahra.

"Ermm yela yela Qis bangun ni " kataku sebelum kembali memejamkan mata.

Eh sedap kau tido eh .

"Astaga ini budakk kalau cuti takda makna nak bangun awal hish." Kata Puan Zahra lagi.

Patutlah dari tadi tak turun turun hmph nak kene budak ni

1

2

3

Bushh!!!

"Ma banjir! Banjir!! " kataku dengan gelabah sambil melompat turun katil dan meluru ke arah almari nak pack baju sebab kononnya banjir.

Puan Zahra sudah mengekek - ngekek ketawa melihat perangai anaknya itu . Ha tulah liat lagi nak bangun kan dah kena mandi .

"Mama! Apenii basah katil Qis "

"Padan muka lain kali tidur balik eh nanti mama humban kamu dalam kolam itik kat depan rumah tu"

Well rumah Qis ada bela itik gais.

"Dah pergi siap cepat lepastu turun makan ."

"Hmm yela "

Aku segara berlalu dan mengambil towel pink yang elok tergantung di  sebalik pintu sebelum masuk ke dalam bilik air.
-------------------------

Aku mengenakan seluar track dengan T - shirt lengan panjang dan rambutku yang panjang hanya diikat ponytail. Tudung?  Buat ape duk rumah je pon . Well memandangkan hanya aku dan mama ku sahaja yang tinggal di rumah ni. Ayah aku? Entah aku pun tak tau dia kat mana sekarang ni cuma yang mama pernah bagitau aku yang ayah aku ni dulu seorang tentera laut dan selepas itu dia menghilang macam tu je .

Selepas bersiap aku turun ke bawah untuk menikmati sarapan.
Ceh tau makan je tolong taknak.

"Hai mama good morninggg" kataku dengan bahagia sambil mendepakan tangan seluas yang mungkin.

Acah titanic skit.

"Morningg my pwincess " Puan Zahra juga meniru perbuatan Qistina sebentar tadi . Acah titanic.

Well perangai anak beranak ni sama ja . Baguslah tu  .

Kedua- dua beranak itu bergelak ketawa setelah melakukan drama import di tengah dining room itu.

"Ermm sedapnya bau " kataku sambil mencedok nasi lemak ke dalam pinggan .

Nasi lemak mama is the best !

"Ha makanlah mama buat khas untuk anak mama ni "

"Hehe thank you maa " kata ku sambil menyuap sesenduk eh maaf sesudu nasi lemak ke dalam mulut.

--------------------------

Selepas sarapan aku berniat untuk menonton tv je . Takde keje lain nak buat. Asal nak buat ni mama larang kata takpayah nak tolong basuh pinggan kata aku nanti basuh tak bersih nak tolong basuh baju kata nanti habis baju tu rosak . So melepaklah aku kat depan tv ni sambil ketawa macam langsuir.

Tengah syok layan cerita School 2017, bunyi pulak notification kat phone aku .

From: Mamat Pervert -,-

Woi minah kau nak aku berjanggut tunggu kau ke apa kat luar ni ?

                                     
                                Eh luar mana ni ?

kawan ke kahwin?Where stories live. Discover now