Bab 3 - pertemuan

903 54 1
                                    

Farah berdiri sendirian di penjuru ruangan menyambut tetamu sambil berharap ada seseorang menegurnya.

"Hai Farah, sorang je?" Tegur salah seorang manager dari Marinars Holdings.
"Eh hai Encik Zaril. Encik Zaril pun ada?" Tanya pula Farah soalan Zaril tidak dijawabnya.
"Eh mestilah kena ada..kalau tidak hambarlah dinner2 syarikat kita ni." Zaril cuba berseloroh dgn Farah. Farah hanya tersenyum. Mereka agak rapat tapi tidaklah rapat mana.
"Jom Farah kita makan dulu?" Ajak Zaril. Farah hanya mengangguk.

"Farah dah lama single?" Tanya Zaril dgn riak wajahnya yg tertanya2. Memang sudah lama dia perhatikan Farah. Farah yg hampir tersedak, cepat2 menahan mulut dgn tangannya.
"Saya masih belum jumpa jodoh, Encik Zaril." Jawab Farah selamba.
"Tak perlulah ber-encik-encik dgn saya Farah. Panggil saya Zaril saja cukup." Balas pula Zaril. Farah hanya senyum.
"Bukan apa Farah..awak ni cantik sopan je saya tengok. Takkan takda kumbang yg melekat pada bunga secantik ini?" Ujar Zaril lagi seolah-olah cuba memikat Farah.
"Takdalah saya biasa aje Zaril.." balas Farah.
"Kalau awak tak kisah saya boleh masuk minang." Balas pula Zaril. Kali ini Farah betul2 tersedak. Zaril yg perhatikan Farah lekas dia menghulurkan tisu kepada Farah.
"Maaf Farah..saya..hanya.. bergurau aje." Gagap Zaril cuba menenangkan Farah. Muncul rasa serba salah diwajahnya.
"Eh takda apa..Zaril. Saya ok. Saya minta diri ke washroom sekejap ya." Pinta Farah dan berlalu menghilangkan diri dari pandangan Zaril. Zaril yg masih berdiri seakan terpinga2.

Air oren yg tertumpah ke baju Farah semasa minum tadi dilapnya dgn tisu basah. Dipandangnya bajunya yg mulai kelihatan basah dgn tisu tadi. Muncul wajah kesalnya dgn soalan Zaril sebentar tadi.
"Sibuk apa Zaril ni dgn aku. Sebelum ni takda pulak sibuk kau tanya pasal aku." Bebel Farah kecil. Tidak perasannya kelibat seorang wanita berdiri disebelahnya sedang mecuci tangan.
"Do you need tissue?" Sapa wanita itu.
Farah yg separuh terkejut dgn kehadiran wanita itu hanya mengangguk-angguk.
Dihulurnya beberapa helaian tisu kpd Farah. Farah menyambutnya dgn terima kasih. Wanita itu hanya tersenyum sinis. Farah terpinga2 mengelap bajunya.

Selesai bersalaman dgn manager2 besar Marinars Holdings, Zaril terlihat Farah terpusu2 keluar dari Hotel. Dia mendapatkan Farah.

"Cik Farah saya minta maaf soal kejadian tadi." Pinta Zaril sambil menunjukkan wajah kesalnya.
"Takpalah Zaril saya takda apa apa." Balas Farah sengaja tidak mahu panjangkan cerita.
"Sayang...jom kita gerak?" Sapa wanita yg entah mana datangnya. Farah mengamati wajah wanita itu yg menolongnya di washroom tadi.
Zaril hampir terkejut memandang wanita itu kemudian memandang Farah pula.
"Err..Farah..kenalkan ini..tunang saya, Juhaina." Zaril gagap memperkenalkan wanita itu sebagai tunangnya.
"Hai saya Farah rakan sepejabat Encik Zaril." Farah kelihatan teruja sebenarnya dgn kehadiran wanita tersebut yg bersalaman dengannya.
"Okayy Farah, excuse us." Balas wanita itu dgn lagaknya tapi masih mengukirkan senyuman.
Zaril dan tunangnya hilang dari pandangan Farah. Farah agak terkejut rupanya si Zaril sudah berpunya tapi masih cuba memikatnya. Lelaki.

Kelakar jugak Zaril ni..haihh..tapi tunangnya tu..
detik dihati Farah mengulang kembali wajah tunang Zaril tadi seolah-olah mengingatkannya dgn seseorang. Akhirnya Farah buang saja perasaannya itu lalu memandu pulang kerumah.

* * *

Dihujung minggu selalunya Farah keluar bersiar-siar dgn Isya ke bandar. Tapi hari ini, Farah keluar bersendirian tanpa Isya yg khabarnya ada hal dgn keluarganya.

"Hish siapa pulak yg block kereta aku ni. Macam mana aku nak balik ni."

Bebel Farah sendirian. Mata Farah meliar mencari tuan kereta Audi yg parkir dihadapan keretanya. Setelah beberapa minit kelihatan seorang yg tergesa-gesa mendekati kereta Audi itu. Farah mendekati wanita itu.

"Maaf cik..kereta cik ni parking kat tempat yg tak sepatutnya." Tegur Farah memandang wanita yg tertunduk2 mencari sesuatu di dlm tas tangannya.
"Maaf..saya parking sekejap sini sbb ada urusan." Balas wanita itu lalu mendongak memandang Farah yg perhatikannya.
"Eh cik Juhaina?" Farah tersenyum melihat wanita itu rupanya tunang si Zaril.
"Oh cik Farah?" Lancar pula Juhaina mengingati Farah yg baru berkenalan semalam.
"Cik Juhaina ada urusan kat sini jugak ke?" Tanya Farah.
"Ya cik Farah..itu yg saya parking sekejap sini. Maaflah kalau saya menyusahkan cik Farah."
"Takda lah. Saya pun baru je sampai. Cik Juhaina terburu2 ke?" Tanya Farah lagi.
"Tak jugak. Lega saya dah settle tadi. Jom kita minum2 dulu." Balas Juhaina yg kali ini mengajak Farah utk keluar minum bersamanya. Farah tidak menolak malah teruja mendengarnya.

Beberapa minit keadaan menjadi sunyi. Farah menghirup air jus tembikai kegemarannya sambil cuba mencari idea utk berbual dgn Juhaina.

"Cik Juhaina seorang je ke?" Farah cuba memulakan perbualan kosong.
"A'ah. Zaril dia ada hal dgn client harini." Balas Juhaina.
"Ohh..Encik Zaril tu memang sibuk orangnya." Balas pula Farah. Dilihatnya Juhaina menundukkan mukanya cuba menyorokkan wajah sedihnya.
"Err..maaf lah kalau saya tersilap cakap cik Juhaina." Teragak-agak Farah melontarkan suaranya.
"Takdalah. Zaril mmg macam tu." Juhaina kembali memandang Farah. Dia hanya senyum pahit.
"Apa kata lepas minum kita jalan2 nak?" Ajak Farah cuba meredakan kesedihan diwajah Juhaina.
"Awak tak busy ke?" Tanya pula Juhaina namun muncul keterujaan diwajahnya.
"Tak, awak..jom ikut saya." Lantas Farah menarik tangan Juhaina tanpa melihat wajah Juhaina yg memandang tepat tangannya yg dicapai oleh Farah. Namun sempat Farah menyelitkan wang ringgit di bawah gelas air jusnya dan berlalu meninggalkan cafe tersebut.

Dari tadi Juhaina buntu kemana agaknya si Farah membawanya bersiar-siar. Walaupun jelas mimik mukanya yg bingung tapi masih terlihat keterujaan Juhaina.

"Tadaaa..haa.. nilah tempatnya. Suka tak?" Farah lepaskan genggaman Juhaina sambil memperlihatkan suasana tenang itu.
"Awak bawak saya kesini?" Tanya Juhaina
"Ya..awak tak suka?" Kini tanya pula Farah yg dari tadi seolah2 dia sahaja yg teruja.
"Gila tak suka! Ni lah tempat yg dah lama saya nak pergi!" Jerit Juhaina kearah bawah bukit yg terpampang sebuah kampung dibawah dan terlihat bandar-bandar tegak berdiri dari jauh.

Juhaina terus memeluk Farah yg dari tadi asyik melihat reaksi Juhaina. Agak lama mereka berpelukan ditemani angin yg bersahaja melewati kedua-dua tubuh itu.
Kemudian Juhaina melepaskan tubuh yg dipelukinya itu sambil mendongak tersenyum sipu memandang Farah yg sudah lama tersengih.

Juhaina kembali melihat jauh ke pemandangan yg tenang dan nyaman itu. Pada petang itu, langit dan bumi dapat menyaksikan pertemuan dua insan yg tidak pernah terduga itu.

.
.
.

Hey gaiss suka tak chapter kali ini
Kalau suka
Vote tauu ^^

.
.
.

Mimpikah Cinta Where stories live. Discover now