BAB 13

715 38 1
                                    

Aku tersentak. Ah sudah.

"Err.." Aku menggosok belakang tengkuk. Aduh apa aku nak cakap ni.

Terus terang jelah..

Tapi-

Tak payah nak tapi jujur je lah..

Hish yela.

"Er mata aku ni sebenarnya memang warna biru. Aku warisi mata mak aku. "

"Tapi bukan kat sekolah warna hitam ke? "

Takde soalan lain ke kau nak tanya Qis?!

"Erm tu.. tu aku pakai contact lens."

Aku tengok dia hanya menggangukkan kepalanya dan kembali melihat skrin telefonnya.

"Nah cik, encik air." Kata pelayan yang bernama Ilham itu sambil meletakkan air yang dipesan. Usai sahaja dia meletakkan air terus dia meminta diri untuk pergi. Heh nampak sangat dah kecut hahaha.

Air yang terhidang aku sedut dengan penuh nikmat. Er sedut? Macam pelik je bunyi hahahaha.

"Fir kau ni anak tengku eh?"

"Uhuk! Uhuk! W-weyh..nak mampus dah ni.! Uhuk!"

"Eh! Weyh! Kau okay tak ni?! Janganlah mati dulu siapa nak bayar ni nantiii?!"

Ceh itu yang kau risaukan -.-

"Uhuk! Uhuk! Ti..tisu..uhuk!"

Gelabah dia mencapai tisu untuk diberikan kepada aku. Tersedak aku bila dengar soalan maut tu. Nasib tak tersembur je.

"Kau..kau okay tak?"

"Ehem! Hm ha o-okay.."

"Kenapa kau tersedak macam nak mati ni? Betul ke kau anak tengku?"

"Err sebab kau lah pergi tanya soalan merepek macam tu kat aku dah kenapa? Memang taklah aku ni anak tengku kan..?"

"Hm--"

"Weyh Qis!" Jerit seseorang dari belakang. Suara macam Mai tapi-- sebelah dia tu siapa?

"Woi kau sedap- sedap dating lupa kat aku eh?

"Eh kau mana ada aku dating-- ni ha si Fir yang tarik aku ajak makan."

"Woi bro! Lama tak jumpa!" Dia menghulurkan tangan untuk bersalam denganku tapi aku hanya membiarkan sahaja dan dibalas dengan jelingan.

Suasana sunyi seketika. Cengkerik pun datang lalu membuat bunyi. Krik krik krik..

Qistina POV

"Err Mai eh duduk lah join kitorang sekali." Kataku memecah kesunyian. Mamat dua ekor ni dah kenapa?

Mai mengambil tempat di sebelahku manakala Areef duduk di sebelah Firdaus. Setelah itu dia memberikan pandangan; kenapa-kau-ajak-dia-join-sekali?!

Aku membalas; dahtu-kau-nak-aku-campak-dia-kat-mana?!

Suruhlah-dia-pergi-dekat-meja-lain!

Masalah-kau-apa-sekarang-ni?!

"Korang okay tak ni ? Duk tenung macam nak makan. Kalau lapar pun takyah lah gitu. Lek lek." Kata Mai sambil tangannya memanggil pelayan itu membuat pesanan.

"Waiter!"

"Yes miss." Segera pelayan itu datang ke meja kami. Hm nasib perempuan. Kalau lelaki agaknya dah kena campak dengan Firdaus.

"Qis kau dah orde--"

"Dah. Takkan kau tak nampak air kat depan kitorang ni. Buta dah?" Firdaus menjawab tanpa melihat sedikit pun ke arah Areef. Matanya masih melekat dengan iphone miliknya.

kawan ke kahwin?Onde histórias criam vida. Descubra agora