BAB 8

859 43 3
                                    

Morning Glory Art Highschool

Areef POV

"Reef , ingat cakap mama tau jaga diri baik- baik , jangan lawan cakap cikgu.Ingat most important--"

"Make friends not enemies. " sambung Areef. Agaknya ni dah kali ke - 55  mamanya mengulang perkara yang sama .

"Tau pun. Dah take care tau . Arini kelas habis pukul 3.30 petang kan?" Tanya Datin Suraya .

"Ye ma . Reef bukan budak lagi laaaa.."

Dude aku dah Form 4 kut 😒

"Ha yela yela dah cepat salam mama." Kata Datin Suraya seraya itu dia menghulurkan tangan.

Selepas menyalam tangan mamanya Areef terus bergerak masuk ke dalam sekolah itu .

"Hmm lawa jugak sekolah ni. " kata ku sendiri.

Sedang aku asyik melihat sekitar sekolah itu tiba- tiba ada seorang perempuan terlanggar aku.

"Err sorry weh ." Ucap perempuan itu sambil kepalanya ditundukkan ke bawah.

'Eh cam kenal je suara.' Bisik hati kecilku.

"Eh takpa awak tak sengaja pun kan. "

Serentak itu perempuan mengangkat wajahnya dan aku terkaku.

"Piqa?!"

"Yo!"

"Eh serious lah ni kau! Bapek ah lama seh tak jumpa kau!" Kataku dengan teruja. Yela kawan lama kott.

"Ha yela ni aku lah ni . Kau lah asyik tengok sekeliling sampai aku yang duk terlambai- lambai kau pun tak perasan. Tu yang sengaja langgar kau tu haha."

"Tak guna ah kau."

"Ha ni kau kelas mana? "Tanya Piqa.

"4 Roses"

"Lah tak sama kelas lah ni.. Aku 4 Dahlia"

"Ha kalau camtu rehat nanti kita sembang lagi eh."

"Ha ok bye weh!" Katanya sambil berjalan menuju ke kantin.

"Ha sekarang mana aku nak pergi . Duh pehal lah aku tak tanya Piqa tadi kelas katne . Dahlah sekola besar gila bapak. Buatnya aku tersesat kang." Bebel ku sambil aku berjalan mencari kelasku.

-------------------
Selepas setengah jam aku buat school tour kat sekolah tu finally aku jumpa kelas aku .

'Sempat tak eh aku masuk dah lambat kot.'  Bisik hati aku. Sebelum kakiku menuju ke arah kelas yang senyap . Ada cikgu lah tu.

"Tok tok"

"Ouh awak ni pelajar baru eh . Ni lambat mesti awak sesat kan." Kata cikgu tu .

Aish macam tau tau je aku sesat.
Aku hanya mampu menayangkan senyuman yang mencairkan pelajar- pelajar perempuan di dalam kelas itu .

"Ha marilah masuk. Jangan risau majoriti pelajar yang baru masuk akan sesat kat sekolah ni. Al maklum lah sekolah ni besar gedabak. Ha sila kenalkan diri kamu di hadapan rakan- rakan baru kamu."

Hee pandai cikgu melawak ye -,-.

Aku berjalan masuk ke kelas itu. Dan aku dapat menangkap beberapa pelajar perempuan yang dah tergedik- gedik bila pandang muka aku.

Ceh kau perasan la Reef 😒.

"Ermm.. Hye my name is Muhammad Areef Naufal Bin Muhammad Zakri. I'm from USA and nice to meet you all." Kataku dengan lancar. Ehem baru masuk speaking lah sikitt.

kawan ke kahwin?Where stories live. Discover now