BAB 17

356 6 0
                                    

"Weh Mai mana Qis doh dari tadi balik lagi. Dah lah aku kena kaw kaw dengan cikgu tadi sebab explaination berterabur." Semua sudah sedia maklum bahawa Firdaus memang tak boleh buat presentation sorang . Selama ni semua kerja yang melibatkan kumpulan atau pembentangan mesti dengan Qistina.

Soulmate foreber lah katakan.

"Entah kau Fir . Sejak bila sel darah merah lawan bakteria pun aku tak tau . Syiah mana kau ikut ni doh?" Bidas Mai yang duduk dibelakang Firdaus bersebelahan dengan Qayyum . Manakala tangannya ligat menulis nota . Budak pandai ni .

"Alah aku nebes ah tau tak nebees?" Kepala dijengukkan ke luar pintu berharap agar Qistina akan balik ke kelas.

"Ei mana dia ni tadi satu sekolah aku cari tak jumpa pun. " Rambut dikusutkan. Dia bangun dari duduk dan berjalan kemudian dia berpatah balik dan mengulang aksi yang sama.

Qayyum yang melihat telatah Firdaus hanya mampu tergelak di dalam hati. Sayang kau eh dekat Qistina tu . Dah macam bapak hilang anak aku tengok hahaha.

Bosan melihat Firdaus dialihkan kepala ke sisinya untuk memerhati Mai.

"Eh Mai kau tulis apa tu dari tadi aku duk perati kau menulis je . Tak tembus ke kertas tu?" Qay mendekatkan kepalanya ke arah Mai yang sedang menulis .

"Eh blah lah sibuk je." Muka Qayyum ditolak menggunakan pen yang berada di tangan.

"Hek eleh aku usha sikit je pun. Itupun nak bising. Hmph!" Qay terus bangun lalu duduk di tempat Qistina.

Majuk ah gini.

"Eleh nak merajuk bagai macam budak kecik. Siapa jela nak pujuk tenuk macam kau ni." Alahai Qayyum badan macam Aaron Aziz tapi perangai macam Sajat. Takda class uolls!

Qayyum hanya menjeling dan mengangkat tangan ke bahu tanda tidak kisah akan kata-kata Mai tadi.

"Ha Fir ntah - ntah kan --" Badan sudah dipusing menghadap ke arah Firdaus.

"Apa? Kau nak cakap yang pengetua masuk minang Qistina?" Terus Firdaus membalas tanpa menunggu ayat penuh daripada Qay.

"Tak ah . Aku takut dia buat tiktok dengan pengetua je." Selamba dia berkata sambil tangannya duk main pencil box milik Qistina.

"Tiktok kepala kau !"

"Aku cakap je." Tangannya pantas mencari pensel dan menulis sesuatu di atas buku teks Biologi milik Qistina.

Qistina gemokkk :3
Qistina 💓 Firdaus

Ni kalau minah tu balik memang mati kau Qayyum .

"Assalamualaikum ." Ya dan itu dia seorang gadis melayu yang cantik menawan yang menarik hati ewahh-- ok terlebih , masuk ke dalam kelas dengan lagak seperti model dewi remaja yang baru lepas kena reject.

"Ha tu makwe kau dah balik. Kau pergi ah tanya dia mana tau betul dia buat tiktok gelek gelek tu ke kan?" Qay mengusik lalu bangun dan kembali ke tempat asalnya.

"Eh pandai pulak kau balik." Perli Mai.

"Alah diamlah kau." Lantas kepala dibaringkan ke atas meja dengan beralaskan lengannya.

"Woi minah mana kau pergi ha sengal?" Firdaus lantas mengajukan sialan -- erm typo, soalan kepada Qistina yang baru nak menghirup oksigen di dalam kelas tersebut.

Manakala Qistina sedaya upaya menyorokkan tangannya yang luka akibat torehan daripada dikesan oleh Firdaus serta Mai. Sesekali kepalanya ditoleh ke belakang untuk memberi isyarat kepada seorang manusia yang berada tidak jauh dari kelas.

kawan ke kahwin?Where stories live. Discover now