Bab 8 - rindu

732 46 2
                                    

JUHAINA POV

Aku cuba lagi mendail nombor Farah. Aku harap kali ini dia angkat. Namun hampa. Tiada jawapan.

Kemana dia pergi? Dah lama aku tak nampak dia dekat ofis.

Aku terlihat Isya keluar dari lift. Aku pergi mendapatkannya.

"Isya!" Aku panggil. Dia menoleh kebingungan.
"Ya cik Juhaina?" Dia menundukkan kepalanya sedikit selepas melihat aku.

"Farah masuk ofis tak harini?" Aku terus menyoal. Aku sebenarnya tahu Isya rapat dgn Farah.

"Hmm rasanya tak. Sebab ni pun dah pukul berapa. Kenapa ya cik Juhaina?" Soalnya pula sambil mencari jawapan dari aku.

"Saya sebenarnya ada hal nak cakap dgn dia. Isya tahu dia pergi mana?" Aku menyoal lagi. Aku tidak peduli akan sekeliling.

"Saya pun sebenarnya tak tahu dia ke mana. Maaflah cik Juhaina." Balas Isya.

"Takpelah kalau macam tu. Terima kasih, Isya." Balasku pula. Aku membenarkan Isya berlalu pergi. Aku memandang sekeliling. Masih mengharap kan kelibat Farah. Namun tiada. Aku pergi meninggalkan Marinars Holdings.

*

Aku menaip-naip diatas papan kekunci cuba menyibukkan diri dengan kerjaku. Tapi aku tekan backspace sekali lagi. Entah apalah yg aku cuba lakukan.

Aku merenung ke luar melalui cermin tingkap yg besar. Aku menaip lagi tanpa melihat pada skrin laptopku kerana mataku masih tertumpu ke luar tingkap. Entah apa yg aku renungkan.

Aku mengambil segelas air kopi ditepiku dan meneguknya sambil memandang kembali pada skrin laptop ku. Air kopi yg masih dalam mulutku hampir tersembur keluar apabila membaca apa yang aku taip tadi.

Project Details

r+tsdfgh=/ Farah I love you(%

Aku terlopong melihat di skrin ku. Apa yg aku cuba taip tadi?? Aku menampar dahiku.

"Kau mabuk apa ni Juhaina.." aku membebel sendirian sambil mataku tetbeliak. Jariku sudah bersedia untuk menekan backspace pada ayat yg aku tersalah taip tadi.

Tapi aku angkat kembali jariku dan merenung lagi di skrin.

Tapi entah-entah benar aku suka kan dia tak? Fikir ku lagi.

Ahh kau dah gila ke Juhaina? Dia tu perempuan kot!

Aku tutup laptopku dan keluar dari ofis. Aku cuba menidakkan perasaan aku pada Farah yg entah ke mana menghilang. Peduli pulak aku dia pergi mana.

* *

Papa melihatku dgn wajah yg kurang enak. Aku perasan riak muka papa itu. Tapi aku membiarkan saja dan merenung kembali pada hidangan makan malam didepan mata.

"Aina..tak nak makan ke?" Soal papa selepas dia meneguk air oren tadi.

"Belum lapar lagi lah, papa." Aku mengadu.

"Kalau ye pun jamah lah sikit. Kesian Mak Leha masakkan banyak2 macam ni. Lagipun ini kan semua makanan kegemaran Aina?" Soal papa lagi.

Aku mengiyakan saja dan menarik pinggan untuk makan. Papa menghulurkan sayur brokoli kegemaranku. Mak leha yg turut makan sekali, mempelawa aku merasa sambal sotong.

Malam itu aku hanya menjamah sedikit makanan. Selalunya kalau lepas kerja aku akan membaham semua makanan diatas meja tapi malam itu tidak.

* * *

Farah POV

Aku dan Hanni duduk lepak di bangku yang berada dibawah pokok sambil menikmati pemandangan sawah padi pada waktu petang.

Mimpikah Cinta Where stories live. Discover now