Bab 16

604 44 9
                                    

Farah POV

Aku bercadang untuk mengajak Juhaina keluar petang ini selepas habis kerja. Dah lama juga tak keluar bersama dengannya.

Aku mencapai telefon pintar di atas meja lalu menaip sesuatu kepada Juhaina.

'Ju, petang nanti kita minum jom?'

Aku menghantar mesej whatsapp kepada Juhaina. Beberapa minit kemudian dia membalas.

'Sorry I tak boleh petang ni. Banyak kerja.'

Aku menghela nafas selepas membaca replynya. Juhaina tak pernah lagi tolak pelawaanku. Tapi mungkin benar dia sangat sibuk sekarang ini.

Projek dekat Damansara itu pun lagi beberapa bulan perlu execute. Memang banyak kerja Juhaina sebagai project manager ini. Aku yang hanya pembantu pun dah rasa terbeban dengan semua kerja ni.

. . .

Aku pulang kerja agak lewat hari ini. Selalunya jam 6 setengah petang aku sudah berangkat pulang kerumah. Tapi hari ini aku pulang pada jam 8 malam. Kerja aku pun boleh tahan juga banyak.

Pekerja-pekerja lain pun sudah tidak kelihatan. Aku berjalan menuju ke tempat parking.

Aku ternampak seorang perempuan hanya berdiri disebelah keretanya. Pintu kereta sudah dibuka, tapi dia tidak masuk kedalam kereta.

Aku mendekati kearah perempuan itu. Perempuan itu menyandarkan lengannya pada tingkap kereta. Dia membelakangi aku, jadi aku tidak dapat mengecam wajahnya.

"Miss..are you okay?" Sapaku pada perempuan tersebut.

"I'm okayy..." balasnya sambil menoleh memandangku.

"Juhaina? Are you sure you okay?" Aku bertanya lagi. Tidak tahu pula itu Juhaina.

Juhaina mengangguk perlahan namun setelah itu dia rebah kedalam pelukanku. Dia pengsan. Aku buntu.

Aku terus baringkannya kedalam seat co-pilot keretanya. Aku sebenarnya tak pernah hadapi situasi begini. Tapi entah kenapa aku seolah-olah tahu apa yang harus aku lakukan.

Aku lihat baju Juhaina sedikit basah mungkin terkena peluhnya. Aircond kereta sudah terpasang. Takkan masih panas kot.

Aku mengambil kertas-kertas ditempat duduk belakang dan melipatnya. Aku mengipas-ngipas kearah muka dan leher Juhaina.
Tak berhasil. Juhaina masih lagi berpeluh dan tidak sedar.

Aku dah buntu sebenarnya. Mahu tak mahu aku harus membuka butang bajunya sedikit untuk memberi ruangnya bernafas.

Aku terus melakukan CPR. Nasib baik aku masih ingat cara CPR masa kursus belajar dulu.

Aku membuka mulutnya dan memicit hidungnya sedikit. Aku menghembus nafasku kedalam mulutnya. Namun tiada gerakan. Aku terus ulangi perbuatan tadi.

Barulah Juhaina kembali sedar. Dia tersedar dalam keadaan yang tercungap-cungap. Dan kemudian dia menyedari aku yang berada diatasnya.

Mataku bertentang dengan matanya. Aku dapat merasakan nafasnya yang lembut dihembus. Dia mula rasa tak selesa dengan keadaan sekarang ini.

Dia menolakku kebelakang. Aku terhantuk sedikit terkena atas kereta.
Juhaina mengeluh sedikit melihat aku yang masih diatasnya. Wajahnya yang tadi cemas bertukar menahan marah.

"I minta maaf. I tak tahu nak buat apa lagi." Jelasku pada Juhaina.

"You ingat you siapa nak buat macam tu?" Balas Juhaina.

"I cuba nak bantu you."

"Bantu apa? Kan I dah cakap I okay!" Kali ini nada suaranya tinggi.

Tiba-tiba ada seorang pengawal sekuriti lelaki berlari mendekati kereta kami.

Mimpikah Cinta Where stories live. Discover now