BAB 16

731 21 3
                                    

"Weh Fasha kau jangan buat main dengan benda alah tu." Terketar-ketar suara ku apabila Fasha menghampiriku dengan pisau di tangan. Kini aku tak mampu untuk buat apa-apa kerana aku telah diikat di sebuah kerusi kayu yang agak usang. Tangan dan kaki ku juga sudah siap diikat kemas.

"Why? Takut? HAHAHA ingat berani sangat kau ni." Senyuman sinis dilemparkan.

"You know what? Aku dah lama tak puas hati dengan kau sejak dulu lagi. Masa form 1 sebelum kau pindah sini aku yang paling popular dekat sini. Semua orang puji aku tapi sejak kau datang semua sibuk dekat kau pulak. Aku sabar. But bila Firdaus pun asyik melekat dengan kau aku rasa tercabar Qistina! Kau rampas dia dari aku!

--And aku rasa untuk perempuan perampas and murah macam kau tak layak pakai tudung ni!"

"Fasha jangan!" Tudung yang selama ni menutup mahkota aku , aurat aku kini direntap dengan agak kasar dari depan dan aku dapat dengar bunyi jahitan terkoyak. Dapat aku rasa air bertakung di tubir mata.

"Alolo nak nangis eh ? Heh nangis lah aku tak kesian pun. But i think better kau simpan sikit air mata kau tu untuk benda yang akan aku buat kejap lagi."

"Sekurangnya aku tak pernah lah show off body aku untuk dapatkan laki macam kau! Aku masih ada maruah! Kau yang murah Fasha bukan aku! And bukan salah aku kalau Fir dekat dengan aku. You better looks at yourself first."

Pang!

Aku terteleng ke tepi boleh tahan kuat jugak eh minah ni tampar aku. Darah yang mengalir di tepi bibir akibat ditampar aku kesat di bahu.

"Kau jaga sikit eh mulut kau!"

"So kalau aku taknak jaga kau nak buat apa? Mulut aku kan?" Balasku walaupun bibir aku sakit setiap kali aku bercakap.

Mukanya sudah merah padam menahan rasa marah. Namun itu hanya sementara sebelum bibirnya mengukir senyuman yang manis. Tapi kenapa aku nampak creepy semacam?

"Kalau pisau ni aku toreh sikit kau muka kau apa jadi eh? Tapi nanti orang nampak so aku buat kat lengan eh? Boleh?" Dia mengisyaratkan matanya kepada dua orang gadis yang sejak tadi setia di belakangku. Blazer yang menutup lenganku di selak ke atas dan menampakkan lenganku yang agak putih.

Menyesal aku pakai kemeja pendek kat dalam harini.

Dia yang masih dengan senyuman mendekati aku. Pisau di tangannya di letakkan di tangan aku dan ditekan kuat. Darah merah mula mengalir sedikit. Kemudian ditarik pisau itu ke bawah dan membentuk satu garisan yang panjang. Darah keluar dengan agak banyak.

Aku mendesis pedih. Sakit weh. Rasa dia macam kau kena friendzone dengan crush sendiri ha gitu. Aku tau takda kena mengena lol. Saja buat lawak nak hilang sakit .

"Best? Nak lagi?"

Soalan tahi apakah yang kau tanya ni woi?

"Sakit lah bahalol." Kang kalau dikata best cakap aku ni psycho.

"Sakit? Sakit lagi hati aku. Haha ni baru sikit Qistina aku boleh buat macam macam lagi dekat kau. Heh." Tangannya sengaja ditekan di atas lengan Qistina yang baru sahaja ditoreh.

"Sakitlah!" Aku mendesis menahan kesakitan.

"Hahaha you better watch out girl." Dia berjalan meninggalkan aku yang masih terikat di kerusi ini. Dua orang suruhannya itu juga pantas mengikut jejak langkahnya itu.

"Aduh dah lah kau toreh tangan aku lepastu kau tinggalkan aku kat sini sorang sorang. At least kau buka lah ikatan ni woi!" Marah ku sendiri. Tangan kanan ku cuba untuk melonggarkan ikatan.

kawan ke kahwin?Where stories live. Discover now