Bab 6 - first time dating

765 42 3
                                    

Farah POV

Ah sudah! Kenapa aku boleh tak tahu yg Juhaina tu anak Dato' Kamal?? Ahh malunya aku! Mana nak letak muka ni. Aku menampar-nampar pipiku. Aku sungguh malu dgn kelakuanku dihadapan Juhaina.

Aku sambung menaip dipapan kekunci. Entah apa yg cuba aku taip. Namun kelakuan aku tadi sangat memalukanku sendiri. Aku malu dgn Juhaina. Aku harus jumpa dia dan minta maaf.

Aku capai telefon untuk menghubungi Juhaina. Aku letak kembali telefon. Aku terlupa yg aku tiada nombor telefonnya. Macam mana kau boleh lupa benda penting macam ni, Farah?? Aku mengetap bibir. Tiba-tiba telefon ku berdering. Aku lihat nombor di screen telefon ku nombor yg tidak aku kenali.

"Hello?" aku jawab.
"Hello Farah?"
"Ya saya."
"Boleh tak kita jumpa petang ni?" Balas lagi si pemanggil.
"Maaf ni siapa ye?" Soalku sambil garu kepala.
"Sorry lupa..ni Ju..kita jumpa 6 petang ni dekat Breadties okey?" Talian dimatikan.

Ju? Dia nak jumpa aku? Tapi.. dari mana dia dapat nombor telefon aku?? Aku memandang jam di dinding. Kurang sejam lagi pukul enam. Aku cepat-cepat menyiapkan kerja.

* *

Aku berjalan dari tempat parking kereta. Aku memandang sekeliling. Agak ramai juga orang disekitar pada waktu begini. Ada yg baru keluar dari ofis, ada juga yg baru balik dari sekolah.

Tapi ada apa agaknya Juhaina tiba-tiba mahu berjumpa denganku? Sudahlah ketiakku berlecak. Hampir setengah botol perfume jugalah aku sembur. Tapi tak mengapalah..demi kau Ju..

Aku menolak pintu kaca dan mencari bayangan Juhaina. Dia melambai-lambai aku dari hujung kedai. Aku menghampirinya dan menghadiahkan senyuman. Dia membalasnya. Dia mempelawa aku duduk dikerusi dihadapannya.

"Sorry Juhaina, saya lambat." Aku bersuara dgn nada berbeza kali ini.
"Takpa lagipun jem kan depan tu?" Balas Juhaina seolah-olah mengerti.
"Awak dah order?" Soalku lembut.
"Belum. Saya tunggu awaklah." Balas Juhaina dgn nada sedikit manja. Aku cuba tahan jiwaku yg sudah mula meronta mendengar suaranya.

Seorang pelayan datang ke meja untuk mengambil order. Juhaina memesan white coffee. Manakala aku, jus tembikai. Selepas pelayan pergi, Juhaina kembali menoleh padaku. Dia menongkat muka dgn tangannya memandang ku sambil memberi senyuman manja. Aku membalas pandangannya, tapi masih cool untuk tutup mukaku yg malu kemerahan.

Juhaina ni cantik orangnya, kulitnya yg putih lembut dan gaya rambut panjangnya yg berfesyen. Dia mungkin nampak rendah dari aku sedikit. Tapi penampilan Juhaina ini memang padan dengan citarasa lelaki zaman sekarang. Aku yg perempuan ini pun sudah naik tergoda apatah lagi lelaki.

"Ada apa Cik Juhaina nak jumpa saya ni?" Aku mula menyoal bila dia tidak mulakan bicara.
"Oh..saya saja nak jumpa dgn Farah. Tak boleh ke?" Soal Juhaina pula.
"Siapa cakap tak boleh. Cuma saya segan je dgn Cik Farah." Balasku.
"Segan? Kenapa tiba-tiba segan dengan saya pulak?" Wajah Juhaina mula berubah kebingungan.
"Err..sebelum tu saya nak minta maaf dgn Cik Juhaina kalau sebelum ni saya ada melampaui batas ke..apa..saya tak tahu pula yg cik Juhaina ni anak Dato' Kamal." Balasku panjang. Juhaina tergelak serentak mendengar penjelasanku. Aku salah cakap ke?

"Haihh..awak ni kelakar lah Farah. Saya tak kisah pun sebenarnya..tak perlu lah minta maaf bagai. Lagi satu takpayah lah ber-'cik' dgn saya." Ujar Juhaina sambung gelak lagi. Aku hanya diam seketika.
"Oh ya dari mana Ju dapat nombor saya?" Soalku yg ingin tahu.
"Ohh..itu Ju ambil dari majalah pejabat papa. Tak sengaja selak-selak, ternampak pulak gambar dan nombor awak. Tu yg saya try call tu." Balas Juhaina selamba. Cis, dia usha gambar aku rupanya. Sudahlah hodoh dalam gambar tu. Mesti dia tergelak tengok gambar aku.

Pesanan kami tadi sudah berada diatas meja. Juhaina menghirup minumannya, aku turuti. Juhaina kembali padaku.

"Farah.. dah lama ke kerja dgn Marinars?" Soal Juhaina sambil menyelak rambut panjangnya ketepi. Rimas agaknya. Atau lemas?
"Hmm lama tak lamalah. Dalam 3 tahun macam tu." Balasku.
"Lama jugak tu. Tapi saya pelik tak pernah pun nampak awak sebelum ni." Ujar Juhaina dgn nada bingung.
Aku merenung matanya. Cuba mengingat kembali sebelum-sebelum ini pernahkah aku terlihatkan dia. Rasanya pun tidak.

"Mungkin baru sekarang Tuhan temukan kita kott.." balasku spontan. Juhaina tersenyum sambil mengangguk-angguk.

Aku pun entah apa yg aku cuba maksudkan. Tapi melihat Juhaina seolah dia faham kataku. Tapi memang benar belum pernah lagi aku terserempak dgn Ju sebelum ni. Kali pertama itu pun di hotel, masa dinner malam itu. Aneh kan?

Aku dan Ju bertanyakan lagi hal masing-masing. Rupanya Ju tidak pernah bekerja dibawah syarikat ayahnya. Dia seorang usahawan terkenal rupanya. Dia mempunyai produk kecantikannya sendiri. Patutlah sentiasa cantik walau kemana-mana. Kalau macam ni aku beli saja dari dia. Boleh aku cantik sekali macam dia. Haihh berangan.

* * *

Zaril POV

Aku merenung frame gambar yg terletak diatas meja. Aku mencapai gambar tersebut. Dalam gambar itu, aku dan Juhaina seperti pasangan kekasih yg sempurna. Seperti mana yg orang-orang luar disana impikan. Tapi entah mengapa aku tidak mempunyai perasaan cinta dengannya lagi. Mana tidaknya. Aku cintakan orang lain. Bukan Juhaina.

Tapi mama tidak faham. Yang dia mahu aku cepat-cepat kahwini Juhaina. Mana mungkin perkara itu akan terjadi. Tapi disebabkan mama, aku terpaksa ikut segala perintah dia.

Aku terdengar mama mahu masuk ke dalam bilik selepas dengar dia mengetuk pintu. Aku lekas meletak kembali frame gambar tadi. Mama masuk dan duduk disebelahku. Dia bertanya sama ada aku sudah makan atau belum kerana aku pulang kerumah tadi agak lewat. Aku bohong mama yg aku sudah makan diluar.

"Mama nak cakap sikit boleh?" Soal mama. Aku hanya mengangguk.
"Mama dah uruskan segala persiapan kahwin Zaril. Zaril dan Juhaina tinggal cari baju kahwin je nanti ye?" Ujar mama. Aku tersentak mendengar.
"Kenapa mama tak bagitahu awal-awal? Mama dah bagitahu keluarga Aina?" Soalku pula.
"Sudah. Mereka semua dah tahu. Merekalah yg bantu mama uruskan. Cuma..Juhaina saja belum tahu." Balas mama lagi.

"Mama tak rasa ke yg kita ni terburu-buru? Lagi pun Zaril percaya yg Aina tu belum bersedia lagi nak kahwin dgn Zaril." Balasku lagi lalu bangun dan berdiri merenung keluar tingkap.
"Bukan macam tu, Ril. Lagipun Zaril dah janji dgn mama kan yg Zaril akan kahwin dgn Aina?" Soal mama lagi.

"Ya memang Zaril ada janji. Tapi bukan tahun ni, mama!" Aku membentak dan meninggalkan mama didalam bilik seorang diri. Aku keluar mencari ketenangan. Rungsing kepalaku.

Mama tidak habis-habis mahu jodohkan aku dengan Aina. Mana mungkin aku berkahwin dgn sepupu ku sendiri. Ya memang dulu aku ada hati dgn Aina. Tapi itu dulu, sekarang hati aku bukan lagi untuk Aina tapi hanya utk Farah seorang. Ya Farah!

.
.
.

Jgn lupa vote^^

.
.
.

Mimpikah Cinta Where stories live. Discover now