Bab 10 - putus

703 40 0
                                    

Farah POV

Jiwa aku terasa sakit apabila melihat cara layanan Juhaina pada aku. Jahat sangatkah aku dimata dia? Kalau aku bukan di ofis entah-entah air mata aku dah berderai jatuh.

Aku kembali duduk dimejaku. Cuba menenangkan perasaanku dan fikiranku akan perbualan dengan Juhaina tadi. Kenapa aku sedih melihat cara dia melayan aku? Seolah aku hanya orang asing yg cuba merampas tunang dia.

Bukankah aku kawan dia juga? Aku tak faham kenapa dia tiba-tiba berubah secara drastik macam itu. Padahal aku sudah memberitahu dia akan alasanku tidak dapat menunaikan janji padanya. Apa dia masih belum memaafkan aku?

Aku tahu aku tak patut keluar dengan tunang orang. Tapi Zaril, aku hanya anggap dia macam kawan aku saja. Tapi yalah salah aku jugak yg mengada-ngada nak keluar dengan Zaril. Memang itu kali pertama dan kali terakhir lah nampaknya aku keluar dengan Zaril.

. . .

Juhaina POV

Aku keluar dari lift dan mencari kunci keretaku didalam beg tangan. Aku tarik keluar dan menuju ke keretaku.

Dari jauh aku melihat ada seorang lelaki mengejar seorang perempuan. Aku mengamati lelaki itu. Zaril.
Aku memandang perempuan itu pula. Farah.

Dari jauh aku ternampak yg Farah cuba mengelak dari dikejar Zaril. Aku yg disebalik keretaku merenung mereka berdua dari jauh. Aku cuba mendengar perbualan mereka.

"Sorry Zaril i dah lambat." Ujar Farah yg terus masuk kedalam kereta.

Aku melihat Zaril yg cuba menahan Farah namun hampa Farah sudah meninggalkan parking lot. Zaril hanya berdiri keseorangan disitu terpinga-pinga.

Aku tersenyum melihat adegan mereka berdua. Seakan drama tv tiga pada waktu petang-petang itu.

Jadi, selepas ini aku takkan lihat mereka berdua-duaan lagi. Aku rasa bahagia.

* *

Zaril POV

Kenapa Farah bagaikan sudah berubah. Baru kelmarin aku keluar makan dengannya. Ya, aku tahu dia menolak cintaku terang-terangan tapi dia berjanji masih sudi lagi berkawan dengan ku. Tapi petang tadi seolah-olah dia sudah ubah fikiran. Langsung taknak ceritakan padaku apa salahku.

Aku berharap Farah segera membalas mesejku terhadapnya melalui whatsapp. Namun hampa, dia tidak langsung balas mahupun bluetick.

Aku cuba kuatkan semangat aku untuk tidak mengalah. Aku tidak mahu mengalah dengan Farah. Tak kisah lah apa pun halangannya, aku hanya mahukan Farah dalam hidupku.

Aku tak boleh teruskan hidup dengan menipu diri aku sendiri, keluarga aku dan keluarga Juhaina. Aku mahu perkara ini berakhir. Supaya aku boleh dapatkan Farah pula. Ini lah janji-janji aku.

. . .

Malam ini juga aku harus memberitahu hal yang sebenar pada Juhaina dan keluarganya. Aku harap semuanya berjalan dengan lancar dan aku harap Juhaina dan keluarganya boleh menerima penjelasan aku sebolehnya.

Sengaja aku tidak mengajak ibu dan abahku. Kerana aku tahu abah mungkin tampar aku tepat pada muka setelah mendengar penjelasanku. Aku memutuskan untuk memberitahu mereka kemudian.

Aku melihat semua keluarga Juhaina dan Juhaina sendiri sudah berkumpul di ruang tamu yg luas. Aku lihat semua sudah mula tertumpu padaku kerana aku ada mengingatkan pada mereka yang aku berhajat untuk meluahkan sesuatu yang penting. Dan kini semua orang menunggu aku untuk bersuara.

"Terima kasih sebab sanggup berkumpul. Mula-mula sekali saya harap pihak Juhaina dan keluarga boleh menerima pengakuan saya dengan baik." Aku menyuarakan suaraku.

Mimpikah Cinta Where stories live. Discover now