Bab 17

683 38 27
                                    

Hanni POV

Aku buatkan air oren untuk Farah. Pasti dia sangat penat. Air yang aku buat diminumnya perlahan. Dia menghadiahkan ku senyuman dibibirnya. Sungguh menawan hati.

Farah kemudian meletakkan gelas tadi diatas meja. Dia meletakkan kedua-dua tangan pada bahunya pula. Farah mula mengurut bahunya sendiri.

"Awak lenguh? Mari saya tolong urutkan." Kataku.

Tanpa menunggu jawapan Farah, aku terus kebelakang Farah dan mula mengurut dibahunya perlahan-lahan.

Aku urut dengan gerakan yang lembut. Aku mahu segala kesakitan Farah hilang dengan sentuhan lembutku. Mungkin aku bukan seorang pengurut yang baik.

Tapi aku percaya sentuhan tanganku ini mampu menghilangkan segala ketegangan Farah. Aku lihat Farah mula menikmati urutan lembutku kerana matanya sudah terpejam.

Aku merapatkan kepalaku disebelah kanan kepala Farah. Aku dapat menghidu haruman lembut rambut panjangnya.

Ada satu getaran pada tubuhku apabila aku mendekatkan lagi posisi kepalaku dibelakang telinganya.

Farah menyedari perbuatanku terus mengalihkan kepalanya dariku.

"Dah lega. Terima kasih, Hanni." Ujarnya.

"Sama-sama." Aku kembali duduk disebelahnya.

"Awak memang pandai urut eh?" Soal Farah padaku sambil menukar siaran di tv. Aku tersenyum memandangnya.

"Nak kata pandai tu tak lah juga. Tapi boleh lah." Balasku.

"Awak nak kata awak ni pandai urut jugalah?" Soal Farah entah cuba berjenaka.

"Awaklah yang cakap. Saya tak cakap pun." Balasku lagi sambil mata masih menonton tv.

"Cakap apa?" Soalnya lagi.

"Cakap yang tadi tuh.." aku kembali memandangnya.

"Yang mana??" Soal dia lagi.

"Awak ni tak pernah berubah kan?"

"Berubah apa pula?" Farah menyoal lagi. Sambil membuat muka padaku.

"Hishh.." kali ini aku dah tak tahan. Aku terus menekup mulutnya dengan tanganku.

Farah terbahak-bahak gelak. Entah apa yang kelakar. Mungkin dia stress dengan kerja kot. Hiburkan hati mungkin. Tapi nasib baik gelak tawanya itu hiburkan hatiku sekali.

Jengkel dengan gurauannya, aku terus merampas remote tv dari tangannya. Farah tersentak. Dia cuba mendapatkannya kembali.

Dia berjaya merampas remotenya. Namun aku tidak mengalah, aku cuba merampas lagi darinya. Setelah bergelut dengannya, aku berjaya meragut remote tv itu dari tangannya.

Tapi tubuhku tertindih diatas tubuh Farah. Aku tidak menjangkakan situasi begini. Dimana aku baring rapat diatasnya.

Aku boleh merasakan hangatnya hembusan nafas Farah ke muka ku. Sungguh hangat hingga aku terkaku diatasnya.

Wajah kami semakin rapat yang hanya tinggal beberapa inci sahaja. Aku tersedar yang langkahku tidak disenangi oleh si dia.

Aku lantas bangun dari baringan Farah dan memperbetulkan kedudukanku.

Farah kelihatan cuba mengalihkan pandangannya dariku. Mungkin dia berasa malu dengan tindakan aku tadi.

Aku dengan tanpa rasa serba salah, meninggalkan Farah yang terpinga-pinga disofa.

Farah sendiri masih terkejut dengan apa yang sudah aku lakukan padanya tadi.

* *

Farah POV

Mimpikah Cinta Where stories live. Discover now